MY FOLLOWERS

Sunday, June 30, 2013

Artikel - Bagaimana Pelajar Ini Bebaskan Diri Daripada Hutang?

Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Yahoo Finance


Assalamualaikum......


Kalau kita di Malaysia sekarang ini, antara perkara yang masih menjadi beban kepada para bekas penuntut pengajian tinggi ialah HUTANG PINJAMAN PELAJARAN. 

Ada satu kisah di Yahoo Finance menceritakan Ken Ilgunas, seorang bekas penuntut universiti jurusan Bahasa Inggeris dan Sejarah yang hidup secara rahsia hanya dalam sebuah van yang dibelinya bagi mengelakkan diri daripada hutang pinjaman. 

Pada mulanya, dia juga tidak jelas apa yang akan dilalui akibat daripada pinjaman yang dibuat sebelum itu. Kemudian, dia menyedari mempunyai hutang sebanyak $32,000 dan sedang bekerja di Home Depot dengan bayaran $8 sejam. Pada masa itu, pinjaman pelajaran adalah antara tajuk utama di muka depan akhbar sebagai mana kita juga alami pada masa kini. 

Untuk membayar balik pinjaman, dia boleh sahaja meminta pada keluarganya sebaliknya dia berpindah ke Alaska selama dua tahun berusaha untuk membayar balik setiap sen yang dipinjamnya. Setelah ke Universiti Duke kemudiannya, dia keluar daripada van untuk memastikan dia tidak lagi berdepan masalah hutang. Dia kemudiannya menulis buku bertajuk Walden on Wheels: On The Open Road from Debt to Freedom dia menceritakan perjalanan hidupnya keluar daripada masalah hutang. 

Ketika di Alaska, dia bekerja selama beberapa bulan di sebuah kawasan terpencil bagi perhentian trak pada musim panas sebelum tamat pengajian. "Pada hari selepas tamat pengajian, saya dalam penerbangan ke Alaska dan kemudian terus memulakan kerja. Jika saya tidak berdepan dengan masalah ini, saya akan berdepan dengan jumlah faedah yang tinggi atau kegagalan membayarnya. Saya mahu membayarnya seberapa segera yang mungkin."

"Anda boleh berasa lega dengan seberapa banyak yang anda simpan apabila mengurangkan kos sara hidup. Setiap dollar yang saya dapat, kebanyakannya digunakan untuk membayar balik pinjaman." katanya.

Selepas setahun bekerja dengan bayaran $9 sejam di Cold Foot, Ken telah menjelaskan lebih $18,000. Dia kemudiannya ke New York dan bekerja sebagai sukarelawan AmeriCorp di Mississippi. Namun bayarannya tidak memuaskan, jadi dia kembali ke Cold Foot dan bekerja sebagai renjer di Gates of Arctic National Park dengan bayaran yang memuaskan. Selama dua tahun setengah bekerja, dia membuat bayaran terakhir bersama faedah dengan jumlah $35,000 dijelaskan. 

Namun dia masih belm bersedia untuk meninggalkan alam pembelajarannya. Dia kemudian menyambung pengajian di Universiti Duke dan mengikuti program seni liberal dengan bayaran $2500 per semester. Oleh itu, dia perlukan tempat tinggal dengan kos yang murah. Mengingat kembali mengenai seorang lelaki yang ditemui ketika bekerja di Cold Foot sebelum itu yang tinggal dalam kereta dan dia mendapati ia sesuatu yang boleh dilakukannya. "Kalau dia boleh tinggal sebegitu di Artik, saya juga boleh lakukannya di Carolina Utara." katanya.

Apabila terlihat sebuah iklan di Craiglist memaparkan van 1994 Ford Econoline untuk dijual dengan harga $1,500, dia merasa itulah rumahnya. Beberapa minggu awal kehidupannya selepas itu agak sukar. "Bila membeli van ini, $2,000 sudah lesap. Saya sedar keadaan akan jadi sukar sebab masih perlu bayar insurans kereta, bil telefon, bil gas, dan makanan. Pada awalnya, saya hampir kelaparan kerana perlu berjimat sebaik mungkin."

Satu sahaja peraturan tentang gaya hidupnya ketika itu - tiada siapa boleh tahu. "Saya tahu ia suatu gosip tidak berasas yang boleh tersebar di Facebook dan Twitter. Saya tidak mahu sesiapa tahu mengenainya. Semester pertama begitu sunyi." katanya lagi. Bagi mendapatkan duit lebih, dia turut mendapatkan kerja seperti menjadi tutor bagi pelajar sekolah rendah.

"Van ini bukan sahaja cara untuk menjimatkan wang, tetapi juga sebagai satu pengalaman berjimat cermat. Saya tidak mahu meminjam wang daripada keluarga setiap kali dalam kesusahan." katanya. 

Pada semester ketiga, dia mula berasa penat dan bosan kerana merahsiakan kehidupannya. "Saya tidak mahu sesiapa mengetahui saya tinggal dalam van, keluar pada pagi dan pulang pada sebelah malam. Saya mahu jadi penulis dan ada cerita yang hebat untuk disampaikan." Keesokan, dia mendapat 85 kenalan di Facebook selain mesej dan email. Dia bernasib baik kerana tidak dibuang oleh pihak universiti. "Mereka mahu saya tandatangani kontrak menyatakan tidak akan menyaman mereka jika berlaku apa-apa selain membuat peraturan tidak membenarkan penghuni van berada sekitar kampus." katanya.

Menjelang semester akhir, dia hampir menyelesaikan kesemua hutangnya. Dia kemudian bekerja sebagai pembantu makmal dengan bayaran $10 ke $20 sejam dengan menjadi 'tikus makmal' untuk pelbagai ujian termasuk MRI dan usahanya berbaloi. Pada Mei 2011, dia tamat pengajian dan bebas daripada hutangnya.


KLIK SINI untuk selanjutnya.


No comments: