MY FOLLOWERS

Monday, June 10, 2013

Kesihatan - Bolehkah Marijuana Kurangkan Risiko Diabetes?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.........




Terdapat hubungkait yang tidak dijangka sebelum ini antara marijuana yang digunakan dan beberapa faktor yang dikaitkan dengan diabetes tahap 2, yang turut menarik minat pengkaji perubatan. Beberapa kajian telah menunjukkan pengguna marijuana mengambil makanan berkalori lebih banyak daripada mereka yang bukan pengguna, namun mereka masih mempunyai kadar obesiti dan diabetes yang rendah serta mempunyai paras purata BMI (body mass index) yang rendah. Dalam satu kajian terbaru, pengkaji mencari jawapan kesan marijuana dan bahan aktifnya, tetrahydrocannabinol (THC) ke atas metabolisma badan terutamanya kepada paras insulin. 

Rintangan insulin ialah satu faktor bagi diabetes dan merupakan satu gangguan metabolisma yang berlaku apabila sel-sel badan tidak dapat menerima insulin dengan betul. Untuk mengetahui hubungkait antara THC dan metabolisma badan, pengkaji mengumpulkan hasil kajiannya daripada seramai 4,657 dewasa dari Kajian National Health and Nutrition Examination, yang dijalankan setiap tahun oleh Centers for Disease Control and Prevention. Daripada kajian, seramai 579 peserta adalah pengguna marijuana, 1,975 pernah menggunakannya dan 2,103 bukan pengguna. Pengkaji menganalisa paras insulin, paras kolesterol, rintangan insulin dan saiz pinggang. 

Hasil kajian mendapati pengguna marijuana mempunyai paras insulin 16% lebih rendah daripada bukan pengguna dan paras rintangan insulin 17% lebih rendah. Tambahan lagi, pengguna marijuana juga mempunyai purata saiz pinggang lebih kecil dan paras kolesterol high-density lipoprotein (HDL) yang lebih tinggi. Yang lebih menariknya, hanya pengguna marijuana tegar sahaja yang menunjukkan hasil positif ini dan bukan bekas penggunanya. Ini telah mencadangkan bahawa kesan penggunaan marijuana ke atas rintangan insulin hanya muncul selepas baru digunakan. 

Menurut Dr. Joseph Alpert, seorang professor perubatan di University of Arizona College of Medicine, Tucson, dalam satu kenyataannya bahawa adalah tidak mustahil di masa akan datang THC digunakan secara meluas kepada pesakit diabetes atau yang mempunyai sindrom metabolisma bersama agen oral antidiabetik atau insulin bagi penyakit kronik sebegini. 



KLIK SINI untuk selanjutnya.


No comments: