MY FOLLOWERS

Sunday, June 2, 2013

Artikel - Bahaya Tertidur Ketika Memandu .......ZZzZZzz ... (Eiikkk..... gangg!!)

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum..............


Beringat sebelum kena!


Kajian terbaru menunjukkan lebih daripada 3 juta pemandu Britain terlelap ketika memandu tahun lalu. Berdasarkan kaji selidik, 1/10 atau 3.4 juta daripada 37 juta pemandu di UK terlelap ketika memandu. Ini menyumbang kepada sekurang-kurangnya 3,357 kemalangan berkait dengan keletihan yang dilaporkan sejak 5 tahun lalu. Punca utamanya ialah perjalanan jauh dan membosankan, kurang rehat, memandu jauh ke destinasi percutian atau memandu selepas tamat syif. Data daripada tinjauan mendapati 19% orang yang mengikuti tinjauan ini mengakui mereka sukar membuka mata ketika memandu dan hampir 28% memandu secara mengantuk. 

Tidak kiralah di negara mana pun anda berada, setiap yang menjadi pemandu itu perlu bertanggungjawab ketika berada di jalan raya. Jika didapati si pemandu terlelap barang seketika ketika memandu, bukan sahaja mengganggu pemanduan tetapi boleh menyebabkan terlanggar tiang lampu atau terlanggar penunggang motorsikal yang tidak bersalah, lebih teruk jika ia juga boleh mengundang maut.  


KLIK SINI untuk selanjutnya.


No comments: