MY FOLLOWERS

Wednesday, June 12, 2013

Hidupan Liar - Katak Disangka Pupus Muncul di Israel

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.......



Satu spesis katak dipanggil katak Hula diisytiharkan pupus pada 1996, iaitu kali pertama haiwan amfibia diisytiharkan sedemikian oleh badan konservasi Union for Conservation of Nature (IUCN). Pengisytiharan itu dibuat berdasarkan data saintifik yang mampu diperolehi pada ketika itu. Tiada siapa pun yang melihat spesis ini lagi sejak habitatnya di perairan Hula Valley di utara Israel, kering menjelang 1955. Pada Oktober 2011, pegawai patrol yang melakukan tugas rutinnya menjumpai katak jantan spesis ini. Pencarian seterusnya membawa kepada penemuan 10 lagi katak yang sama. Menurut Rebecca Biton, seorang ahli paleontologi di Hebrew University di Jerusalem, dan penulis bersama yang menyifatkannya sebagai kes menakjubkan bagi penemuan semula spesis lama. Penemuan semula ini diterbitkan dalam jurnal Nature Communications.

Penemuan hampir sama bagi katak Hula, berbeza daripada klasifikasinya sebelum ini ialah ia merupakan satu-satunya spesis yang hidup daripada kumpulan lama dalam genus Latonia.




KLIK SINI untuk selanjutnya.

No comments: