MY FOLLOWERS

Monday, June 8, 2015

Jalan-jalan Cari Makan - Ketupat Daun Tebu

Kredit kepada: blogdrive
Gambar ihsan: blogdrive


Assalamualaikum....

Kita biasa melihat dan tahu apa itu ketupat palas atau ketupat yang dibuat dengan anyaman daun kelapa. Tapi tahukah anda semua bagaimana rupa dan rasa ketupat daun tebu? Pernahkah anda mengetahui kewujudannya?

Sebenarnya, semalam 18.9.2010 kami sepejabat sudah masuk kerja seperti biasa tetapi memandangkan masih ramai yang belum pulang beraya sakan, nampaknya hari untuk semua kembali bekerja ditunda keesokan harinya. Yang ada di pejabat pada pagi ini (18.9.2010) hanyalah bos, kerani am dan 2 orang jurutera masing-masing tiada tugas untuk dibuat memandangkan semua klien yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta belum kembali bekerja. Menjelang 1.30 petang selepas solat Zohor, kami membuat keputusan untuk pergi beraya di rumah beberapa staf yang lain. Sebelum bercuti hari raya lagi, isu ketupat daun tebu ini menjadi perbualan dan perbalahan hangat di pejabat memandangkan ramai yang tidak mengetahui kewujudannya termasuk saya sendiri. Ketiadaan sumber maklumat berkenaan jenis ketupat ini menghangatkan lagi perbalahan yang sudah sedia panas!  :-D

Semalam saya dan beberapa kawan sepejabat sempat beraya di Kampung Maras, Terengganu di rumah salah seorang kawan sepejabat kami. Kami tiba sekitar jam 6.00 petang selepas puas beraya di rumah kawan-kawan yang lain dan berpeluang merasai sendiri ketupat daun tebu. Dibuat sendiri oleh si tuan rumah, rasanya rangup kerana sudah dikukus dan seterusnya digoreng secara tenggelam. Kaedah pembuatannya lebih kurang sama dengan ketupat lain, cuma dari segi pembungkusannya sedikit berbeza. Menggunakan daun tebu sebagai 'kulit'nya, ia dibalut seperti lepat pisang dan diikat dengan tali rafia sebelum ia dikukus dan digoreng tenggelam. Bahagian hujung daunnya yang tajam dihalakan keluar sebelum diikat. Tiada sebarang inti di dalamnya, sesuai dimakan begitu sahaja ataupun bersama rendang daging sebagaimana ketupat jenis yang lain. Rasanya agak rangup....garing...


Stopa - sedia menyambut kehadiran tetamu


Ketupat daun tebu yang siap dikukus dan digoreng


Saiznya lebih kurang lepat pisang. Buka tali rafia dan lipatan daun tebu untuk makan. Buka lipatan daunnya seperti membuka pembalut lepat pisang. Mudah, kan??


Garing dan rangup


 Sedia untuk dimakan


Teringin untuk mencuba? Menu hidangan yang mudah. Rasanya, boleh buat sendiri atau silalah datang ke Terengganu...

Sekiranya ada di kalangan followers atau pembaca mengetahui menu-menu yang menarik seperti ini, bolehlah dikongsikan untuk manfaat dan pengetahuan semua.

2 comments:

Unknown said...

eh! rasa dia sama ke?

THE GREEN said...

rasanya lebih kurang sama, cara buatnya shj agak berbeza..kat tempat lain rasanya xde lg yg buat mcm ni, so kita promote la..hehehe