MY FOLLOWERS

Saturday, October 18, 2014

Seni & Kreativiti - Hotel Ais di Sweden

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Yahoo Travel


Assalamualaikum.....
Bercuti dalam kesejukann......

Setiap tahun pada bulan Oktober dan November, di Jukkasjarvi, Sweden, hotel ais dengan 65 buah bilik dibina dengan berjuta-juta blok ais. Seluruh bangunan berkenaan kecuali tandas, dari bahagian lobi, dinding, sehinggalah ke perabot semuanya daripada bongkah ais. Ketika bulan Disember hingga April, pelancong  akan membanjiri hotel ini untuk merasai sendiri kesejukannya dengan suhu 16-23 darjah Fahrenheit.  :-)
Hotel ini akan kembali mencair ketika musim bunga....















KLIK SINI untuk lebih banyak foto sejuk.... bbbrrrr.........


Kesihatan - Minum Untuk Jadikan Senaman Lebih Seronok!

Kredit kepada: Yahoo Health
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 


Menurut satu kajian kecil yang diterbitkan dalam Journal of Applied Physiology, meminum secawan minuman berkafein boleh membantu anda lebih seronok ketika melakukan aktiviti senaman. Para pengkaji melakukan ujikaji untuk meniru senario apabila seseorang minum minuman berkafein, pergi ke gim, minum secawan lagi kemudian makan tengahari. 

Pada bahagian pertama kajian ini, 14 orang dewasa yang aktif sama ada mengambil plasebo atau kafein selama 90 minit sebelum melakukan senaman secara sederhana atas basikal pegun. Dos kafein yang diambil adalah mengikut berat badan menyamai 2 cawan kopi saiz 8 auns atau 4 cawan teh hitam untuk orang bersaiz 150 paun. Subjek akan memberitahu perkembangannya setiap 15 minit. Hasilnya, subjek yang mengambil kafein berkata tunggangan semakin mudah secara signifikan bila mengayuh berbanding menggunakan perangsang, dan mereka seronok dengan senaman yang dilakukan ketika ia selesai. 

Bukan kerana mereka tahu kesan kafein sahaja, menurut penulis, Matthew Schubert, ia juga sebab adanya bukti kafein mempengaruhi bahan kimia yang menyebabkan rasa seronok seperti dopamin dan serotonin. 




Schubert dan kumpulannya juga mahu mengetahui jika kafein juga mempengaruhi berapa banyak yang orang makan kemudiannya dalam sehari, memandangkan sebelum ini banyak kajian dijalankan mennunjukkan hasil yang pelbagai. Jadi mereka berikan subjek bufet sandwich dan merekodkan jumlah kalori yang diambil. 

"Mereka makan 400 kalori bila mengambil plasebo tetapi kurang 72 kalori dalam ujian kafein." kata Schubert. Tambahan lain, menyukai senaman ada kaitannya dengan kurang makan. Bahan kimia otak yang sama yang mempengaruhi keseronokan senaman juga akan mempengaruhi selera makan. Bila kajian menggunakan kafein asli, kesan yang serupa dapat dilihat dengan kopi atau teh berkafein.



 
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.



Friday, October 17, 2014

Artikel - Proses Mengecat Badan Kenderaan

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Biasanya kenderaan yang akan dicat akan datang ke kedai mengecat dalam keadaan rupa yang agak teruk. Ada bahagian menggelupas, warna pudar dan mungkin ada kemik di mana-mana.



Sebelum mengecat, terlebih dahulu semua yang dipasang seperti bampar, lampu, cermin sisi, dan segala macam aksesori sebelah dalam juga akan ditanggalkan. Ini untuk memastikan segala kerja mengecat dapat disempurnakan.


Lampu ini bukan jenis yang asal. Lihat bahagian tepi lampu yang tidak selari.



Kemudian, mana-mana bahagian calar akan digosok dengan kertas pasir dan disapu simen.  


Plat kenderaan juga ditanggalkan




Kemudian barulah warna undercoat akan disembur.  Bahagian selain badan kereta akan ditutup dan ditanggalkan buat sementara bagi mengelak terkena cat. Contoh ini dari kereta lain :-)


Bila warna undercoat sudah kering, akhir sekali warna yang dipilih disembur. 
Seeloknya ikut sahaja warna asal.



Bila selesai, barulah semua bahagian yang telah ditanggalkan dipasang semula. 
Lampu belakang ditukar kembali ke jenis asal.



Okeeyyy!   Siap!    :-)



Animasi - Avatar: The Legend of Aang

Kredit kepada: Wikipedia, Google, Rebloggy
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Avatar: The Last Airbender (Avatar: The Legend of Aang) ialah satu siri animasi terbitan Amerika Syarikat yang bersiaran selama 3 musim dari 2005 hingga 2008 dengan setiap satu musimnya dinamakan berdasarkan elemen alam semulajadi. Ia memaparkan alam dengan segolongan manusia yang hidup secara berpuak-puak dan setiap puak berupaya menggunakan salah satu elemen alam iaitu angin, air, tanah dan api. Setiap mereka dikenali sebagai pelentur atau 'bender' dan mereka menggunakan pergerakan seni beladiri China untuk memanipulasikan elemen. Walaubagaimanapun, dalam setiap satu generasi, akan ada seorang 'bender' daripada puak berkenaan yang dilahirkan dengan kebolehan melentur semua elemen. Aang ialah Avatar dari puak Angin. Siri ini mengikut pengembaraan Aang selepas dikeluarkan daripada ais bersama haiwan peliharaannya Appa dan Momo, mengembara bersama Soka dan Katara dari puak Air dan seorang buta dari puak Tanah bernama Toph dalam perjalanan mereka untuk mencapai keamanan dan menyatukan semua puak serta mengakhiri peperangan menentang Fire Lord dari puak Api. Musim siri ini dikenali sebagai Book 1: Water, Book 2: Earth dan Book 3: Fire. Selain berusaha untuk mencapai keamanan, Aang juga berusaha untuk menguasai elemen dari puak Air dibantu oleh Katara, dibantu si buta dalam menguasai elemen tanah, dan mengembara bersama Zuko dari puak Api untuk menguasai elemen api dalam erti kata sebenar.

Versi filemnya telah dihasilkan pada 2010 dan filem ini akan ada susulannya untuk bahagian kedua.

KLIK SINI dan SINI untuk artikel penuh.




Wednesday, October 15, 2014

Paranormal - 10 Fenomena Misteri

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment



Assalamualaikum.....







Kalau baca dalam majalah Mastika, ada ruangan X-Files yang memaparkan kejadian-kejadian misteri di seluruh dunia. Kisah pembunuhan, kehilangan dan bermacam lagi. Dalam video di Yahoo ini, pasangan kembar dikatakan hidup kembali, kereta ditolak oleh satu 'kuasa' yang tidak diketahui, penemuan Bigfoot pada 1960an, anjing cuba terjun dari jambatan, objek misteri yang terbang, kru kapal yang dibunuh secara misteri, antara fenomena paranormal yang tidak dapat dijelaskan. 


KLIK SINI untuk paparan video senarai 10 peristiwa paranormal ini.



Kesihatan - 10 Makanan Pembakar Lemak Untuk Anda

Kredit kepada: Yahoo Beauty
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....




Limau gedang - Satu kajian menunjukkan memakan limau gedang atau minum jusnya membantu mengurangkan berat badan. Pengkaji dari Universiti Vanderbilt menunjukkan orang dewasa gemuk yang minum setengah atau segelas jus limau gedang mengurangkan kadar kalori dalam makanan mereka dan hilang purata 7.1% berat badan mereka dalam 14 minggu.
 
Lada hitam - Satu kajian dari Korea dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry menunjukkan piperin, sejenis sebatian dalam lada hitam yang memberikan rasanya menghalang pembentukan sel lemak baru dalam badan. 

Kayu manis - Tambah sedikit dalam bijirin dan kopi setiap hari dan anda boleh mengurangkan kalori yang anda biasa ambil. Itu hasil seperti dinyatakan oleh pengkaji dari Universiti Penn State menunjukkan kayu manis dan tumerik mengurangkan tindak balas tubuh kepada makanan tinggi lemak.

Telur - Antara makanan yang diterima untuk membantu mengurangkan lemak dalam tubuh. Tahun lalu, kajian pakar dari Universiti Missouri menunjukkan sarapan yang kaya dengan protein seperti telur memperbaiki kawalan selera makan secara signifikan dan mengurangkan keinginan snek tinggi lemak atau makanan tinggi gula pada sebelah petang. 

Buah epal - Bila makan epal, jangan tanggalkan kulitnya kerana ia merupakan sumber kepada sebatian dipanggil asid ursolik yang membantu membakar lemak. Ujian ke atas tikus makmal mendapati tikus yang makan asid ursolik ini berupaya makan lebih daripada yang tidak diberikan sebatian itu. Ini kerana asid tersebut membantu mengurangkan berat dan membentuk tisu otot. 




Teh hijau -  Pada 2013 sekumpulan pengkaji dari Korea menunjukkan bagaimana ekstrak teh hijau bukan sahaja mengurangkan berat badan, juga memperbaiki simptom diabetes tahap 2. Kesannya lebih baik apabila meminum teh hijau.

Beri biru - PEnuh dengan vitamin antioksidan yang bermanfaat namun. Saintis dari Universiti Michigan menunjukkan tikus makmal yang makan beri biru kurang lemak pada perut, dan mereka menyatakan perkara sama juga boleh berlaku pada manusia. Dalam kajian mereka, pengkaji menggunakan beri yang dikeringkan dan menjadi serbuk. Selepas 90 hari, ia berjaya kurangkan lemak pada perut dan kolesterol juga turun.

Kacang almond - Tambahkan juga kacang almond dalam hidangan. Sekumpulan pengkaji dari Universiti Pennsylvania State melihat kesan pengambilan 30g kacang almond berbanding snek dengan karbohidrat dan kalori pada 52 orang dewasa dengan tinggi kolesterol. Selepas 6 minggu, tiada beza pada pengurangan lemak antara 2 kumpulan kajian tetapi membuktikan almond membantu membakar lemak dan mengurangkan lemak pada abdomen dan pinggang berbanding snek lain.

Cili - Rasa 'panas' dalam cili datang daripada bahan aktif dipanggil kapsaisin. Kajian lain menunjukkan bahan ini bukan sahaja membakar lemak tetapi juga memecahkan kalori. 

Kopi - Saintis sukan sebelum ini menunjukkan kafein diambil sebelum sukan membantu tubuh menggunakan lemak sebelum karbohidrat sebagai tenaga. 

 

KLIK SINI untuk artikel penuh.