MY FOLLOWERS

Saturday, December 24, 2016

Hiburan - Marvel's Iron Fist

Kredit kepada: Wiki
Gambar ihsan: Google Images
 

Assalamualaikum.....



Marvel's Iron Fist atau secara ringkasnya Iron Fist, ialah satu siri tv di laman web dikembangkan untuk Netflix oleh Scott Buck, berdasarkan watak komik keluaran Marvel dengan tajuk yang sama. Berada dalam persekitaran Marvel Cinematic Universe (MCU), dan berkongsi kesinambungan dengan francais Marvel yang lain dan merupakan siri keempat yang akan membawa kepada siri mini Defenders. Siri ini diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios.

 


 
Finn Jones sebagai Danny Rand / Iron Fist, seorang ahli seni beladiri dengan kebolehan untuk memanggil kuasa Iron Fist. Siri ini turut dibintangi Jessica Henwick, David Wenham, Jessica Stroup dan Tom Pelphrey. Selepas versi filem berdasarkan watak yang mengambil masa berdekad dikembangkan di Marvel Studios, perkembangan siri ini bermula lewat 2013 di Marvel Television. Siri ini akan ditayangkan pada 2017.

Dibintangi Finn Jones, Jessica Henwick, David Wenham, Jessica Stroup, Tom Pelphrey


Tumbukan keras penuh kuasa:  SINI  | 


Thursday, December 15, 2016

Kesihatan - Jus Lemon dan Kunyit

Kredit kepada: Huffington Post
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Lemon ada banyak khasiatnya. Antaranya ia membekalkan sejumlah zat yang diperlukan tubuh seperti kalsium, zat besi, magnesium, potasium, enzim, antioksidan, serta fiber. Ia boleh membantu sistem pencernaan, meningkatkan sistem imun, menghidrat dan meanmbah tenaga. Untuk menjadikannya lebih baik, boleh ditambahkan sedikit kunyit. Ia akan menjadikan minuman lemon ini bertenaga dan boleh membersih dalaman anda.





Apa ia boleh buat untuk tubuh anda?

Merangsang sifat anti-keradangan dalam air lemon. Curcumin, merupakan kompaun aktif dalam kunyit ialah satu kompaun yang kuat yang menyamai keberkesanan banyak jenis ubat anti-keradangan.


Meningkatkan kuasa otak. Lemon adalah sumber terbaik bagi potasium dan magnesium perangsang otak sementara kunyit didapati boleh mengurangkan risiko gangguan kognitif seperti dementia dan Alzheimer.  


Aktiviti antioksidan. Lemon dan kunyit mempunyai aktiviti antioksidan yang kuat bagi memastikan kulit anda dalam keadaan baik dan menjauhkan anda daripada tumor. 

Memperbaiki pencernaan. Mengambil kunyit dalam minuman dan makanan setiap hari mampu merangsang pundi hempedu, mengurangkan kembung dan angin, mencegah inflamasi dalam saluran usus sementara jus lemon membantu mengeluarkan dan membuang toksin daripada sistem pencernaan.


Bagus untuk jantung. Curcumin mengurangkan kolesterol LDL, menghalang pembekuan darah dan membuang plak daripada arteri.


Membantu mengurangkan berat badan. Lemon membantu membakar lebih banyak kalori daripada makanan yang dimakan.

Ciri pembersih. Lemon dan kunyit merangsang limpa untuk menghasilkan lebih enzim. Ia membolehkan limpa bekerja dengan lebih efektif bagi membuang toksin dan bahan buangan lain.


Resipi air lemon berkunyit.

1 gelas air suam
1 sudu teh serbuk kunyit atau akar kunyit yang dikisar
Jus lemon
Secubit lada hitam
Madu atau sirap mapel sebagai perasa (pilihan)
Secubit kulit kayu manis


Campurkan jus lemon, lada hitam, kunyit, madu, kulit kayu manis dalam segelas air suam. Minum pada awal pagi dengan perut kosong untuk mendapat kesan terbaik. Kacau sedikit ketika minum untuk elakkan kunyit tenggelam ke dasar gelas.


Minum biar sihat:  SINI  |    


Kesihatan - Tubuh Anda Berasid atau Beralkali??

Kredit kepada: Simple Capacity
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Dr. Otto H Warburg, juga pemenang hadiah Nobel yang menemui punca sebenar kanser, mendapati bahawa punca asas terjadinya kanser ialah kerana kekurangan oksigen. Ini membawa kepada keadaan berasid dalam tubuh. Dr. Warburg juga mendapati sel-sel kanser bersifat anerobik iaitu tidak menggunakan oksigen dan ia tidak mampu hidup dalam keadaan adanya paras oksigen yang tinggi dalam tubuh, sebagaimana didapati dalam keadaan beralkali.


Semua sel normal ada keperluan penuh untuk oksigen tetapi sel-sel kanser boleh hidup tanpa oksigen dan ia adalah tanpa pengecualian. Kurangkan paras oksigen dalam selnya sehingga 35% selama 48 jam dan ia akan berubah menjadi sel kanser.


Satu diet yang penting ialah dengan mengekalkan paras pH yang normal dalam tubuh. PH tubuh akan seimbang apabila paras alkali dan asid dalam semua sel tubuh berada dalam keadaan seimbang. Tubuh mesti seimbangkan paras pH dalam darah dengan sedikit beralkali pada paras 7.365 untuk terus hidup. pH tubuh yang tidak seimbang akan mengganggu aktiviti sel dan fungsinya. pH tubuh yang terlalu berasid akan membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti kanser, penyakit kardiovaskular, diabetes, osteoporosis dan pedih hulu hati.


Jika tubuh dibiarkan berada dalam keadaan berasid terlalu lama, ia akan mempercepatkan proses penuaan. Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada keadaan tubuh berasid. Ini kerana parasit, bakteria, virus, berkembang dalam persekitaran berasid. Persekitaran beralkali akan meneutralkan bakteria dan patogen-patogen yang lain.  


Oleh itu, mengekalkan keseimbangan pH tubuh menjadi satu daripada perkara penting bagi mengoptimumkan kesihatan tubuh.


Ubat keasidan tubuh

Bahan-bahan: 1/3 sudu teh soda penaik, 2 sudu teh jus lemon segar, atau cuka epal cider.

Caranya:
Campurkan semua bahan. Kombinasi berasid akan menyebabkannya berdesis. Campurkan lagi serbuk penaik hingga hilang semua bunyi berdesis, kemudian isi gelas dengan 8 auns air. Minum semua sekali. Campuran ini akan meneutralkan pH dan mencipta persekitaran beralkali dalam tubuh. Ia membantu mengurangkan keasidan dan masalah asid perut.



Sumber perut penuh asid:   SINI   |  



Artikel - Perenang Hilang Anggota Badan Angkara Jerung

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Sudah diberi amaran tetapi masih teruskan niat berenang di laut.





Satu lubang besar sebesar 6 kaki yang ditemui pada jaring keselamatan yang melindungi kawasan pantai di Boucan Canot di Kepulauan Reunion membuatkan petugas segera menaikkan bendera merah tetapi itu masih tidak dapat menghalang sekumpulan perenang daripada terus berenang di kawasan pantai itu.


"Pada pagi diperiksa, ada satu lubang bersaiz 2 meter ditemui, jadi mereka telah tutup pantai," kata perenang, Davy Stolk kepada majalah Afrika Selatan, Zigzag.

Petugas bimbang dengan serangan jerung, namun ia disedari apabila seorang pelajar dari Etang Sale diserang dua kali oleh jerung. 


Laurent Chardard hilang kaki dan tangannya dalam satu serangan jerung di timur Madagascar di Lautan Hindi. 


Anggota penyelamat Bertrand Babef, menyedari Chardard kehilangan anggota badannya ketika dia mendapatkannya. 

Chardard dirawat di pantai sebelum dihantar dengan helikopter ke hospital di Saint-Denis. Dua anggota badannya tidak dapat disambung kerana kecederaan yang teruk. LINFO.Re melaporkan Chardard tidak lagi koma.   

 Bagi Babef pula, dia patah kaki dan cedera dahi apabila ombak menghempas jetski ketika cuba menyelamatkan Chardard, tetapi kecederaan itu tidak mematahkan semangatnya.

Babef memberitahu LINFO.Re dia tidak menyalahkan Chardard kerana meluncur walaupun itu akan membahayakan nyawanya. Namun apabila bendera merah dinaikkan itu bermakna ada bahaya berhampiran. Kepualaun itu ada sejarah serangan jerung dengan 19 kes pada 2011, 7 daripadanya membawa maut dan lebih separuh melibatkan peluncur.


Menurut International Business Times, serangan jerung di Kepulauan Reunion memuncak pada 2013, memaksa kerajaan mengharamkan meluncur dan berenang di semua pantainya. Pantai itu dibuka semula selepas pemasangan sempadan dan teknologi pemantauan.


Sumber serangan makhluk laut:  SINI  |    



Artikel - Buku Catatan Lee Harvey Oswald Dedahkan JFK Bukan Sasaran Sebenar

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Beberapa jam selepas pembunuhan JFK, selepas Lee Harvey Oswald menembak dan membunuh pegawai polis Dallas, J. D. Tippit dan dia dikenalpasti sebagai pembunuh, seorang pegawai dari Perkhidmatan Rahsia, Mike Howard, telah dihantar ke pangsapuri Oswald. Howard mendapati sebuah buku alamat bersaiz kecil warna hijau dan di halaman 17 ditulis tajuk I WILL KILL (Saya akan bunuh) dan disenaraikan 4 orang lelaki: James Hosty - seorang ejen FBI, Edwin Walker - jeneral kanan, dan Richard Nixon - Pemangku Presiden. Senarai paling atas ialah John Connally iaitu gabenor Texas. Pada nama Connally dilukis pisau belati dan titisan darah.




Ejen Howard telah menyerahkan buku itu kepada FBI dan Suruhanjaya Warren. Setelah beberapa lama barulah mereka dapati bahawa senarai dengan petunjuk penting kepada motif sebenar pembunuh telah dilaksanakan oleh pembunuh itu luar daripada buku itu.


Dendam Pada Connally

"Saya tidak tahu apa-apa tentang Howard sehingga saya terbitkan buku bertajuk 'The Accidental Victim' pada 3 tahun lalu pada ulangtahun pembunuhan itu yang ke-50. Dalam buku itu, saya mempertikaikan keterangan mengikut kes bahawa Conally adalah sasaran sebenar Oswald di Dallas, bukannya Kennedy. Ia adalah kisah dendam kesumat yang mengaitkan Oswald dan Connally dengan semua kesusahan dalam hidupnya yang sudah sememangnya teruk."


Dendam Oswald bermula pada Januari 1962. Ketika itu Oswald di Soviet Union yang telah menamatkan perkhidmatannya dalam Marine Corps. Apabila pihak Marin mendapati dia cuba membelot, penamatan Oswald disimpulkan sebagai mengurangkan kepentingan yang tidak diingini. Oswald menjadi marah dan tindakannya itu tiada lagi kena mengena dengan perkhidmatannya dalam Marin selama 3 tahun.

Pada awal 1962, Oswald kecewa dengan kehidupan Sovietnya dan mahu pulang. Dia kemudian dibebankan dengan ada isteri dan anak. Dia tahu orang yang ada pendidikan dan telah menghabiskan banyak masa di Rusia dan ada penamatan tidak diingini dalam rekod, mesti ada beberapa prospek di Amerika.


Oswald menulis surat kepada Connally yang juga ketua di Jabatan Tentera Laut, penyelia orang awam di dalam Marin. Dalam terma yang memilukan itu, Oswald meminta Connally membetulkan apa yang disifatkan sebagai kegagalan dalam perundangan. Balasan yang dia dapat sebulan kemudian adalah satu penolakan birokratik. Surat yang acuh tak acuh itu tiba dalam sampul dengan gambar Connally tersenyum di depannya, yang turut mengumumkan undiannya untuk merebut jawatan gabenor Texas.


Sebulan selepas Oswald kembali ke Amerika, mimpi ngerinya menjadi nyata. Dia mula menghadapi masalah serius dalam mencari kerja di Texas. Menurut emigran Rusia yang mengenalinya ketika itu, setiap kali hal penamatan khidmatnya muncul dalam temuduga, dia akan tergamam, menyebabkannya semakin berdendam dengan Connally.


Dalam testimoninya kepada Suruhanjaya Warren, Marina selaku isteri Oswald secara muktamad menamakan Connally sebagai sasaran suaminya, bukannya Kennedy. Dia mengulangi testimoni ini di U.S. House Select Committee on Assassinations pada 1978. Emigran Dallas juga memberi testimoni tentang obsesi Oswald kepada Connally. Pun begitu, ada testimoni kukuh menyatakan dia tiada kebencian terhadap Kennedy. Sebaliknya dia mengagumi inisiatif JFK seperti usaha mengendurkan ketegangan dengan pihak Rusia.


Persoalannya, kenapa bukti motifnya diabaikan dan didiamkan dalam siasatan rasmi? Lebih lagi, kenapa buku hijau itu yang diperiksa dalam Arkib Nasional kehilangan halaman penting itu? Selama beberapa tahun dia mengajar dalam kelas di kolej komunitinya, barulah ejen bersara, Howard mengetengahkan pandangannya bahawa Connally adalah sasaran Oswald, bukannya JFK.





Mengenai halaman buku itu yang hilang, Howard mencadangkan kemungkinan:
J. Edgar Hoover, pengarah FBI ketika itu tidak mahu agensinya melalui Ejen Hosty, dibabitkan dalam pembunuhan itu. Namun Hosty telah menemuramah Marina tentang status imigrannya beberapa minggu sebelum pembunuhan berlaku. Oswald yang berang ketika itu meninggalkan surat ugutan di pejabat FBI di Dallas pada November 1963. Hosty memberi keterangan kepada Kongres bahawa ia adalah arahan pihak atasan untuk dia dedahkannya selepas pembunuhan.

Satu lagi, Presiden  Lyndon Johnson menjadi motivasi yang kuat. Dia tidak mahu Connally selaku kawannya menjadi faktor dalam kes tersebut.

Selama 53 tahun, industri kotej telah membangun mengatasi motif pembunuhan JFK. Ia mesti dikaitkan dengan Mafia, Rusia, pihak Cuba atau kepercayaan Marxisme Oswald atau jenayah kecil-kecilan Jack Ruby di dunia jenayah Dallas. Orang awam beranggapan bahawa jenayah terhebat abad ke-20 mesti sebuah produk yang setara dengan konspirasi terhebat juga.

Bagaimanapun, tiada satu pun teori konspirasi ini bertahan apabila satu kejadian berlaku enam bulan sebelum 22.11.1963, dikaji dengan teliti. Oswald bukanlah pembunuh profesional yang menerima arahan sesiapa. Jawapan sebenar kenapa dia bertindak begitu adalah disebabkan kekecewaan dan obsesinya, dan tragedi sebenar Dallas terletak pada kematian presiden yang berada dalam kawasan sasaran tembakan.


Sumber catatan hilang muka surat:  SINI   |   



Hiburan - Mr. Robot

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Mr. Robot ialah satu siri tv dengan genre thriller ciptaan Sam Esmail. Menampilkan Rami Malek sebagai Elliot Alderson, seorang jurutera keselamatan siber dan penggodam komputer yang mengalami masalah gangguan kebimbangan sosial dan depresi klinikal. Alderson direkrut oleh seorang anarkis dengan gelaran "Mr. Robot", lakonan Christian Slater, dengan tujuan menyertai sekumpulan penggodam lain. Kumpulan itu mensasarkan untuk memadamkan semua rekod hutang dengan menyerang satu syarikat besar, E Corp.  


Episod permulaannya mendapat sambutan di pelbagai saluran dalam talian dan permintaan video bermula 27.5.2015 dan siri ini disambung ke musim kedua sebelum tayangan musim pertama di USA Network 24.6.2015. Musim kedua siri ini disiarkan sebanyak 12 episod ditayangkan bermula 13.7.2016. Mr. Robot mendapat komen dari pengkritik dan turut dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah termasuk Golden Globe bagi kategori Siri Drama TV Terbaik dan Anugerah Peabody. Ia turut mendapat 6 pencalonan Anugerah Emmy termasuk Siri Drama cemerlang. Pada 16.8.2016, siri ini disambung ke musim ke-3 dan bakal disiarkan pada 2017 nanti.  


Menampilkan Rami Malek, Carly Chaikin, Christian Slater, Michael Cristofer, Stephanie Corneliussen, dan Grace Gummer


Sumber kerja penggodam:  SINI  |