Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Beberapa jam selepas pembunuhan JFK, selepas Lee Harvey Oswald menembak dan membunuh pegawai polis Dallas, J. D. Tippit dan dia dikenalpasti sebagai pembunuh, seorang pegawai dari Perkhidmatan Rahsia, Mike Howard, telah dihantar ke pangsapuri Oswald. Howard mendapati sebuah buku alamat bersaiz kecil warna hijau dan di halaman 17 ditulis tajuk I WILL KILL (Saya akan bunuh) dan disenaraikan 4 orang lelaki: James Hosty - seorang ejen FBI, Edwin Walker - jeneral kanan, dan Richard Nixon - Pemangku Presiden. Senarai paling atas ialah John Connally iaitu gabenor Texas. Pada nama Connally dilukis pisau belati dan titisan darah.
Ejen Howard telah menyerahkan buku itu kepada FBI dan Suruhanjaya Warren. Setelah beberapa lama barulah mereka dapati bahawa senarai dengan petunjuk penting kepada motif sebenar pembunuh telah dilaksanakan oleh pembunuh itu luar daripada buku itu.
Dendam Pada Connally
"Saya tidak tahu apa-apa tentang Howard sehingga saya terbitkan buku bertajuk 'The Accidental Victim' pada 3 tahun lalu pada ulangtahun pembunuhan itu yang ke-50. Dalam buku itu, saya mempertikaikan keterangan mengikut kes bahawa Conally adalah sasaran sebenar Oswald di Dallas, bukannya Kennedy. Ia adalah kisah dendam kesumat yang mengaitkan Oswald dan Connally dengan semua kesusahan dalam hidupnya yang sudah sememangnya teruk."
Dendam Oswald bermula pada Januari 1962. Ketika itu Oswald di Soviet Union yang telah menamatkan perkhidmatannya dalam Marine Corps. Apabila pihak Marin mendapati dia cuba membelot, penamatan Oswald disimpulkan sebagai mengurangkan kepentingan yang tidak diingini. Oswald menjadi marah dan tindakannya itu tiada lagi kena mengena dengan perkhidmatannya dalam Marin selama 3 tahun.
Pada awal 1962, Oswald kecewa dengan kehidupan Sovietnya dan mahu pulang. Dia kemudian dibebankan dengan ada isteri dan anak. Dia tahu orang yang ada pendidikan dan telah menghabiskan banyak masa di Rusia dan ada penamatan tidak diingini dalam rekod, mesti ada beberapa prospek di Amerika.
Oswald menulis surat kepada Connally yang juga ketua di Jabatan Tentera Laut, penyelia orang awam di dalam Marin. Dalam terma yang memilukan itu, Oswald meminta Connally membetulkan apa yang disifatkan sebagai kegagalan dalam perundangan. Balasan yang dia dapat sebulan kemudian adalah satu penolakan birokratik. Surat yang acuh tak acuh itu tiba dalam sampul dengan gambar Connally tersenyum di depannya, yang turut mengumumkan undiannya untuk merebut jawatan gabenor Texas.
Sebulan selepas Oswald kembali ke Amerika, mimpi ngerinya menjadi nyata. Dia mula menghadapi masalah serius dalam mencari kerja di Texas. Menurut emigran Rusia yang mengenalinya ketika itu, setiap kali hal penamatan khidmatnya muncul dalam temuduga, dia akan tergamam, menyebabkannya semakin berdendam dengan Connally.
Dalam testimoninya kepada Suruhanjaya Warren, Marina selaku isteri Oswald secara muktamad menamakan Connally sebagai sasaran suaminya, bukannya Kennedy. Dia mengulangi testimoni ini di U.S. House Select Committee on Assassinations pada 1978. Emigran Dallas juga memberi testimoni tentang obsesi Oswald kepada Connally. Pun begitu, ada testimoni kukuh menyatakan dia tiada kebencian terhadap Kennedy. Sebaliknya dia mengagumi inisiatif JFK seperti usaha mengendurkan ketegangan dengan pihak Rusia.
Persoalannya, kenapa bukti motifnya diabaikan dan didiamkan dalam siasatan rasmi? Lebih lagi, kenapa buku hijau itu yang diperiksa dalam Arkib Nasional kehilangan halaman penting itu? Selama beberapa tahun dia mengajar dalam kelas di kolej komunitinya, barulah ejen bersara, Howard mengetengahkan pandangannya bahawa Connally adalah sasaran Oswald, bukannya JFK.
Mengenai halaman buku itu yang hilang, Howard mencadangkan kemungkinan:
J. Edgar Hoover, pengarah FBI ketika itu tidak mahu agensinya melalui Ejen Hosty, dibabitkan dalam pembunuhan itu. Namun Hosty telah menemuramah Marina tentang status imigrannya beberapa minggu sebelum pembunuhan berlaku. Oswald yang berang ketika itu meninggalkan surat ugutan di pejabat FBI di Dallas pada November 1963. Hosty memberi keterangan kepada Kongres bahawa ia adalah arahan pihak atasan untuk dia dedahkannya selepas pembunuhan.
Satu lagi, Presiden Lyndon Johnson menjadi motivasi yang kuat. Dia tidak mahu Connally selaku kawannya menjadi faktor dalam kes tersebut.
Selama 53 tahun, industri kotej telah membangun mengatasi motif pembunuhan JFK. Ia mesti dikaitkan dengan Mafia, Rusia, pihak Cuba atau kepercayaan Marxisme Oswald atau jenayah kecil-kecilan Jack Ruby di dunia jenayah Dallas. Orang awam beranggapan bahawa jenayah terhebat abad ke-20 mesti sebuah produk yang setara dengan konspirasi terhebat juga.
Bagaimanapun, tiada satu pun teori konspirasi ini bertahan apabila satu kejadian berlaku enam bulan sebelum 22.11.1963, dikaji dengan teliti. Oswald bukanlah pembunuh profesional yang menerima arahan sesiapa. Jawapan sebenar kenapa dia bertindak begitu adalah disebabkan kekecewaan dan obsesinya, dan tragedi sebenar Dallas terletak pada kematian presiden yang berada dalam kawasan sasaran tembakan.
Sumber catatan hilang muka surat: SINI |
No comments:
Post a Comment