MY FOLLOWERS

Thursday, December 15, 2016

Hiburan - Mr. Robot

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Mr. Robot ialah satu siri tv dengan genre thriller ciptaan Sam Esmail. Menampilkan Rami Malek sebagai Elliot Alderson, seorang jurutera keselamatan siber dan penggodam komputer yang mengalami masalah gangguan kebimbangan sosial dan depresi klinikal. Alderson direkrut oleh seorang anarkis dengan gelaran "Mr. Robot", lakonan Christian Slater, dengan tujuan menyertai sekumpulan penggodam lain. Kumpulan itu mensasarkan untuk memadamkan semua rekod hutang dengan menyerang satu syarikat besar, E Corp.  


Episod permulaannya mendapat sambutan di pelbagai saluran dalam talian dan permintaan video bermula 27.5.2015 dan siri ini disambung ke musim kedua sebelum tayangan musim pertama di USA Network 24.6.2015. Musim kedua siri ini disiarkan sebanyak 12 episod ditayangkan bermula 13.7.2016. Mr. Robot mendapat komen dari pengkritik dan turut dicalonkan dan memenangi beberapa anugerah termasuk Golden Globe bagi kategori Siri Drama TV Terbaik dan Anugerah Peabody. Ia turut mendapat 6 pencalonan Anugerah Emmy termasuk Siri Drama cemerlang. Pada 16.8.2016, siri ini disambung ke musim ke-3 dan bakal disiarkan pada 2017 nanti.  


Menampilkan Rami Malek, Carly Chaikin, Christian Slater, Michael Cristofer, Stephanie Corneliussen, dan Grace Gummer


Sumber kerja penggodam:  SINI  |    


Hiburan - Marvel's Luke Cage

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Luke Cage ialah satu siri tv keluaran produksi Marvel, dikembangkan untuk Netflix oleh Cheo Hodari Coker, berdasarkan watak komik Marvel. Ia ada dalam persekitaran MCU yang turut berkesinambungan dengan filem francaisnya dan menjadi yang ketiga dalam siri yang membawa kepada lintasan siri mini Defenders. Siri ini diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios.




Mike Colter sebagai Luke Cage, bekas penjenayah dengan kuasa kekuatan dan kulit keras yang memerangi jenayah di bandarnya.

Siri ini mula disiarkan pada 28.9.2016 di Harlem dengan siri penuh 13 episod di Netflix pada 30.9.2016.


Dibintangi Mike Colter, Mahershala Ali, Alfre Woodard, Simone Missick, Theo Rossi, dan Frank Whaley


Sumber kulit keras tak lut:  SINI  |    



Seni dan Kreativiti - Nampak Macam Balak, Tapi........

Kredit kepada: Travelnews
Gambar ihsan: Travelnews



Assalamualaikum.....

Sekali tengok dari jauh memanglah nampak ia sebuah kayu balak, tetapi kenapa diletakkan dalam galeri di muzium?

Sebenarnya ia dipamerkan dalam muzium sebagai satu karya artis Zheng Chunhui. Replika ini adalah berdasarkan sebuah lukisan China yang terkenal bertajuk “Along The River During The Quinming Festival” ciptaan Zhang Zeduan ketika zaman Dinasti Song.

Ia adalah satu skulptur ukiran kayu yang mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan dan ia diiktiraf sebagai ukiran kayu terpanjang di dunia oleh Guinness Book of World Records.  

Skulptur ini mempunyai 550 bentuk orang yang diukir secara individu, dan tidak termasuk bangunan dan yang lainnya.











Sumber penuh kesenian dan ketelitian:   SINI    |     



Sunday, November 20, 2016

Seni dan Kreativiti - Perkara Seronok Boleh Dibuat Dengan Dron

Kredit kepada: Says.com
Gambar ihsan: Says.com


Assalamualaikum.....


Zaman sekarang, ada memiliki sebuah dron bukanlah pelik. Bermacam perkara boleh dibuat, bukan setakat untuk hiburan seperti kapal terbang kawalan jauh sahaja. Boleh juga ambil foto dan rakam video. Sebelum ini, pernah didedahkan di Yahoo News tentang satu foto yang diambil menggunakan dron 'kantoi'kan seorang wanita yang sedang berjemur di laman belakang rumah dengan bikini sahaja.


Sesiapa yang ada dron bolehlah cuba terbangkannya lebih tinggi untuk dapatkan shot menarik seperti ini....


Terbangkan dron untuk dapatkan landskap yang ummpphh!


Ambil foto selfie ramai-ramai tanpa gunakan monopod.


Ambil foto landskap


Buat light painting di udara


Boleh juga buatkan apa sahaja rakaman video menarik, kreatif, pelik atau mengarut... hahahaha




Sumber menggapai awan:  SINI   |   



Sekadar Luahan - Semua Orang Ada Bahagiannya...

Kredit kepada:  -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Nak bagi berapa ni..???


Bukan semua perkara kita boleh cerita pada orang lain. Ada yang kena dirahsiakan dan dibiarkan macam itu. Apa rahsia itu? Entah. Saya sendiri tidak tahu. Mungkin terpulang kepada masing-masing. Boleh jadi atas faktor kerjaya itu sendiri atau pengalaman peribadi. Bergantung pada bidang apa yang diceburi.

Ada sesetengah perkara, bila berlaku membuatkan kita jadi serik untuk terlalu dedahkan apa yang kita tahu. Kita boleh jadi kecewa, marah, terasa hati membengkak, dan sebagainya. Sebab mungkin orang yang berurusan dengan kita itu depannya cakap lain, belakangnya cakap lain. Depan muka buat macam biasa, di bila balik tengok semula dalam internet, habis semua disembur keluar. Dengan megah dan sombongnya ungkit beri kita itu ini dan kata kita ini tidak malu dan tidak kenang budi. Biasalah, bila jumpa manusia di dunia luar, macam-macam jenis dan perangainya. Sedaplah bahasa bila bercakap macam-macam di dunia ini, di akhirat pula macam mana? Boleh yakinkah dia kalau dirinya lebih baik daripada kita? Kalau betul terasa diri itu tidak sombong bongkak, adakah akan diungkit itu semua? 

Kalau kita pilih untuk diam, dia boleh buat apa? Mahu terus serang sampai kita jatuh? Atau mahu diam juga? 





"Eh, yang ini macam ini. Tak boleh beritahu orang." 
"Dalam bidang kita ni, benda-benda macam ni tak boleh dedah lebih-lebih. Boleh beritahu setakat ini sahaja."

Hmm... susah mahu katakannya. Lain orang, lain rahsianya. Lain orang, lain ceritanya. Lain perasaannya. Rambut sama hitam, hati lain pula. Yang tahu, hanya dirinya dan Allah swt. 

Macam mana mahu sebutkannya? 



Artikel - Perlukah Membina Binaan Di Atas Kubur?

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum.....







Dari Abu al-Hayyaj al-Asadi, ia berkata, Ali bin Abi Talib r.a. berkata kepadaku:
"Ingatlah aku mengutusmu sebagaimana Rasululloah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutusku: Janganlah kamu biarkan patung kecuali kamu hancurkan, dan janganlah pula kamu biarkan kuburan yang berlebihan kecuali kamu ratakan."
(HR. Muslim : 696)

Dari Abu Tsumamah bin Syufiyyi, ia berkata, "Kami bersama Fudholah bin ’Ubaid berjihad di bumi Romawi, di daerah Rudais. Salah seorang sahabat kami meninggal dunia, lalu Fudholah bin ’Ubaid radhiyallahu ‘anhu memerintahkan kami agar meratakan kuburannya, lalu ia berkata:
"Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk meratakannya."
(HR. Muslim: 968)

Bukan yang dimaksudkan meratakan kuburan harus meratakan kuburan dengan tanah, kerana meninggikan kuburan sewajarnya dan tidak berlebihan bukanlah perbuatan yang terlarang. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah meratakan semua kuburan dan tidak membezakan antara kuburan orang soleh dan yang lain, tidak pula meninggikan kuburan secara berlebihan dan tidak pula mendirikan bangunan di atasnya.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang umatnya mengecat kuburan, duduk di atasnya, dan mendirikan bangunan di atasnya."
(HR. Muslim: 2242, Abu Dawud: 3226, Tirmidzi: 1052, Nasa’i: 2026)

Sebarkan kebenaran ini..
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya ada pahala yang sama dengan pahala orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun juga dari pahala-pahala mereka.” (HR Muslim no. 2674).