MY FOLLOWERS

Wednesday, October 22, 2014

Seni & Kreativiti - Transformasi Muka Dengan Mekap

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment


Assalamualaikum.....

Seorang hos tv dari Filipina menjadi popular di internet dengan menukarkan wajahnya menjadi seiras wajah mereka yang popular sekaligus membuktikan solekan juga merupakan satu bentuk seni. Paolo Ballesteros menggunakan mekap dan rambut palsu untuk mengetengahkan ideanya untuk menjadi Katy Perry, Kim Kardashian, dan beberapa artis lagi.










KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Seni & Kreativiti - Guna Pen Marker Untuk Lukis Corak Kereta

Kredit kepada: Yahoo DIY
Gambar ihsan: Yahoo DIY

Assalamualaikum.....

Jangan ingat pen marker boleh diguna sekadar untuk tulis atau lukis pada kertas, pada kadbod untuk kerja pendidikan seni di sekolah atau papan putih sahaja. Banyak lagi medium boleh digunakan untuk hasilkan karya menggunakan pen marker ini. Kalau ada sesiapa yang biasa tengok dinding rumah diconteng oleh budak-budak dengan pen marker, itu salah satu kegunaannya juga. Hahaha... Dengan beratus-ratus jam dan pen marker yang banyak, ada individu yang serius dengan kebolehan ini menggunakan kereta Honda Civic dan Mazda Miata untuk menzahirkan idea mereka.








 
KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Kesihatan - Tips Mudah Diet oleh Kevin Zahri

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum....






Ini hanya secara ringkas sahaja. Mungkin selepas ini akan ada banyak lagi tips yang anda boleh ikuti dan cuba. Lagi bagus bila tidak perlu makan pil kurus yang entah apa-apa dan tiada jaminan atas kesihatan. Amalan pemakanan dan senaman yang betul lebih membantu dalam diet seharian anda.

Saturday, October 18, 2014

Artikel - Bila Kena Saman Trafik

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Maksimun???


Saman ini sebagaimana dinyatakan oleh PDRM ini tiada insentif dan dikenakan kompaun berjumlah RM300. Terdapat 14 jenis kesalahan yang dikenakan denda dengan jumlah ini. Namun ada sedikit kelonggaran kepada mana-mana individu jika membayar denda berkenaan pada hari yang sama anda didenda. Berdasarkan pengalaman, anda hanya perlu bayar separuh sahaja jumlah denda yang dikenakan. Anda boleh tanya sendiri pada kerani yang menjaga kaunter pembayaran berkenaan dan minta pengurangan. Kalau dapat kurangkan lagi, lagi bagus. Yang penting, jangan tangguh apa-apa bayaran saman, denda atau kompaun yang dikenakan kerana kelak jumlahnya akan bertambah dan mungkin waran tangkap akan dikeluarkan dan anda terpaksa pula menjawab sendiri di mahkamah.  

Seperkara lagi perlu diingat bahawa walaupun dalam jumlah yang kecil, sila jangan ambil mudah dan mengabaikannya. Dapat sahaja, terus bayar!


P/S: Boleh pula tersalah eja......   :-)


Artikel - Isi Dengan Air Suling

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, antara salah satu faktor yang menyebabkan enjin menjadi panas selain tidak menukar minyak hitam ialah kekurangan air dalam bekas simpanan air. Keadaan panas atau sejuknya enjin boleh dipantau dengan melihat pada bahagian penunjuk suhu yang telah sedia ada pada papan pemuka pemandu. Jika jarum menunjuk pada takat atas daripada setengah, bermakna anda perlu berikan perhatian pada keadaaan minyak hitam atau air.



Berkenaan air, dinasihatkan agar sebaiknya tidak mengisikan bahagian tangki air dengan air paip kerana umum diketahui air tersebut mengandungi klorin. Sebagaimana dibaca daripada sumber di akhbar, klorin dalam air paip boleh memberikan kesan terhadap sistem saluran air dalam enjin. Sebaiknya isikan dengan air suling yang boleh didapati di kedai yang menjual alat ganti kenderaan.

Artikel - 12 Jenis Tablet Terhebat Sepanjang Zaman

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Versi zaman purba pun ada?? Sebelum ini kita sudah melihat evolusi telefon bimbit. Kali ini marilah kita lihat pula evolusi tablet, daripada versi purba, versi hitam putih hinggalah versi fiksyen dalam filem :-)

Daripada versi hitam putih hinggalah yang terkini ciptaan Steve Jobs, semuanya dalam senarai ini. Harapnya jangan terkejut kerana iPad ciptaan Steve Jobs bukanlah tablet pertama yang dicipta di dunia. Versi purba bukannya digital, lagipun zaman dahulu teknologi komputer pun belum wujud lagi. Seperti sesetengah jenis kereta, ada antara ciptaan di sini hanya tinggal sebagai konsep dan ada yang lain berada di pasaran hanya dalam tempoh yang singkat.



Motorola Xoom - 2011

 
Apple iPad - 2010

 
Etch A Sketch - 1960

 
Apple Newton Message Pad 100 - 1993

 
Dynapad - 1972

 
RAND Tablet - 1963

 
Amazon Kindle Fire - 2011

 
Microsoft Courier - 2008

 
The Trek Pad - 1966 
Hanya dalam filem Star Trek

 
GridPad - 1989

 
Palm Pilot 1000 - 1996

 
Tablet Undang-undang - 1500 SM
Satu-satunya versi bukan digital :-)

 
KLIK SINI untuk artikel penuh.