MY FOLLOWERS

Sunday, September 8, 2013

Berita - Sekitar Majlis Aidilfitri dan Bulan Kemerdekaan KKKT 27.8.2013

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Majlis sambutan Aidilfitri kali ini sekaligus dengan sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan pada 27.8.2013 bertempat di Dewan Besar KKKT. Majlis dihadiri para pelajar, staf dan pensyarah serta ADUN. Selesai ucapan perasmian oleh Pengarah dan VIP, majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang. 










Bagi memeriahkan majlis, turut diadakan ialah deklamasi sajak sempena Kemerdekaan oleh beberapa pelajar. Antara hidangan buat hadirin yang disediakan ialah sate dan nasi himpit, ketupat, rendang, serunding, nasi minyak, roti sandwic, agar-agar, buah-buahan, tapai, laksa, mee kari, cendol, serta minuman. Majlis bermula jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang.

Thursday, September 5, 2013

Artikel - Jambiya

Kredit kepada: Family, Wikipedia
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Tahukah anda mengenai senjata kecil ini? Dikenali sebagai jambiya dan berasal dari Yaman. .....


Janbiya, juga dieja janbia, jambiya, atau jambia (Arabic: جنبية‎ janbīyah), ialah istilah untuk pisau dagger berasal dari Yaman dengan mata pisau pendek yang diselit pada tali pinggang. 
 






Seperti juga kebanyakan senjata lain, ia juga datang dengan banyak jenama, berkaitan dengan jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya, termasuk mengambil kira kualiti dan aspek rekaannya. Biasanya, kedua-dua belah sisinya direka tajam dan dibuat daripada besi. Sarungnya daripada kayu biasanya dihias indah yang melambangkan status si pengguna. Antara bahan yang digunakan termasuk perak, batu permata juga kulit. 

Meskipun ia begitu signifikan, jambiya masih dikelaskan sebagai senjata dan hanya benar-benar digunakan ketika berlaku konflik. Undang-undang Islam dan norma masyarakat perlu diikut bagi mengelakkan fitnah. Selain itu, jambiya juga digunakan dalam tarian tradisional.

Seperti juga senjata melengkung lain, bilah pisaunya yang berat membantu penggunanya membenamkannya dalam tubuh lawan ketika pertikaian yang menyebabkan kecederaan dalaman selain memotong pada tulang, otot, tusukan ke jantung, peparu dan limpa. Ini menjadikannya antara senjata ditakuti.


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Hiburan - Lagi Foto Cosplay Di San Diego Comic-Con 2013

Kredit kepada: Yahoo Movies
Gambar ihsan: Yahoo Movies


Assalamualaikum...

Waaahh.. Ingatkan foto Cosplay yang sebelum ini setakat itu sahaja (KLIK SINI), rupanya ada lagi.. Ahh, malas mahu cerita panjang-panjang.. Layankan sahaja!

Waarrgghhh !!!!

Kalau ini rupa lain bagi watak Wolverine dalam filem seperti sebelum ini, rasanya ini lagi SMART daripada versi Hugh Jackman tu!  Hahahaha!!

Nak makan penyepak! Kick-Ass!




Fuhh! (Fewiitt!!)


Ehh, Minions bukan pendek ke? Hehehehehee...







Loki


Dah macam robot pula..Hahahaha



Sambung DARI SINI


KLIK SINI untuk lebih banyak foto.

Sunday, September 1, 2013

Berita - Budak Tertelan Dart Sumpit

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....



Seorang budak lelaki berumur 15 tahun dari Ohio dikejarkan ke unit kecemasan selepas dia tertelan sebatang dart daripada sumpit. Dart berkenaan termasuk ke saluran udara selepas dia menarik nafas dalam ketika menghalakan sumpit itu ke mulutnya. Sumpit direka untuk menembak dart ke luar dengan cara menghembusnya dengan kuat. 

Apabila dia tiba di unit kecemasan, dia telah terbatuk-batuk selama 3 jam. Walaupun dia berkata hanya bermain bersama adik-beradiknya tanpa memberitahu mengenai sumpit itu, pancaran x-ray pada saluran udaranya menunjukkan dart tersebut tersangkut di dalamnya. Selepas ditanya, barulah dia mengakuinya. 

Kes ini menegaskan lagi akan bahaya sumpit kepada remaja, terutamanya jika arahan penggunaannya diperolehi daripada internet seperti yang didapatinya. Kebanyakan laman web yang menyediakan arahan berkaitan bagaimana membuat sumpit tidak begitu menekankan amaran akan risiko yang bakal dihadapi. 


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Seni & Kreativiti - Membina Model Pondok Rehat

Kredit kepada: geng kolej
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....



Antara bahan dan peralatan yang diperlukan ialah
pisau pemotong (cutter)
pembaris besi
pembaris skala (bentuk segitiga)
alat tulis
kloroform (digunakan sebagai gam)
papan kertas (tebal ~2mm)
gam biasa atau UHU
papan kertas berlekuk (atap)


Rajah 1

Potong papan kertas untuk buat bahagian-bahagian seperti lantai gazebo, apron, tiang, railing, alang siling (beam) dan atap. Setiap bahagian, skala dan ukurannya adalah berdasarkan kepada lukisan yang diberikan. Lihat rajah 1.



Rajah 2

Pada bahagian lantai, tandakan kedudukan lubang untuk masukkan tiang dan railing. Tandakan juga pada bahagian apron kedudukan tiang. Ini untuk memastikan kedudukan tiang adalah tegak apabila tiang dipasang nanti. Lihat rajah 2. 



Rajah 3

Potong papan untuk buat bahagian tiang dan railing.

Rajah 3a

Untuk bahagian tiang, tinggi dan lebarnya ada dinyatakan dalam lukisan. Lukis pada papan dan potong mengikut ukuran yang diberikan kemudian lekatkan bahagian-bahagiannya untuk membentuk tiang. Lihat rajah 3a. Lekatkan setiap bahagian menggunakan kloroform yang telah disediakan. 




Rajah 3b



Rajah 4


Tebuk lubang tiang pada bahagian lantai dan masukkan tiang pada lubang-lubang berkenaan. Lihat rajah 3b. Lekatkan bahagian tepi lantai seperti dalam rajah 4 (anak panah) bagi seluruh lantai. Letakkan apron di bawah tiang-tiang yang telah siap (jangan lekatkan dahulu) untuk pastikan kedudukannya tepat. 




Rajah 5

Siapkan bahagian tepi tiang seperti dalam rajah 4 dan 5. Lekatkan bahagian sisi menggunakan kloroform.



Rajah 6


Lekatkan bahagian apron dan alang siling (beam) seperti dalam rajah 6. Ukuran beam adalah seperti dalam lukisan yang disediakan.


Rajah 7


Buatkan tangga untuk bahagian depan gazebo. Kecondongan bahagian tepi tangga adalah 45 darjah. Lihat rajah 7. Ambil ukuran ketinggian dari lantai ke apron sebagai ketinggian dan panjang tangga. Bilangan dan jarak bagi setiap anak tangga adalah berdasarkan tinggi tangga. Contoh: jika jarak dari lantai ke apron adalah 900mm, dan jarak anak tangga adalah 300mm, maka perlu buat 3 anak tangga. Lebar tangga pula seperti dinyatakan dalam lukisan. Lekatkan tangga pada bahagian depan gazebo iaitu pada muka papan sisi lantai. 



Rajah 8



Rajah 9





Rajah 10


Masa untuk buat railing gazebo. Railing ini akan dilekatkan antara bahagian tiang pada lantai gazebo. Corak pada railing adalah terpulang kepada kreativiti pembuat. Boleh rujuk pada buku atau majalah untuk dapatkan idea atau ilhamnya. Kemudian lukiskan corak yang dikehendaki pada permukaan papan railing yang telah dibuat. Lihat rajah 8. Perlu ada 3 keping kesemuanya iaitu bagi bahagian sisi kiri, kanan dan belakang gazebo. Kemudian potong corak berkenaan seperti dalam rajah 9. Siapkan potongan bagi semua kepingan dan lekatkan pada bahagian ruang antara tiang seperti dalam rajah 10. 






Rajah 11


Bagi bahagian atap, mula-mula perlu buat 2 bahagian iaitu sokongan beam berbentuk 4 segi dan 'tulang ikan' bagi atap dengan sudut atap 30 darjah. Panjang 'tulang ikan' diambil secara pepenjuru dari bucu atas kiri ke bawah kanan termasuk ukuran pepenjuru offset atap dan dibuat dua bahagian yang kemudian disambung secara bersilang. Lekatkan bahagian sokongan beam dan tulang ikan ini seperti dalam rajah 11.






Rajah 12

Letakkannya pada atas beam seperti dalam rajah 12.





Rajah 13


Kemudian lekatkan papan sebagai fascia board pada seluruh bahagian tepi atap (lihat panah merah pada rajah 13) dan bahagian alang/kerangka atap (panah biru). 





Rajah 14

Lekatkan kepingan atap pada kerangka atap berbentuk segi tiga mengikut ukuran bahagian atap. Kemudian di atasnya, lekatkan papan berlekuk di atasnya menggunakan gam biasa, seperti dalam rajah 14. Saiznya adalah sama dengan kepingan atap. Pastikan jalurnya sentiasa menegak bagi setiap bahagian kepingan, kerana mengambil kira arah aliran air hujan turun.  Lekatkan kertas berwarna coklat yang sesuai bagi menutup bahagian cantuman antara atap (lihat anak panah).




Berita - Bekas Model Masuk Islam (Alhamdulillah..)

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......



Carley Watts

Seorang model British juga seorang ibu memilih untuk menukar haluan hidupnya daripada berposing dengan pakaina dalam kepada seorang muslimah selepas bertemu dengan seorang warga Tunisia pada April lalu. 

"Bertemu dengan Mohamed membuatkan saya melihat semula kehidupan," kata Carley Watts, seorang bekas model pakaian yang sanggup sarungkan apa sahaja untuk majalah seperti Elite Online Magazine, katanya kepada the Sun mengenai teman barunya, Mohammad Salah.

Keduanya bertemu sewaktu dia bercuti di Tunisia. Pada waktu itu ramai lelaki yang menguratnya kecuali Salah. 

"Saya melihatnya sebagai cabaran baru," katanya the Sun.

Pada Oktober nanti, dia bersama anaknya, Alanah, yang berusia 2 tahun akan berpindah dari Norfolk ke Monastir, di Tunisia, dan dia akan memeluk Islam dan mengahwini Salah pada musim bunga nanti.

Bakal mertuanya tidak akan dimaklumkan mengenai kariernya. Dia kini berpakaian menutup aurat dan turut berpuasa pada bulan Ramadhan lalu.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sentiasa rasa bersyukur bila ada yang masuk Islam (mualaf), terima agama ini dan ikut apa yang diajar dalam agama ini. Pun begitu, sekali-sekali bila difikirkan, terkilan juga rasanya, kenapa yang bukan muslim boleh pilih untuk masuk Islam dan boleh tutup aurat dengan lebih baik sedangkan yang sudah sedia muslim ada yang pilih untuk jadi model dengan tidak menutup aurat? Lagi teruk bila baju pun macam secebis kain sahaja?! Inikah Islamku?