MY FOLLOWERS

Saturday, January 15, 2011

Artikel - Bahaya Khamar

Credits to: Syok.Org
Gambar ihsan Yahoo Images


Salam...






Abul Laits berkata: “Awaslah kau dari minum khamar kerana ia mengandungi sepuluh bahaya iaitu:
  • Peminumnya seperti orang gila dan menjdai tertawaan anak kecil dan tercela dikalangan orang-orang berakal Ibn Abud-Dunia berkata: “Saya melihat orang mabuk dijalan diBaghdad, ia sedang kencing lalu mengusapkan air kencing itu kemukanya sambil membaca: Allahummaj alni minattawwabin waj’alni minal mutathahhirin. Juga ada orang mabuk dan muntah-muntah ditengah jalan sehingga datang anjing menjilat mulut dan janggutnya dan ia berkata kepada anjing itu: “Ya sayyidi ya sayyidi, jangan mengotorkan saputangan.”
  • Memboros harta dan merosak akal. Sebagaimana kata Umar bin Alkhatthab kepada Rasulullah s.a.w.: “Ya Rasulullah, jelaskan pendapatmu mengenai khamar?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Sebab nyata menghabiskan harta dan merosak akal.”


  • Minum khamar menyebabkan permusuhan diantara kawan-kawan. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Innama yuridus syaithanu an yuqi’a bainakumul adawata walbagh dhaa’a filkhamri walmaisir.” (Yang bermaksud): “Sesungguhnya tujuan syaitan akan membangkitkan permusuhan diantara kamu didalam khamar dan judi.”
  • Peminumnya terhalang dari dzikrullah dan sembahyang. Sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): “Wa yashuddakum an dzikrillahi wa anis shalaati fahal antum muntahun.” (Yang bermaksud): “Dan juga menghalangi kamu dari dzikrullah dan sembahyang, apakah kamu tidak mahu menghentikan?” Ketika ayat ini turun maka Umar bin Alkhatthab berkata (Yang berbunyi): “Intahainaa ya Robbi.” (Yang bermaksud): “Kami hentikan ya Tuhan.”



  • Minum khamar itu mendorong untuk berzina, sebab kemungkinan ia menceraikan isterinya tanpa sedar
  • Ia pembuka dari segala kejahatan sebab jika mabuk. mudah berbuat segala maksiat
  • Mengganggu malaikat yang menjaganya kerana memasukkan ke majlis fasiq dan adanya bau busuk



  • Terkena hukum pukul dera lapan puluh kali dan bila tidak terpukul didunia maka di akhirat akan dipukul dengan pukulan dari enraka yang disaksikan oleh orang tua dan kawan-kawan
  • Ia telah menutup pintu langit sebab hasanatnya dan doa-doanya tidak terangkat kelangit selama empat puluh hari
  • Ia berspekulasi (membahayakan) terhadap dirinya sebab dikhawatirkan tercabut iman ketika matinya.



Ini semua siksa dunia sebelum siksa akhirat, maka tidak terhitung selain dari minuman hamim dan makanan zaqqum kerana itu seorang yang berakal jangan sampai memilih kesenangan yang sedikit sehingga membuang kelazatan yang besar dan abadi.

Sumber: Bahaya Arak

Berita - Tornado (Gerun!!)

Credits to: Yahoo News
Gambar ihsan Yahoo News


Salam...

Sebenarnya artikel ini adalah sebahagian daripada yang artikel yang sudah agak lama berada dalam simpanan saya.Mungkin tidak berkesempatan untuk kerap mengemaskini blog kerana kekangan masa dan keadaan kemudahan yang kurang memuaskan kebelakangan ini. InsyaAllah, bila ada masa nanti, akan saya siarkan lagi selebihnya. Selaku penulis blog ini, saya akan terus mencuba menyiarkan hanya yang terbaik buat tatapan pembaca dan pengikut..

Untuk post ini, harap jadikan gambar-gambar berikut sebagai renungan.














Subhanallah...

Thursday, January 6, 2011

Sekadar Luahan - Tidak Disangka-sangka....

Credits to: Blog HH
Gambar ihsan: Dashboard


Salam...

Kebiasaannya saya mungkin tidak begitu berkesempatan untuk melihat-lihat bilangan pengikut setiap kali berlaku pertambahan bilangannya. Walaubagaimanapun, hari ini saya mendapati blog saya turut diikuti oleh blogger ini:



Sebelum ini, saya telah mengikuti blog ini buat beberapa lama. Terima kasih HH kerana telah mengintip blog ini.

Ada masa, silalah ke sini lagi... :-D

Sekadar Luahan - Kenangan Hari Pertama di Sekolah

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum...







Mengimbau kembali zaman kanak-kanak, pastinya banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Ya, setiap detik dilalui pastinya ada yang meninggalkan kesan mendalam. Apabila dikenang kembali, pasti segelintir akan merasa gembira, tidak kurang juga yang menangis.


Bagaimana pula dengan kisah sewaktu mula-mula melangkah ke sekolah? :-D


Setiap kali menonton siaran Buletin Utama pada awal tahun, berita yang sama ditayangkan. Begitulah gambarannya bagi setiap yang mula-mula ke sekolah. Mungkin setiap orang melihatnya dari perspektif yang berbeza.


Hari pertama masuk darjah 1


Saya masih ingat, ketika mula-mula ke sekolah. Pada waktu itu tahun 1988, saya mula memasuki darjah 1 di Sekolah Rendah Kebangsaan King George V (SRK KGV), Ampangan, Seremban. Pada waktu itu keluarga saya baru sahaja ditukarkan ke Negeri Sembilan oleh pihak Mara. Saya bersekolah pada sesi petang. Saya hanya datang dengan membawa bekalan makanan tanpa beg sekolah. Ayah saya kata hari pertama, kelas belum bermula. Saya sekadar mengikut.


Ayah saya menemani saya mendaftar diri. Berbagai gelagat dapat dilihat, ada yang gembira, yang biasa-biasa, malah ada yang sedih. Mungkin kerana berdepan suasana berbeza daripada di tadika pada tahun sebelumnya. Saya antara yang menangis waktu itu. Kiranya seperti culture shock juga.


Kelas bermula, ayah saya masih menunggu di luar kelas. Sekali-sekali memerhati. Begitu juga ahli keluarga yang lain, juga ada yang masih belum pulang. Guru kelas mula memanggil nama seorang demi seorang. Setiap kali nama dipanggil, murid akan bangun sambil mengangkat tangan dan menjawab, "Saya, cikgu." Apabila tiba giliran saya, saya cuma sekadar mengangkat tangan dan menunduk muka, tanpa bangun. Malu sebab dipanggil ketika sedang menangis! (Huhuhuhu....) Cikgu dan kawan sekelas seperti mencari, dan ada yang mula bersuara "Eh, mana orangnya?" Bila ternampak saya, barulah cikgu berkata, "Laa..kenapa tak bangun?" sebelum meneruskan memanggil nama kawan-kawan yang lain hingga yang terakhir.


Seterusnya, kelas dimulakan dengan Pendidikan Seni. Saya belum menegur sesiapa (terasa seperti kera sumbang pun ada), Kertas lukisan dihulur oleh siapa pun, saya tak tahu! Tiba-tiba sahaja sudah ada di depan mata. Pensel warna pula pinjam pada rakan di sebelah. Sewaktu melukis, barulah ada yang mula melihat saya. Mungkin juga lukisan saya. Siap dengan pujian sebab saya boleh melukis! Hehehe...


Pun begitu, saya masih lagi dalam mood 'takut'. Sewaktu ayah saya mengambil saya untuk pulang, barulah 'meletup' tangisan saya hinggalah sampai di rumah.





Hari kedua

Saya sudah boleh berdikari, sedikit.. Saya dihantar oleh jiran kami, yang dipanggil Atuk dengan menaiki kereta. Bukan saya seorang, tetapi ada 3 orang lagi. Saya tiba di sekolah awal sedikit sebelum bermula sesi petang. Dengan beg yang disandang, saya datang melihat ke kelas dan saya dapati ada murid-murid lain pula di kelas. Pada waktu itu saya tidak mengetahui berkenaan sesi pagi persekolahan. Saya ingatkan hari itu cuti atau tidak bersekolah. Saya tidak dapat menelefon ke sekolah kerana tiadanya telefon di rumah apatah lagi telefon bimbit! Jadi saya pun berjalan kaki sendirian pulang semula ke rumah. Peliknya, tiada siapa pun yang mencari dan tiada yang menghalang...


Apabila sampai sahaja di rumah, alangkah terkejutnya ibu saudara saya (babysitter saya ketika itu) melihat saya pulang sewaktu sesi persekolahan baru bermula! Bila ditanya kenapa pulang awal, jawapan saya, "Takde orang pun..orang lain pulak ada kat sekolah." Terus dia memanggil Atuk kembali dan saya dihantar semula ke sekolah, kali kedua pada hari yang sama.


Nasib baik tidak didenda kerana datang lewat hari itu.. :-D


Hari-hari seterusnya, saya melalui sesi persekolahan seperti biasa hingga tamat darjah 3 di sekolah berkenaan.





Darjah 4 hingga 6

Sewaktu memasuki darjah 4, saya bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya, Seremban. Perpindahan ini adalah sebab Atuk yang biasa menghantar kami sudah 'bersara' daripada menghantar kami. Lagipun, pada waktu ini, sekolah ini baru sahaja dibuka. Alangkah seronoknya kali ini kerana hanya perlu berjalan kaki untuk pergi dan balik dari sekolah pada waktu pagi. Kadang-kadang terserempak juga dengan beberapa orang pakcik jiran yang berjoging. Adakalanya mereka temankan saya sehingga ke sekolah. Kawan-kawan merangkap jiran pun ramai yang boleh bergerak bersama. Saya bersekolah di sini sehingga tamat darjah 6 dan UPSR.


Lebih seronok kerana dapat tidur pada waktu petang selepas pulang dari sekolah. Itupun jika ada kelapangan. Kebiasaannya saya akan bersama kawan yang lain ke rumah ustazah untuk kelas mengaji dan akan 'melecong' pula ke rumah kawan untuk bermain permainan video, ataupun ke kedai Wan untuk makan ABC! Hahahaha...

Tuesday, January 4, 2011

Paranormal - Pembuka Tirai....

Credits to: Kedahonline
Gambar ihsan Yahoo Images


Salam...



Selain daripada segmen yang biasa dipaparkan, kini saya membuka segmen baru. Artikel-artikel dalam segmen ini saya ambil daripada laman forum Kedahonline versi 6 (kini sudah ditutup) yang telah saya kumpulkan sejak 2002 sewaktu melanjutkan pelajaran di Pulau Pinang. Kesemua artikel berkenaan tidak mempunyai alamat URL pautannya kerana tidak diambil. Laman web berkenaan kini sudah dinaiktaraf ke versi yang terbaru (pautan ke Facebook turut disediakan).

Bagaimanapun, saya telah membuat beberapa pembetulan agar isi kandungannya lebih baik dan sampai pada pembaca. Antaranya pada ejaan, struktur ayat dan terjemahan ayat al-Quran yang disertakan. Rujukan berkaitan juga turut disediakan (insyaallah).


Banyak artikel dalam koleksi ini yang menarik buat tatapan anda semua yang ingin saya kongsikan di blog ini. Antaranya:
  • Apa Itu Saka?
  • Nama-nama Iblis
  • 9 Jenis Anak Syaitan
  • 10 Laluan Syaitan
  • Tanda-tanda Jin Memasuki Badan Seseorang

Juga kisah-kisah paranormal:
  • Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri
  • Misteri Hutan Lata Kinjang
  • Gadis Bunian di Hentian Bas
  • Pengalaman Berjumpa Orang Bunian
  • Hilang Ketika Lahir
  • Kisah Pembantu Rumah Yang Menyeramkan

... dan banyak lagi..


Gambar hiasan - siri TV: Supernatural

Nantikan kemunculannya...

Sunday, January 2, 2011

Artikel - Gambaran Hari Kiamat

Gambar ihsan Yahoo Images


Salam...

Di sini saya siarkan satu artikel dari blog Kadi Kluang untuk tatapan pembaca berkaitan gambaran hari kiamat. Semoga kita sama-sama insaf dan mengambil pengajaran dengan menambah dan memperbaiki amalan kita lagi.




Gambaran Hari Qiamat:

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil. 
 - Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
 - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
 - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
 - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
 - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
 - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
 - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
 - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.



Rujukan: 
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.