Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google
Gambar ihsan: Google
Satu malam, saya tidur macam biasa. Kemudian, sekitar waktu subuh agaknya, saya bermimpi berada di kawasan gelap. Mungkin sekitar luar kawasan perumahan, sebab di depan saya ada pagar jaring yang memisahkan kawasan saya dengan yang di sebelah. Dalam samar-samar itu, saya berasa seperti sedang duduk atau kekuda macam orang orang bersilat dengan sebelah tangan terasa digenggam macam nak tumbuk orang.
Sambil itu kedengaran jelas di telinga, bacaan ayat Kursi dengan alunan berlagu yang seperti biasa didengar. Dalam masa yang sama, nampak samar-samar bayangan macam makhluk berjalan perlahan-lahan di sebalik pagar. Berjalan dari kanan ke kiri, tanpa berpaling ke mana-mana. Jalannya terus sahaja. Ketika itu, bacaan ayat Kursi masih kedengaran. Saya kemudian melepaskan tumbukan ke arah makhluk itu dari satu jarak, seperti menumbuk angin tetapi auranya melepasi pagar itu. Ia berlaku beberapa kali.
Menghampiri akhir bacaan, kelihatan salah satu makhluk berjalan pantas menembusi pagar itu. Memanglah terkejut tetapi saya gagahkan juga diri lalu saya pun melompat setinggi mungkin dan terjun dengan laju dan terus menumbuk ke tanah hingga terpancar satu gelombang yang kuat seperti letupan, yang menewaskan kesemua yang ada dalam jarak lingkungan itu.
Sejurus terjaga, terasa degup jantung berdebar kencang.
No comments:
Post a Comment