MY FOLLOWERS

Sunday, February 24, 2019

Artikel - Kelas Memanah di Dewan Komuniti Pulau Bahagia, Manir pada 9.2.2019

Kredit kepada: SSV
Gambar ihsan: owner



Pada 9.2.2019, kami telah dijemput untuk mengendalikan satu kelas memanah di Dewan Komuniti Pulau Bahagian, Manir. 

Kelas ini bermula jam 9 pagi dan dikendalikan oleh kami berdua selaku tenaga pengajar dari Sanrie Sport Ventures.  

Kelas ini adalah bagi mengisi slot usrah mereka yang terdiri daripada kalangan muslinah yang menetap di sekitar Manir ini. 

Dalam kelas ini, kami mulakan dengan memberi penerangan serba sedikit mengenai sejarahnya, hadis-hadis yang berkaitan, kebaikannya, dan selepas itu barulah kami terangkan secara lebih terperinci tentang perkara teknikal dan kaedahnya. 

Dalam perincian teknikal, kami terangkan mengenai perbezaan peralatan yang tradisional dengan versi moden yang kebanyakannya digunakan di sekolah-sekoalh dan universiti hingga ke peringkat sukan kebangsaan dan antarabangsa. Ini disebabkan kaedah untuk membidik dan memegangnya sedikit berbeza. 








Untuk permulaannya, kami tunjukkan demonstrasi dan diikuti dengan mereka melakukannya secara bergilir-gilir dan pada jarak 5 meter.


Kelas ini berakhir dengan sesi usrah sekitar jam 12 tengahari. 




No comments: