MY FOLLOWERS

Tuesday, August 15, 2017

Artikel - 10 Pembunuh Bersiri dan Fikiran Yang Gila

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images  


Assalamualaikum.....

 


Manusia pertama di dunia membunuh sebab perasaan dengki dan cemburu. Generasi sekarang ini pula, apa ceritanya? Orang akan beri perhatian bila mereka mendengar cerita tentang golongan yang memusnahkan kehidupan orang lain. Persoalannya, apa sebabnya? Selain dengki dan cemburu, adakah tamak, nafsu, atau ada sebab lain? Kupasan ini adalah untuk mengetahui lebih banyak mengenaunya.

Adalah sukar dan mustahil untuk betul-betul memahami kenapa pembunuh ini melakukannya, iaitu membunuh. Sesetengah daripada mereka memberikan sedikit pembayang tentang apa yang mungkin ada dalam fikiran mereka.


10 - Jeffrey Dahmer


Jeffrey Dahmer memberitahu wartawan MSNBC, dalam kesnya, membunuh itu hanyalah sebahagian kecil daripada jenayahnya. Selama 13 tahun, dia telah merogol, membunuh, mengerat mangsanya yang dipilih yang dirasakan terbaik untuk dikerjakan. (Eeerrrkkk!!)

"Saya hanya mahu ia berada dalam kawalan saya sepenuhnya, selama mana yang saya mahu." katanya.

Ketika zaman kanak-kanaknya, Dahmer sentiasa ditindas dan tidak berupaya. Perasaan itu datang daripada homoseksualitinya.

"Ketika umur 14 atau 15 tahun, saya mula ada fikiran obsesif tentang keganasan bercampur seksual, dan ia semakin teruk saban hari." jelasnya. Bila dia membunuh mangsa pertamanya, dia berkata, "Ia kelihatan sudah mengawal kehidupan saya sejak dari hari itu. Pada kali kedua, perasaan itu semakin kuat dan saya tidak cuba menghentikannya. Mengerat-ngerat mangsa membuatkan saya berasa ia sebahagian daripada saya. Ia memberikan saya kepuasan seksual bila melakukannya. Saya berhenti bila saya berasa sudah mengawalnya sepenuhnya." katanya.



9 - Ted Bundy


17 jam sebelum dijatuhkan hukuman, Ted bertemu dengan Rev. James Dobson untuk temubual terakhirnya. "Apa yang ada dalam fikiran saya sekarang ialah menggunakan setiap saat yang ada dengan sebaik mungkin."

Dia mahu menjelaskan kenapa ia berakhir sebegitu. Dia menjelaskan itu adalah hasil daripada pembesaran yang tidak baik. "Saya membesar dalam sebuah rumah yang indah dan ibu bapa yang baik." katanya.

Sebaliknya dia menyalahkan perubahannya selepas menemui bahan pornografi ringan di kedai ubat ketika berumur 12 tahun. Ia membawanya mencari bahan yang lebih berat. Dia dan kawan-kawannya mencari buku-buku pronografi daripada tempat sampah sarap yang dibuang.

"Ia akan mengisi kotak pemikiran dan bila sudah ketagih ke arah itu, saya akan cari lebih lagi hinggalah saya rasakan membaca dan menontonnya sudah tidak cukup lagi. Saya tak salahkan pornografi. Saya tak kata ia menyebabkan saya keluar dan melakukannya. Sebaliknya pornografi membantu saya membentuk sikap ganas yang menguasai hidup saya."



8 - Paul Bernardo

"Ia untuk kuasa dan mengawal," kata Paul kepada polis dalam rayuannya.

Itu adalah ketika mereka ditahan pada 11 tahun lalu. Mereka dilabelkan sebagai'Pembunuh Ken dan Barbie' oleh media kerana penampilan mereka yang menarik dan pembunuhan gila mereka. Sebagai hadiah Krismas mereka, isterinya Karla membiarkan Paul merogol dan membunuh adiknya. Dari situ, mereka berterusan melakukannya pada mangsa yang lain.

Meskipun dilabel begitu oleh media, Paul merujuk kekejamannya berpunca daripada ketiadaan keyakinannya ketika zaman kanak-kanak. Jenayah rogol didakwanya sebagai cara untuk mengatasi kebimbangan tentang kelakuan seksualnya.

Bila sudah dalam penjara, dia sudah tidak berkuasa lagi. Dia merasakan dialah makhluk paling teruk di planet ini.



7 - Anatoly Onoprienko

"Bagi saya, membunuh itu seperti mengoyakkan duvet." kata Anatoly Onoprienko kepada wartawan. Dia telah menyembelih 52 orang mangsa selama 7 tahun. Ketika dalam penjara, dia digelar The Beast of Ukraine. Dia seperti tidak bertaubat.

"Lelaki, perempuan, orang tua, budak, semuanya sama. Saya tidak rasa kesian pada mereka. Tiada sayang, tiada benci, cuma saya tak peduli semua itu. Saya lihat mereka sama sahaja. Saya rasa seperti menerima arahan daripada satu kuasa, sesuatu seperti kosmik yang mendorong saya. Saya akan tunggu arahan untuk lakukannya. Kalau saya keluar, saya akan membunuh lagi. Kali ini akan lagi teruk. Desakan itu memang ada." katanya. 


6 - Yang Xinhai

Belum pernah ada dalam sejarah China seorang penjenayah yang membunuh secara ramai. Selama 4 tahun, Yang telah membunuh 67 orang. Dia akan masuk rumah mangsa, terutama petani, merogol dan membunuh seluruh keluarga itu.

Berita menuduh itu disebabkan dia putus cinta dan membawa kepada rasa dendamnya kepada masyarakat. "Dia melakukan jenayah untuk menyakitkan masyarakat." kata polis kepada pemberita. Berita lain menyatakan dia meluahkan rasa dendamnya kepada masyarakat.

Yang menyatakan "Saya tidak mahu jadi sebahagian daripada masyarakat. Masyarakat bukan hal saya." katanya sebelum dijatuhkan hukuman. "Bila saya membunuh, saya ada keinginan. Saya tidak peduli dia hidup atau mati. Itu bukan hal saya."

Gila ke apa....



5 - Andrei Chikatilo

"Bila saya gunakan pisau, ia memberi kelegaan psikologi." kata pembunuh dari Rusia, Andrei Chikatilo. Dia menggunakannya banyak kali dan bertanggungjawab ke atas kematian 53 orang mangsanya, kebanyakannya dari kalangan yang hidup bertualang dan cacat akal. Pembunuhannya sangat kejam. Dia akan cungkil mata, mengunyah organ dan menyumbat badan mangsa dengan kotoran (eewww!!).

Dia juga kata bermimpikan kehidupan yang lebih baik. " Saya mimpikan karier politik yang besar tetapi berakhir dengan hidup yang tiada apa-apa sebegini, hidup di stesen-stesen dan keretapi." Bila dia terlihat orang melakukan hubungan intim, itu mengingatkannya kepada kepentingan dirinya dan kesilapannya. "Saya terfikir kalau golongan rendah ini ada hak untuk hidup."

Bila dia mengheret mangsanya ke dalam hutan, dia akan sangat teruja. "Saya akan mula rasa menggigil macam demam. Saya akan bertukar menjadi seperti haiwan liar." Dia memberitahu mahkamah, membunuh magsa memberikannya kepuasan seksual dan kelegaan. 

"Saya tahu saya mesti dimusnahkan. Saya faham. Saya adalah kesilapan alam." katanya.



4 - Charles Cullen


Dia digelar dewa maut. Selama 16 tahun, Charles Cullen menggunakan kepercayaan kerjanya sebagai jururawat untuk membunuh secara senyap-senyap. Dia membunuh mangsa berumur 30 ke 40 tahun, dengan memberikan mangsanya ubat dengan dos berbahaya. (EErrkkk!)

"Saya ingat mereka tidak akan menderita lagi. Saya ingat saya membantunya." katanya kepada wartawan.

PEnerangannya pelik. Mangsanya bukan pesakit berat yang menderita kesakitan yang tidak sepatutnya. Mereka di kalangan yang sihat dengan kehidupan yang gembira dan sempurna.

Berdepan dengan kontradiksi, Cullen berkata, "Matlamatnya bukan menunjukkan apa yang saya buat. Yang saya boleh kata ialah saya rasa seperti perlu buat sesuatu, dan saya lakukannya."

Kalau dia tidak ditangkap, dia tidak tahu bila akan berhenti.




3 - Aileen Wuornos


Aileen Wuornos mendapat simpati lebih daripada yang diperlukan. Dia membunuh 7 lelaki. dalam filem Monster, wataknya dilakonkan oleh Charlize Theron memaparkan hidupnya yang sukar dan sakit mental.

Walaubagaimanapun, dia bertegas yang dia tidak gila. "Saya bencikan hidup ini dan akan membunuh lagi." tulisnya kepada Mahkamah Agung Florida. Dalam kesnya, dia tidak mempertahankan dirinya kecuali menuduh mangsa pertamanya telah merogolnya dengan ganas. Dia menghentikan kecamannya dengan menghala kepada Penolong Pendakwaraya dan menjerit, "Semoga isteri kau dan anak kau dirogol di ***** !"

Sebelum dijatuhkan hukuman, dia telah merewang tanpa arah tuju seperti yang ditunjukkan dalam filem. "Saya bunuh mereka, merompak mereka dengan kejam. Saya akan buat lagi. Tidak perlu simpan saya hidup-hidup sebab saya akan membunuh lagi. Seluruh diri saya penuh rasa benci." katanya. 




2 - Tommy Lynn Sells

"Kali pertama saya menagih dadah, ia seperti perasaan paling baik dalam hidup saya." katanya kepada wartawan NBC.

"Kali pertama saya bunuh orang, perasaan seperti menderu. Sekali sedut, saya akan bunuh lagi, ia akan menderu lagi, dan saya akan kejar perasaan itu."

Dia ditahan dan dihukum kerana membunuh seorang budak 13 tahun ketika tidur sebanyak 16 kali. Selain itu, dia juga membunuh 21 orang lagi.

"Saya tidak boleh berhenti. Saya ambil dadah sebab mahukan perasaan itu. Saya suka tengok mata menjadi pudar. Ia seperti membebaskan jiwa orang itu." katanya.



1 - David Berkowitz

David Berkowitz,menakutkan warga New York dengan siri pembunuhannya pada musim panas 1977. Dia mendakwa anjingnya menyuruhnya untuk membunuh. 25 tahun kemudian, bila bercakap dengan Larry King, dia mengelak daripada menyebutkan perihal kisah anjing itu.

"Ia mengimbas kisah di zaman kanak-kanak ketika bergelut dengan banyak masalah psikologi untuk membesar." katanya. "Saya ada depresi yang teruk dan rasa ingin bunuh diri."

Ketika dewasa, dia memasuki era kesunyian yang ekstrim. "Pada masa ini, saya menjadi jahat dan membiarkan setan mengawal saya. Saya berasa ada kuasa ghaib." katanya.  "Saya berasa berkuasa dan perlahan-lahan membawa diri ke jalan kemusnahan."

Rasa berkuasa bukan yang positif. "Saya berasa seperti robot yang dicuci otak. Saya rasa ada benda lain yang kuasai saya. Saya fikir, membunuh itu sesuatu yang saya perlu buat. Ia sangat menakutkan." katanya.


Jangan jadi mangsa:   SINI   |  




No comments: