MY FOLLOWERS

Wednesday, August 19, 2015

Artikel - Karnival Mahabbah IKIM.FM 14.8.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....



Karnival Mahabbah Ikim.fm atau i-Nelayan Kita 2015 diadakan di Dataran Permata Seberang Takir pada 12-15.8.2015 disambut dengan meriahnya. Selain daripada gerai jualan, beberapa pihak yang membuka gerai ialah Ikim.fm, Nursing Science Club Unisza, Ar-Rahnu Yapeim, Cawangan Trafik IPK Kuala Terengganu, Jakim dan Bank Muamalat. 



Nak menang hadiah, kena jawab betul-betul



Adik-adik tadika khusyuk mewarna. Masa sejam sahaja!




Pemeriksaan kesihatan juga diadakan





Pada sesi sebelah pagi diadakan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak melibatkan murid-murid dari tadika DUN Wakaf Tembesu, Teluk Pasu, dan lain-lain. Acara dimulakan di pentas dengan kehadiran maskot Upin dan Ipin. Hadiah disediakan kepada murid yang dapat menjawab soalan diajukan dengan betul. Hadiah untuk pertandingan mewarna disediakan oleh Yapeim berupa hamper dan basikal. 

Karnival ini juga dimeriahkan dengan aktiviti Forum Perdana Ehwal Islam (siaran langsung), Nasyid on Stage, Konti ke Pentas, Malam Muzikal Islam, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Tahsin al-Quran Bersama Ben Ali dan Qiamullail. Antara selebriti yang hadir ialah Haifz Hamidun, PU Salman, dan Ustaz Tarmizi Ali.  





No comments: