MY FOLLOWERS

Tuesday, January 13, 2015

Artikel - Dalam Islam, Perkahwinan Sepatutnya Mudah!

Kredit kepada: FB, Buasir Otak dan Islampos
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu perkara yang mudah. Jadi kenapa masyarakat kita menjadikannya semakin susah pula? Sebab mengejar kelulusan akademik? Sampaikan di satu masa, ramai yang berkahwin lewat atas sebab ini dan sebab mengejar kerjaya idaman. Tidak cukup setakat itu, belum masuk bab adat resam yang bercampur aduk dengan adat yang diceduk entah dari budaya mana, sehinggakan bila ditanya pada ilmuan Islam, mereka katakan hukum itu ini adalah haram dan sebagainya. Jauh menyimpang daripada matlamat asal perkahwinan menurut Islam. Kenapa mahu lebihkan adat? Siap bersanding dan bermacam lagi dan yang sampingan itu berlebih-lebihan pula. Adakah sebab status kekayaan, maka mahukan kenangan itu dibuat semegah-megahnya konon untuk menjadi yang terindah sekali seumur hidup?

Dari peringkat sebelum berkahwin pun, sudah memadai kedua pihak keluarga berurusan untuk mencapai persetujuan menyatukan bakal pengantin. Tidak perlulah sampai masuk dalam siaran langsung di tv dan hebah di di pentas yang ada jutaan unsur maksiat. Untuk apa semua itu? Itulah dia antara senario yang berlaku dalam masyarakat Islam di negara ini. Ini baru bab perkahwinan, belum lagi bab lain. Sebenarnya dan rasanya banyak lagi unsur bukan Islamik dalam kehidupan masyarakat kita, dari dahulu sehingga kini. Antara adat dan sunnah, seperti adat pula yang dilebihkan.





Islam agama yang syumul dan segala yang diajar itu sebenarnya lebih memudahkan umatnya bukan untuk menyusahkan lagi :-)  Jadi, kenapa mesti pilih cara yang susah, betul tak?


KLIK SINI dan KLIK SINI untuk selanjutnya.


No comments: