MY FOLLOWERS

Monday, January 5, 2015

Artikel - Bagi Tip $11,000 ?!

Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Yahoo GMA



Assalamualaikum.....

Siapakah si pemurah itu??


Ada sesiapa di negara ini bayar tip bila membayar hidangan di restoran-restoran atau di kedai-kedai makan? Paling tidak pun kalau beri duit lebih, mahu sebut "simpan baki" atau "keep the change" pun susah, sebab ia tidak dijadikan budaya di negara ini. Di Barat, membayar tip sudah menjadi budaya, wajib. Sampaikan ada di antara mereka jika berkunjung ke negara ini akan membayar tip juga untuk sesuatu perkhidmatan yang mereka rasakan berpuas hati dengannya. Itu berdasarkan pengalaman yang diperolehi daripada mereka yang penulis pernah temui sebelum ini.





Sebuah restoran di Arizona terkejut apabila ada seorang pelanggannya meninggalkan tips yang digelar “Tips for Jesus”berjumlah $11,000 dua hari selepas sambutan Krismas. Pelanggannya itu yang tidak mahu dikenali tiba di restoran itu di Phoenix untuk satu hidangan lewat malam dan beberapa minuman. Bil pertama lelaki itu berjumlah $331.40 dengan tips $1,000 sebagaimana diterima oleh salah seorang pelayan di situ, Clint Spotleson. Dalam bil kedua pula pelanggan tersebut membayar dengan tips $10,000. Menurut Spotleson, tips berjumlah $11,000 itu dikongsi bersama dengan pekerja lain. 

Tiga pelayan berkenaan berkongsi tips itu dengan staf dapur restoran itu dan tindakan itu mendapat pujian majikannya. Lelaki yang meninggalkan tips di Crudo itu melakukan perkara yang sama tahun lalu, dengan tips berjumlah $2,500. Walaupun pelanggan itu tidak mencari sebarang publisiti atas tindakannya itu tetapi dia berada di situ agak lama dan pekerja di situ berpeluang berterima kasih kepadanya. 


p/s: Dalam Islam, sesiapa yang mahu digandakan rezeki, kenalah banyak bersedekah...
 

KLIK SINI untuk dapat lebih tips...hehehehe...


No comments: