MY FOLLOWERS

Saturday, January 31, 2015

Seni & Kreativiti - Karya Kanvas David Zinn

Kredit kepada: Yahoo Makers
Gambar ihsan: Yahoo Makers



Assalamualaikum.....

Seorang artis, David Zinn boleh berkarya atas buku notanya dalam bilik atau di dinding batu di jalanan. Namun dia lebih memilih untuk berkarya di jalanan supaya dapat dilihat oleh orang ramai. Zinn menggunakan kapur dan sejenis arang untuk kerja lebih halus serta menggabungkannya bagi menghasilkan bayang pada karyanya. Warna pastel kemudian digunakan untuk menghasilkan warna yang tidak diperolehi menggunakan kapurnya.











KLIK SINI untuk karya penuh.

Artikel - Parrot Bebop Drone

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Yahoo Travel



Assalamualaikum.....


Selepas kejayaannya melancarkan banyak produk tanpa wayar di seluruh dunia sebelum ini, syarikat Parrot memperkenalkan pula sebuah pesawat dron dipanggil Parrot Bebop Drone yang memiliki kecekapan tinggi dilengkapi kuadkopter versi kompak yang akan menarik perhatian penggemar. Ia juga dilengkapi kamera lebih canggih daripada yang sebelumnya dengan kemudahan pemandangan 180 darjah, pengesan 14 megapiksel, lensa mata ikan f2.2, resolusi HD 1080 piksel, video dengan memori 8GB dalam format MP4 serta beberapa lagi kelebihan lain.








KLIK SINI untuk artikel penuh serta spesifikasi lengkap dron ini.

Berita - Doktor Ditembak, Pembunuh Bunuh Diri

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....




Kes tembak-menembak menjadi-jadi!

Di Malaysia, kejadian sebegini sudah semakin serius. Tidak kira depan rumah atau di jalanan ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Mangsanya tidak kiralah berjawatan tinggi atau yang biasa, asalkan dendam dapat dilunas. 

Di Boston, seorang doktor cedera parah ditembak oleh seorang lelaki sebelum dia membunuh dirinya. Kejadian berlaku di hospital. Pihak berkuasa berkata, Stephen Pasceri, 55, memasuki kawasan Brigham and Women's Hospital sekitar jam 11 pagi dan meminta bantuan doktor di situ. Pasceri kemudian menembak doktor itu dua kali di luar bilik pembedahan di tingkat 2 di bahagian Pusat Kardiovaskular Carl J. and Ruth Shapiro sebelum menembak dirinya sendiri. Pihak polis yang dihubungi mendapati ada si penembak telah mati di situ bersama senjatanya. Doktor yang ditembak ialah Dr. Michael J. Davidson, pengarah bahagian Endovascular Cardiac Surgery. 

Polis berkata Pasceri bukanlah pesakit dan mereka masih belum mengetahui apakah motifnya. Tindakan pantas pegawai polis dan pihak hospital dalam situasi penembak aktif sebegini juga adalah hasil latihan yang dijalankan sebelum itu. Pihak hospital tidak dibenarkan ke mana-mana dan mereka tidak menerima pesakit baru buat sementara waktu.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Kepler-444 Dengan 5 Bintang

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....





Ahli astronomi antarabangsa berkata mereka telah menemui bintang tertua dikelilingi 5 buah planet sebesar bumi memberikan isyarat bahawa planet itu telah terbentuk sejak adanya alam semesta. sistem itu berusia 11.2 bilion tahun dinamakan Kepler-444, mengambil nama sempena pencarian planet oleh pesawat Kepler dengan bantuan pihak NASA pada 2009. 5 planet tersebut lebih kecil daripada bumi dengan saiz sebesar Musytari dan Venus. Ia mengelilingi bintangnya yang sebesar matahari kurang daripada 10 hari. Ia berada pada jarak 117 tahun cahaya dari bumi, dua setengah kali lebih tua daripada sistem solar dengan 4.5 bilion tahun cahaya.    



KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Thursday, January 29, 2015

Artikel - Landmark Yang Pelik-pelik di US

Kredit kepada: Yahoo Travel
Gambar ihsan: Yahoo Travel



Assalamualaikum.....

Kalau pergi ke satu-satu tempat, sesuatu yang membantu memudahkan pencarian untuk ke sesebuah lokasi itu ialah adanya 'penanda' atau landmark yang menjadi mercu tanda kawasan tersebut. Di Malaysia, contohnya ada Bulatan Batu Bersurat di Terengganu, tugu bentuk burung helang di Langkawi, menara condong, menara KLCC, dan sebagainya.

Di Amerika Syarikat, mercu tanda banyak yang pelik-pelik. Nampak seperti kreatif, namun adakalanya ia seperti terlebih pula. Di sini disenaraikan beberapa bentuk yang menjadi landmark kawasan dari Alabama hingga ke Wyoming.



Di Lafayette


The Lady in the Lake, Alabama 

Di Gays, Illinois


Di Enchanted Highway, North Dakota


Denver International Airport


Jack Lord, Honolulu.



Di Douglas, Wyoming


Cadillac Ranch, Amarillo 


"Kaiser Paul", Alpena Community College


The Hess Triangle, NYC


The World’s Largest Souvenir Travel Plate, Lucas, Kanada


Di Gaffney, S.C




Lucy the Elephant di Margate, N.J.







KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Kehidupan di Tempat Paling Sejuk di Dunia

Kredit kepada: Ejen Info
Gambar ihsan: Ejen Info


Assalamualaikum.....

Kehidupan di luar negara dengan iklim empat musim adalah biasa didengar. Berapa suhu sekitarnya ketika musim sejuk, itu kena tengok ia di kawasan mana. 

Bagaimana dengan negara kita sendiri? Sejak isu banjir di negara kita hangat diperkatakan sebelum ini, kawasan di Kuala Krai mengalami penurunan suhu sehingga serendah 17 darjah Celcius, hampir seperti kawasan London di musim luruh sebagaimana dinyatakan dalam akhbar tempatan, hinggakan penduduk di situ terpaksa memakai baju 2 lapis untuk menahan kesejukan dan akan menggigil kesejukan sewaktu ingin berwuduk untuk solat Subuh.  

Terfikirkah semua, adakah mungkin suatu hari nanti negara kita juga bakal dilanda iklim seperti dalam foto-foto ini? Wallahualam... lagipun kita memang sudah di akhir zaman.

















KLIK SINI untuk lebih kesejukan... bbrrr......

Artikel - Ubat Gigi Gelap ke Terang :-D

Kredit kepada: Suara Semasa
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Kalau sesiapa antara anda yang pernah lalui zaman 'gelap' jenama ubat gigi ini, pasti akan ingat ejaannya dieja DARKIE sebelum ditukar huruf K kepada L. Ubat gigi ini keluaran syarikat Hawley & Hazel yang menggambarkan orang kulit hitam dan ia dikatakan bersifat perkauman. 





KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Wednesday, January 21, 2015

Artikel - 10 Perkara Tidak Akan Dibuat oleh Mereka Yang Berjaya

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......

Memang takde keje la nak buang tabiat!




Banyak cara untuk berjaya. Lain orang lain pula petuanya. Kita biasa dengar orang cerita atau sebut cara itu cara ini dan segala yang baik, namun tahukah apa yang perlu dielakkan atau tidak dibuat oleh orang yang berjaya? Mungkin yang tersenarai di bawah ini antara yang memang tidak dibuat oleh golongan mereka ini. 


1. Menangisi nasib sendiri sebab tidak mendapat maklum balas diinginkan.
Generasi baru sentiasa perlukan bimbingan dan contoh untuk diikuti. Pada semua peringkat umur, berasa dihargai dan tahu kerja yang dibuat adalah penting. Golongan yang berjaya tidak akan berhenti lama untuk tahu bos mereka tidak menghargai mereka dengan pujian sebab sibuk menyiapkan kerja untuk capai matlamat dan nilai pencapaian dari sudut dalaman.

2. Berterusan mendapat kredit.
Jika risau apa yang dibuat oleh seseorang dan untuk dapat kredit yang diingini, mungkin anda belum lagi berjaya. Pekerja yang berada di landasan yang betul untuk berjaya akan bekerja berpasukan dan tidak risau jika digelar 'istimewa'. Ramai yang baru bekerja terlebih jangka nilai bagi apa yang mereka sumbangkan.

3. Komitmen sekerat jalan.
Mereka jarang mungkir janji. Tidak bermakna mereka akan sentiasa berada bersama anda juga. Perkataan 'batal' jarang ada dalam kamus mereka dan mereka agak terbuka dalam melihat peluang yang datang dan percaya bahawa komitmen berterusan itu adalah penting. Dengan cara itu mereka akan dihormati, ada kredibiliti dan dipercayai. 

4. Berhenti sekejap ketika sakit. 
Sama ada kehidupan peribadi dengan kerja itu seimbang atau tidak, mereka jarang tinggalkan kerja mereka. Mereka mahu berada di tempat kerja. Bila mereka sakit, pilihan mereka adalah sama ada duduk depan tv atau depan komputer di tempat kerja. Kebanyakan memilih yang kedua. Bekerja walaupun kurang sihat seperti menjadi kebiasaan kecuali jika mereka benar-benar tidak boleh bangun!

5. Gagal melihat seluruh gambaran.
Mereka kena lihat seluruh gambaran atau situasi, untuk tahu masalah pasukan lain dan ia hanya sebahagian daripada pembinaan sesebuah syarikat. Ketidakupayaan untuk lihat masalah dari sudut lain selain kurang pengalaman akan membawa kepada kekecewaan. Boleh jadi anda tidaklah pandai sangat dalam sesuatu perkara manakala orang lain pula berusaha sebaiknya untuk menyiapkan sesebuah projek.





6. Berdendam atau cemburu. 
Pemimpin sebenar tidak menyorok daripada pesaing tetapi belajar daripada mereka. Manakala pekerja yang baik tidak berasa malu-malu dengan rakan lain yang lebih bagus. Cari jalan untuk raikannya dan beri sokongan. Jangan melukut di tepi gantang. Jika berasa kecewa atau terkebelakang dengan sikap orang lain, kita akan hilang tenaga untuk berjaya dalam kerja yang dibuat.

7. Tidak tahu apa diinginkan.
Seperkara yang menghalang seseorang pekerja ialah mereka kurang meminta. Berbanding mendapat bayaran sekadar yang dapat, golongan berjaya lebih suka bertindak. Mereka tahu bagaimana untuk minta apa yang mereka mahukan sama ada kenaikan gaji, persefahaman atau perkenalan dengan orang baru. Tidak rasa malu jika keadaan menjadi kurang selesa. Berbanding terima sahaja keadaan seadanya, mereka akan bertindak untuk kawal keadaan sebaiknya.

8. Berkata "Itu bukan kerja saya."
Hanya kerana deskripsi kerja tidak nyatakan kerja tersebut, bukan bermakna ia bukan kerja mereka. Pekerja yang berjaya tidak hanya duduk sahaja dan terpinggir tetapi mencari peluang untuk menjadi berguna dan ada nilai. Bila bekerja dalam pasukan, kita akan belajar dan faham lebih lagi tentang bisnes dan rakan sekerja sekaligus membantu untuk terus rasa seronok bekerja.

9. Cuba buat semuanya sendiri.
Bukan semuanya boleh buat. Ada sesetengah perkara perlukan orang lain yang lebih arif untuk lakukannya. Golongan berjaya faham keadaan ini dan bantu mereka yang perlukan. Bila kita terlebih mencuba, kita sebenarnya cuba untuk buktikan yang kita ini terbaik, boleh menang, tunjukkan kita boleh buat. Pemimpin berjaya tahu ia mustahil dan akan bahagikan beban tugas kepada yang lain-lain. Semua ini perlukan kepercayaan rakan seangkatan seperti juga mereka percaya pada anda.

10. Beri tugas yang membosankan. 
Mereka akan serahkan tugasan kreatif supaya pekerja boleh dapat pengalaman dan berkembang. Adalah sesuatu yang mengagumkan apabila melihat mereka berjaya dan berasa penting. 



SUMBER asal.








Hidupan Liar - Hidupan Laut Dalam di Mariana Trench

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV


Assalamualaikum....





Sekumpulan saintis menggunakan kenderaan kawalan jauh bagi mendokumenkan spesis ikan dan hidupan laut dalam di Mariana Trench.

Ikan yang dikenali sebagai spesis snailfish (Liparidae), ditemui pada kedalaman 8,145 meters, atau 26,722 kaki. Ia dilihat dalam futej di samping beberapa lagi spesis lain di luar kenderaan Hadal-Lander ROV, yang dimiliki University of Aberdeen di Scotland. 

Pasukan saintis ini dalam satu ekspedisi diketuai pihak Universiti Hawaii telah memecahkan rekod dunia sebanyak 2 kali bagi ekspedisi sama ke kawasan paling dalam di dunia dan menemui spesis ikan snailfish di kedalaman 6000 ke 8000 meter. Sebelum itu ia kelihatan pada kedalaman 5000 meter.

Kajian terbaru mereka dijalankan dengan membawa kenderaan ini hingga ke kedalaman 10600 meter. Ikan snailfish direkodkan di kedalaman paling sedikit di Mariana Trench di lokasi sebelah barat Pasifik hingga ke kawasan hampir 11000 meter atau 7 batu dari permukaan.

Saintis juga merekodkan sejenis sotong krustasia yang disifatkan mereka sebagai 'supergiant' yang pertama kali ditemui di New Zealand pada 2012. Futej tersebut memaparkan 'supergiant' ini berenang dan kelihatan hampir seperti ikan. Futej tersebut dirakamkan dalam ekspedisi 30 hari bagi merekodkan persekitaran, hidupan, ekologi dan proses geologikal kawasan lautan paling dalam di dunia. 

KLIK SINI untuk artikel penuh.








Hidupan Liar - Raksasa Laut di New Zealand?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Dunia semakin pelik.......





Satu bayangan misteri muncul di perairan Oke Bay, di luar pantai North Island di New Zealand yang diperkatakan ramai menerusi Google Earth. Seorang jurutera, Pita Witehira, menemuinya kali pertama percaya ia kelihatan seperti raksasa laut. Raksasa tidak diketahui ini dianggarkannya sepanjang hampir 40 kaki.

"Orang asli Maori menggelarkannya “Taniwha” (‘Troll’) dan ia muncul tidak kelihatan seperti ikan paus dan lebih besar daripada jerung. Ia bergerak laju dan membelok lebih tajam daripada paus,” katanya kepada MailOnline.

Namun bukan semua percaya apa yang mereka lihat. Ada yang kata ia seperti kayu terapung dan yang lain pula kata ia mungkin kesilapan fotografi. Google Image merakamkannya menerusi satelit pada 11.30 pagi pada 30.1.2014. Pada 2013 pula, seorang jurufoto amatur merakamkan satu lagi foto raksasa misteri dikenali sebagai Loch Ness Monster. Lebih pelik pada bulan Ogos lalu, ada yang merakamkan imej seperti manusia di bulan menggunakan aplikasi Google Earth’s Moon feature.



SUMBER asal.






Berita - Jadi Jutawan Sebab Kucing Muka Grumpy

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Kayo denn!! Grrr...!!  :-D



Tabatha Bundesen menjadi jutawan dengan memenangi $100 juta kerana memiliki seekor kucing bermuka grumpy. Tabatha Bundesen, 29, tinggal di Arizona.

On Sept. 22, 2012, Bundesen's brother changed her life.

Pada bulan September 2012, abangnya mengubah hidupnya. Bundesen bekerja sebagai pelayan di kedai makan. Abangnya mengambil foto kucingnya dan menyiarkannya di Reddit. Foto tersebut menjadi viral dan mula mendapat perhatian dengan mendapat pengiktirafan dari laman seperti BuzzFeed dan CNBC.

Ia dilihat lebih sejuta kali di laman Imgur hanya dalam masa 48 jam. Dalam masa hanya 2 tahun, Bundesen  menjana $100 juta dengan kemunculan kucingnya, termasuk jualan buku, karier sebagai model dan banyak lagi.

Kucingnya yang dikenali sebagai Grumpy Cat memiliki abang bernama Pokey.



SUMBER asal.



Artikel - Muhasabah Sebentar.....

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum....





Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi: 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak. 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan. 
Allah akan sibukkan kita dengan harta. 
Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa. 

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah s.w.t. dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. 

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah s.w.t.. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah s.w.t.. 

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar. 

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita? Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun di sepertiga malam untuk solat tahajjud?

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam al-Quran sebulan 2 kali. 

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia sudah berada akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya. 

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah s.w.t. semakin dekat. 

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
 
Marilah kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi..

Sunday, January 18, 2015

Artikel - Angkara Rasuah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......




Persepsi umum masyarakat negara ini berkenaan rasuah masih tidak berubah sejak 2005 dengan 77% daripada rakyat negara ini bersetuju bahawa ia adalah masalah negara yang serius, menurut satu kaji selidik Pusat Merdeka. Kaji selidik berkenaan juga bersama BFM Radio for World Anti-Corruption Day menunjukkan ia tidak berubah dibandingkan dengan kaji selidik yang sama dijalankan pada Ogos 2005 dan Jun 2012 dengan 76% dan 78% menyatakan bahawa rasuah adalah satu masalah negara yang serius. 

Kaji selidik ini juga mendapati 49% mengatakan rasuah semakin meningkat, 20% menyatakan tidak berubah dan 21% lagi berkata ia menurunkan berbanding tahun sebelumnya. 56% rakyat negara ini melihat usaha kerajaan meninggalkan banyak kesan di sebalik kejayaan yang dicapai suruhanjaya anti rasuah. Daripada laporan Auditor-General kaji selidik mendapati 51% mengatakan bahawa laporan diterima tidak diambil serius manakala 39% berpendapat sebaliknya. 




Walaubagaimanapun, pandangan ini lazim di kalangan pengundi muda. 67% rakyat menyatakan adalah tidak mustahil bagi rakyat biasa melakukan perubahan bagi menangani masalah rasuah. Sentimen ini adalah kuat di kalangan golongan luar bandar dan mereka yang berpendapatan rendah. Kaji selidik ini dijalankan oleh Kajian Pendapat Pusat Merdeka pada 26 November hingga 5 Disember 2014. Daripada kajian ini, 1019 pengundi berdaftar ditemuramah menerusi telefon. 41% responden berpendapat memberikan rasuah menjalani satu amalan bagi mempercepatkan sesuatu proses kerja manakala 28% lagi berpendapat ia untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan. 16% berpendapat ia sebagai 'hadiah' atau 'penghargaan' manakala 15% lagi berkata ia untuk mendapatkan sesuatu khidmat dengan harga murah.

Malaysia berada pada kedudukan ke-50 di kalangan 175 negara yang mengambil bahagian pada tahun 2014 CPI. Tahun lepas, berada di kedudukan 53 daripada jumlah yang sama negara-negara dalam indeks persepsi rasuah (CPI).

Dengan kata mudah, Malaysia naik dua mata kepada 52 daripada 50 pada tahun lepas. Pada CPI, skor 0 adalah "sangat rasuah" dan 100 dianggap "sangat bersih".
 


KLIK SINI untuk artikel penuh.