MY FOLLOWERS

Friday, October 26, 2012

Berita - Paparan Jumlah Kalori Pada Menu McDonald's

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum......


Rangkaian restoran makanan segera McDonald's akan mempunyai satu lagi tambahan dalam menu burger dan kentangnya.

Rangkaian burger terbesar di dunia akan menyertakan maklumat jumlah kalori di restoran dan pada menu pandu lalu seluruh negara. Ia nanti akan turut melibatkan rangkaian utama untuk turut memaparkan maklumat berkenaan seawal tahun depan.

"Kami memerlukan sukarelawan yang boleh melakukannya," kata Jan Fields, Presiden McDonald's Amerika Syarikat. "Kami juga percaya ia akan mendidik pelanggan."

Di bandar besar seperti New York dan Philadelphia di mana paparan maklumat sebegini diperlukan, Fields menyatakan maklumat tersebut tidak akan mengubah apa yang telah pelanggan pesan.

Dia turut berpendapat bahawa adalah satu perkara yang baik bagi pelanggan untuk mengetahui maklumat ini.

Rangkaian makanan segera ini juga merancang untuk mengumumkan restorannya di Amerika Latin yang dimiliki oleh pemfrancais, akan menyediakan maklumat kalori tersebut mulai musim bunga akan datang. 
 

KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: