MY FOLLOWERS

Thursday, November 25, 2010

Sekadar Luahan - Antara Kasut Sekolah dan Kasut Raya

Kredit kepada:
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum...




Sebagaimana anak-anak jiran yang lain, saya juga ingin merasa memiliki apa yang mereka ada. Sepanjang berada di alam persekolahan, bilangan perkara yang dihajati yang ditunaikan oleh ibu bapa barangkali boleh dikira dengan jari lebih-lebih lagi jika ia membabitkan perkara yang kerap dibanding-bandingkan dengan kawan-kawan.

Ingin saya kongsikan pengalaman ketika meminta dibeli kasut raya tetapi dibelinya kasut sekolah. Pada waktu itu saya masih di Darjah 1 dan 2. Saya terbayang, kalaulah dibeli kasut raya yang berwarna-warni, alangkah indahnya (baca: fulamak! bestnya!!), tetapi malangnya hanya angan-angan yang tinggal. Ini semua gara-gara ibu saudara yang juga babysitter saya sewaktu di zaman sekolah rendah. Saya meluahkan hajat ini kerana ingin merasa 'masuk' bersama kawan-kawan. Maksud saya, jika berjalan ketika pergi beraya sekumpulan bersama kawan-kawan, kita tidaklah kelihatan seperti tersisih daripada kumpulan. Kesudahannya, ia tidak seperti yang diharapkan dan lagi teruk, langsung 'tak masuk' dengan gaya kawan-kawan! Dalam hati, marahnya Allah sahaja yang tahu.


Mengapa?! 

Masakan tidak, kasut kawan-kawan lain semuanya berbelang-belang dan pelbagai warna, ada jenama, begitu juga baju raya, tetapi kasut kita sendiri cuma warna putih yang langsung tidak sesuai dengan warna baju raya yang dipakai. Kononnya (baca: katanya) kalau dibeli kasut yang sama seperti kawan-kawan, mungkin saya hanya memakai pada waktu tertentu. Lagipun, ketika itu fizikal sedang membesar, jadi kasut akan cepat 'mengecil' dalam beberapa bulan. Khuatir akan menjadi satu pembaziran. Jadi saya dibelikan kasut sekolah sebagai kasut raya supaya boleh dipakai lagi setiap hari selepas hari raya. Lagipun, boleh dibasuh. Apabila menanggalkan kasut bila beraya ke rumah jiran bersama kawan-kawan, kelihatan janggal apabila melihat susunan kasut di depan pintu rumah, seperti ada satu kasut yang 'ganjil bin pelik'.  :-D




Kalau diikutkan, banyak lagi yang saya mahu sebagaimana kawan-kawan lain. Mainan berharga yang mahal seperti robot Transformers, basikal sendiri, beg sekolah berjenama dan pelbagai lagi yang dimiliki oleh kawan-kawan, yang dibeli dengan harga yang bukan murah.





Apabila ada kawan-kawan yang memakai jam tangan digital, saya juga inginkannya. Malangnya yang dibeli oleh keluarga hanyalah yang berharga sekitar RM10! Tidak sampai seminggu dipakai, ia sudah rosak akibat terjatuh.'Muka'nya tersembam ke lantai.

Begitulah juga halnya dengan beg sekolah. Buku yang dibawa ke sekolah setiap hari agak banyak. Beg dibeli pula tidak mampu bertahan lama, hayatnya sekitar hanya 4 bulan sebelum rosak dan terkoyak. Habis buku-buku terjatuh keluar sebelum masuk ke kelas! Bayangkanlah, saya terpaksa meminta beg plastik untuk isi buku-buku yang jatuh untuk dibawa pulang. Apabila semakin ramai kawan-kawan mula menggunakan beg seperti beg askar atau traveler, saya menjadi cemburu kerana mahukannya juga tetapi tidak dibeli. Kata kawan-kawan, tali begnya tebal dan boleh isi banyak buku di dalamnya.


Sesekali terasa juga seperti ibu dan ayah tidak memahami kehendak saya yang mahu sama seperti kawan-kawan lain. Saya memang mahukannya cuma tidak meluahkannya kepada keluarga. Apabila beg kerap rosak, saya juga turut berasa bosan. Hanya apabila masuk Darjah 3, ibu saudara saya membelikan beg sekolah seperti beg traveler. Saya masih ingat, warnanya hijau seperti baju askar dan banyak ruangan (compartment). Harga pun jauh lebih mahal berbanding beg-beg terdahulu. Alhamdulillah, ia bertahan sehinggalah saya tamat sekolah rendah. Hanya tiga atau empat buku sahaja dipegang di tangan.

Sayangnya bukan semuanya tercapai. Kerana cemburu dan kerap tidak mendapat seperti yang diinginkan, kerap saya memberontak. Ada sahaja yang saya buat di luar. ....

14 comments:

beautiful_rose said...

pernah alami pekara yang sama.sudahnya aku sanggup ikat perut dan simpan duit utk membeli sesuatu yang diingini tanpa meminta daripada keluarga.





sebab tu juga masa sekolah rendah aku tak banyak kawan.sedih betul...

ainz said...

Kebiasaannya kanak2 mcm ni lah yg menjadi hebat bila bekerjaya kelak berbanding dengan kanak2 yg dilempahi dengan kekayaan..mereka dah tau hidup ssh..mereka lebuh berpandangan jauh..dan terus maju kehadapan utk mengubah nasib keluarga mereka..

Adam Raqie said...

xpe2.. bila kije t.. sume tu boleh beli.. hehehe.. kalo xleh beli, baru la kite paham, knp kite xleh dapat masa kecik2 dulu...

Da lama nak blog walking, komen2 camni tapi skang quietly busy la..
Gejala-gejala Aku Tengah Busy

miss miera said...

heee..thanks la coz sudi mnjengah ke blog sy k...act, sy mash baru kat dlm blog2 nieh...k2, i follow u k...awak pown follllllowww lah sy ...
~~ nice blog ~~ :))

miss miera said...

jimat cermat amalan mulia...hehe :))

chokeLy said...

sedih nye bce entri ni..
tpi..
ramai lgi yg lgi ssh dri kite kan.
mgkin kite seribu kali lebih b'tuah dri mereke..
mgkin kite ada yg lebih dri segi lain..
kasih syg keluarga n perhatian mugkin.
^^

nabilah_2908 said...

" ada sahaja yang saya buat di luar..."

apa yg BE buat...? cerita ni ada sambungannya lagi yer...?


jom ke APA KATA HATI pulak,
CIVIC-MINDED

Pala Maldini said...

Aku pernah ada beg sekolah ada logo "MIKE" bukannya "NIKE"

Sebab rasa malu dengan usikan kawan2, aku 'alter' "MIKE" menjadi "NIKE" menggunakan marker dan liquid paper..

Unknown said...

sian plak nasib kita sama jgk la.. aku pun family x mampu nk beli mahal2...

Naurah Napiha said...

bila baca ni rasa nya kebanyakan kita merasa perkara yg sama sewaktu kecil.Pengalaman yg mcm ni sgt berharga..Membuatkn kita menghargai apa brg yg ada. Dan bila difikirkan balik, adakah kita mampu memberikan yg terbaik buat anak kita kelak seperti mana kita yg mahu kn itu ini tetapi tidak dipenuhi??? :)

KABAKOGA said...

huhu,
time short sem aku penah baham megi ngan roti je,,
nasib baik bernyawa lagi..

Unknown said...

same la kite.. nasib baik dulu mama aku pandai explain kt aku nape die x belikan n aku faham.. :)

NADIA RAHIMI said...

abah and mak selalu cerita these kind of stories to me. diorang jahit kasut sekolah yang koyak selagi boleh guna.raya pun pakai kasut sekolah. susah untuk I tak berbelanja memandangkan temptation tinggi lagi2 duduk bandar dan dikelilingi anak2 orang kaya. the least I can do is to buy my own school bags using pocket money/duit raya.hee.have a good day! know you already can buy em now :)

YOUsoF said...

aku paham cerita ni.. bagi aku yang sedih bila barang or mainan yang baru dibelikan tiba rosak.. rasa ralat gila~~

*Pikir kalau semua barang tu kita simpan, dah boleh buat koleksi dah kan ;D