MY FOLLOWERS

Saturday, August 28, 2010

Celoteh Ramadhan 5 - Ramadhan Bulan Keampunan

Credits to: -



RAMADAN adalah bulan keampunan bagi membolehkan umat Islam membersihkan diri daripada segala dosa dan noda. Tidak hairan banyak hadis yang mengaitkan hubungan Ramadan dengan saat menghapuskan dosa. Justeru, Rasulullah bersabda bermaksud, “Ramadan, awalnya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya dijauhkan daripada azab api neraka.” Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: ”Siapa yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan ketulusan, diampuni baginya dosa sebelum ini.”


Ini adalah antara dua contoh hadis yang kedatangan bulan ini berkait rapat dengan saat untuk menghapuskan segala dosa lampau. Jelas di sini, Rasulullah mengingatkan umatnya bahawa keistimewaan Ramadan dan orang yang berpuasa, dengan dosa yang dilakukan sebelum ini diampuni Allah terutama melalui ibadat puasa.




Bertepatan dengan kelebihan ini, banyak riwayat yang menyatakan bahawa pintu langit dibuka sepanjang Ramadan bagi mana-mana umat yang sentiasa beriman dan bertakwa.


Dalam hadis lain, Rasulullah turut mengingatkan tiada alasan untuk seseorang untuk terus berkeras hati dengan kegiatan maksiat. Perkara ini kerana pada bulan mulia ini adalah lebih elok bertaubat dan mengharapkan keampunan daripada Allah kerana Ramadan adalah detik terbaik bagi orang beriman untuk terus menyuburkan keimanan kepada Tuhan Yang Maha Esa.

No comments: