MY FOLLOWERS

Thursday, October 2, 2014

Artikel - Kandungan Entri Yang Asli Tidak Semestinya Menarik

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Untuk menjadikan sesuatu entri ditulis itu menarik, mesti ada sesuatu yang menjadi tunjang kekuatan sesebuah blog. Tengok juga latar belakang dan sejauh mana pengalaman blog berkenaan. Contoh mudah, tengok blog Mazidul Akmar, wartawan TV3. Banyak isu menarik diketengahkan, kebanyakannya isu semasa yang berlaku di sekeliling kita saban hari.

Bagi saya, ibarat buka bisnes. Perlu tahu mahu berniaga apa? Siapa golongan sasaran kepada produk yang kita mahu jual atau perkenalkan itu. Kena sabar, sebab dalam lingkungan kehidupan seharian dan komuniti kita ada ramai orang dan masing-masing ada citarasa sendiri dalam memilih apa barang yang dikehendaki, yang disukai, dan pelbagai lagi. Boleh jadi, produk kita itu menarik minat segolongan untuk membelinya dan tidak menarik minat segolongan lagi. Kena sabar dan ambil masa untuk tarik minat orang. Bukan semestinya dalam sehari terus dapat tarik minat ramai orang ibarat rezeki jatuh berdebukk dari langit.

Begitulah juga halnya dalam dunia penulisan blog. Dalam blog anda, apa yang anda mahu fokuskan? Apa kandungan yang menjadi 'trademark' yang mahu diketengahkan di blog anda? Permotoran? Tips-tips penulisan? Soalan-soalan peperiksaan? Berita semasa? Apa sahaja boleh anda tuliskan. Seperkara lagi, pastikan juga bidang yang mahu ditulis itu banyak kandungannya supaya blog anda boleh terus konsisten dan boleh pergi jauh. Setiap entri tumpukan pada satu perkara atau subtopik. Esok-esok atau selepas ini, pergi ke subtopik lain pula, dan seterusnya, dan seterusnya, dan biar sentiasa berada dalam matlamat dan kandungan yang anda tumpukan. Boleh tulis secara terperinci sebab tiada pun undang-undang yang melarang blogger untuk tulis entri sepanjang mana. Ikut suka hati! Cuma pastikan anda kerap kemaskini blog untuk lebih konsisten. Kalau isi kandungannya sedikit sahaja, dikhuatiri esok-esok anda sudah kehabisan idea mahu tulis dan terpaksa beralih ke bidang lain.




Berkenaan keaslian, ada antara pengguna internet langsung tidak kisah kalau ada antara entri dipaparkan itu disalin bulat-bulat daripada sumber lain, asalkan boleh baca dan dapat maklumat yang dikehendaki sudah cukup. Yang lain, tidak mahu fikir. Janji menarik. Mungkin segolongan lagi fikir adalah sesuatu yang perlu untuk paparkan yang asli atas sebab-sebab tertentu. Banyak penulis blog yang macam ini. Anda boleh cari sendiri.

Walaubagaimana pun, jangan lupa setiap orang berada dalam bidang berbeza. Sebagaimana bisnes, boleh jadi di kalangan pembaca di luar sana akan dengan sendirinya menjadi pengkritik atau musuh anda selaku penulis, atas sebab mereka boleh kemukakan hujah-hujah berkaitan. Boleh jadi juga untuk menghentam dan menjatuhkan anda. Akan adalah hujahnya dan rujukannya untuk 'patahkan' anda.

No comments: