MY FOLLOWERS

Wednesday, October 22, 2014

Kesihatan - Kopi Pun Baik Untuk Rambut

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment

 

Assalamualaikum.....

 


Adakah ini berita baik buat penggemar kopi? Baru-baru ini terdapat satu kajian yang disiarkan di International Journal Of Dermatology mengatakan kafein mempunyai kebaikan untuk rambut anda, lebih-lebih lagi kepada wanita.

Dipetik daripada laporan Elle, kajian mengatakan kafein yang terkandung dalam kopi mampu merangsang pemanjangan rambut serta kitaran pertumbuhan. Malah ia mampu menyekat kesan DHT iaitu hormon yang bertanggungjawab dalam masalah rambut gugur dan folikel rosak.

Pengambilan kafein dikatakan lebih berkesan di kalangan wanita berbanding lelaki kerana folikel rambut mereka didapati lebih peka dan responsif.

Namun benarkah ia berkesan? Tidak juga, kerana menurut Dr. Robert Dorin iaitu pakar pemulihan rambut, anda perlu minum sekurang-kurang 50 cawan kopi untuk melihat keberkesanannya dan ia adalah sesuatu yang tidak digalakkan sama sekali.

Bagaimanapun Dr. Dorin mencadangkan agar anda mencari produk rambut yang mengandungi kafein atau bertukar kepada syampu yang mengandungi bahan tersebut.


 
KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.


No comments: