MY FOLLOWERS

Wednesday, October 22, 2014

Artikel - Mesej Daripada ... Siapa?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....

 
Huuuuhhh..??

 

Sebuah keluarga dikejutkan dengan penerimaan satu sms yang dikatakan datangnya daripada nenek mereka yang telah meninggal dunia 3 tahun yang lalu yang telah dikebumikan bersama beberapa barangan lain miliknya termasuk telefon bimbitnya. Sejak kematian neneknya, Sheri Emerson, 22, menghantar mesej ke telefon tersebut sekadar untuk memujuk hatinya. Mereka sekeluarga menyangka syarikat telefon berkenaan, O2, telah menamatkan perkhidmatan bagi nombor yang digunakan neneknya dan terkejut apabila pada suatu hari mereka menerima mesej blas daripada nombor telefon itu. 

Bapa saudara mereka Graham Emerson, kemudian menelefon nombor berkenaan dan mendapati ia telah digunakan oleh individu lain selama beberapa minggu. Dia memohon maaf kerana menyangka ia adalah satu penipuan daripada rakan dan dia diberi nombor tersebut oleh syarikat telefon lain. Syarikat O2 pula berkata mereka tidak menjual nombor berkenaan tetapi jika nombor itu tidak disambung, maknanya ia telah diletakkan dalam satu longgokan bersama nombor lain untuk dikitar semula.

Jurucakap syarikat tersebut berkata, "Kita telah berhubung dengan keluarga Emerson untuk menjelaskan keadaan ini dan memohon maaf kepada mereka sekeluarga atas kesulitan yang dihadapi. Dia bersyukur atas bantuan yang kami berikan dan memahami bahawa kami melakukan yang terbaik untuk membantu."



KLIK SINI untuk artikel penuh.



No comments: