MY FOLLOWERS

Saturday, October 18, 2014

Artikel - Isi Dengan Air Suling

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, antara salah satu faktor yang menyebabkan enjin menjadi panas selain tidak menukar minyak hitam ialah kekurangan air dalam bekas simpanan air. Keadaan panas atau sejuknya enjin boleh dipantau dengan melihat pada bahagian penunjuk suhu yang telah sedia ada pada papan pemuka pemandu. Jika jarum menunjuk pada takat atas daripada setengah, bermakna anda perlu berikan perhatian pada keadaaan minyak hitam atau air.



Berkenaan air, dinasihatkan agar sebaiknya tidak mengisikan bahagian tangki air dengan air paip kerana umum diketahui air tersebut mengandungi klorin. Sebagaimana dibaca daripada sumber di akhbar, klorin dalam air paip boleh memberikan kesan terhadap sistem saluran air dalam enjin. Sebaiknya isikan dengan air suling yang boleh didapati di kedai yang menjual alat ganti kenderaan.

No comments: