MY FOLLOWERS

Thursday, October 2, 2014

Kesihatan - Kopi Tidak Kurangkan Nafsu Makan

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Betul! Sama sahaja kesannya seperti anda minum air. Ia cuma membantu melambatkan rasa lapar sebab dalam perut ketika itu ada air untuk diproses oleh perut. Yang mengurangkan berat badan anda dan kurangkan nafsu makan anda ialah apabila anda mengamalkan diet yang seimbang dan teratur serta melakukan senaman secara konsisten. Jika anda rasa dengan meminum kopi anda akan kurang berat badan atau nafsu makan sama seperti mengambil pil kurus atau seumpamanya, maka anda telah tersilap. Sila betulkan kembali tanggapan anda dengan membaca fakta secara kajian terkini yang berkaitan dari semasa ke semasa. 

Penelitian yang dilakukan pada beberapa kumpulan di Australia itu mendapati bahawa dengan meminum kopi ianya tidak menunjukkan perbezaan nafsu makan mereka lagi-lagi ketika dihidangkan dengan berbagai macam makanan.

Kesimpulan yang diperolehi adalah kopi tidak dapat digunakan untuk menurunkan nafsu makan anda walau apa jenis kopi sekalipun. Nafsu makan anda tidak akan berkurang dan juga bertambah. 



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: