MY FOLLOWERS

Saturday, March 9, 2013

Artikel - Pengantin, Tok Kadi dan Taik Gajah :-D Hahaha!

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......






Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah kawan pada kawanku. Waktu itu aku bercuti di kampung dia. Jadi bila ada kenduri, dia pun pergi dan ajak aku sekali.

Ketika itu, majlis akad nikah dijalankan di ruang tamu. Aku dapat melihat ramai orang kampung yang datang, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis yang semacam ini.

Jadi sewaktu bersila, aku pun mengesot sedikit untuk mendengar apa yang tok kadi akan tanya kepada si pengantin. Rupanya macam-macam topik juga tok kadi tanya. Tetapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar.

Tok kadi tanya mengenai dalam satu hari berapa kali kita sembahyang, dan dengan lajunya si pengantin pun menjawab "lima". Tok kadi tanya lagi, kali ini minta berikan contoh najis kecil, dia pun menjawab kencing bayi yang baru lahir lagi. Tok kadi pun angguk, jadi aku rasa jawapan itu bolehlah diterima. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, si pengantin sudah mula panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam mahu sahaja bantu apa-apa yang patut sebab bukannye susah, jawapannya anjing dan babi sahaja, tetapi dia pula yang mula berpeluh! Tok kadi mula senyum-senyum. Aku sebut dalam hati moga-moga dia dengar jawapan aku dalam hati tadi, tetapi rupanya aku cakap dalam hati sahaja. Aku tidak tahu apa yang terjadi selepas itu, kerana majlis itu menjadi kecoh kerana ramai orang yang berada di sekeliling majlis  sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman sehingga terkena baju ramai orang! Aku pun sama, sehingga terkena beberapa orang berdekatan denganku! Kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat semasa tok kadi tanya tentang contoh najis besar pada si pengantin tiba-tiba keadaan menjadi senyap sunyi...

Tapi bila pengantin itu menjawab "Taik Gajah" suasana menjadi hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang sudah tidak boleh tahan! Hahaha! Macam mana lagi mahu ditahan! Taik gajah? Sungguhlah besarnya, lagi-lagi bila gajah makan durian!


KLIK SINI untuk sumber.

No comments: