MY FOLLOWERS

Sunday, March 10, 2013

Berita - Program Apresiasi Pelajar KKKT Pada 7.3.2013 di NACC

Kredit kepada:  -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Program Apresiasi Pelajar 2013 telah diadakan di Noor Arfa Craft Complex pada 7.3.2013. Program anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Komuniti Kuala Terengganu bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran pelajar yang juga menandakan kehadiran bagi kelas mereka. Program ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada para pelajarnya telah cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum selama 3 semester dan ke atas. Kecemerlangan mereka dinilai daripada aspek ketinggian CGPA dan beberapa lagi pencapaian dalam aktiviti termasuk program lain anjuran kolej dan sukan yang telah disertai oleh pelajar berkenaan.

Majlis dimulakan pada sebelah pagi dibuka dengan bacaan selawat sambil menyambut kedatangan Pengarah KKKT, Puan Hajah Maziah binti Muda seterusnya bacaan doa dan ayat suci al-Quran surah Lukman ayat 17-19. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Puan Hajah Maziah. Dalam ucapannya, beliau menyatakan sangat menginginkan supaya para pelajarnya berjaya dalam semua bidang yang diceburi dan menjauhkan diri daripada gejala yang tidak elok sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Beliau turut menharapkan agar lebih ramai pelajarnya cemerlang dalam pelajaran dan menjadi insan yang berjaya kelak. 








Majlis hari itu diteruskan dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum yang disertai, dan diakhiri dengan acara penyerahan watikah perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2013 seramai 16 orang. Acara diteruskan lagi dengan pelancaran kelab dan persatuan. 

Program ini berakhir jam 12.00 tengahari.

No comments: