Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Peluang kedua bukanlah mudah untuk diperolehi, namun Chris Baker, 42, seorang artis tatu dari Oswego, Illinois, melepaskannya begitu sahaja tanpa apa-apa bayaran. Sejak tahun 2011, Baker, juga seorang pastor, telah melukis lebih daripada 500 tatu secara percuma kepada bekas ahli geng dan mangsa-mangsa kes penyeludupan manusia begitu teruja untuk membuang atau menutup bukti yang masih kelihatan pada badan mereka sekaligus menutup kisah silam mereka. Rangkaian penyeludupan manusia di bandar-bandar besar dikendalikan oleh ahli geng. Mereka selalunya akan membuat tatu pada badan mangsa mereka dengan kod bar, nama alku atau simbol bagi membolehkan mereka dijejaki dan menyukarkan mereka melepaskan diri.
"Inilah cara saya membalas budi komuniti ini yang banyak berjasa kepada saya sebelum ini," kata Baker kepada ABCNews.com mengenai perkhidmatan yang ditawarkannya sekaligus menunjukkan masyarakat juga boleh berubah.
Baker mengasaskan INK 180, sebuah organisasi yang tidak menjana keuntungan yang dibiayainya sendiri menggunakan wang hasil perniagaan membuat tatu yang diusahakannya sebelum ini dan kutipan derma. Nama organisasi ini melambangkan tahap perubahan yang diharapkan dapat dicapai dalam kehidupan bagi mereka yang pernah menerima khidmatnya. Baker pernah bekerja untuk bekas geng Latin Kings, Black Disciples dan Aryan Nation. Dia mendapat idea untuk membantu komunitinya selepas satu mesyuarat belia yang dihadirinya, ketika itu usaha ahlinya sering terhenti ekoran daripada adanya tatu yang menjelaskan mengenai masa silam mereka. Baker yang juga bekas pengurus gudang menyatakan ramai di kalangan pekerjanya adalah bekas ahli geng dan mereka sering membandingkan tatu yang mereka ada dengan yang dimiliki Baker yang bersifat keagamaan. Mereka menyatakan mahu membuang tatu mereka kerana sudah bosan sering disalah anggap.
Selama 2 tahun Baker telah bekerja untuk warga tempatan, negeri dan badan persekutuan dengan menawarkan perkhidmatannya kepada bekas ahli geng yang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan dan juga mereka-mereka yang sudah lama hidup dalam persembunyian selepas meninggalkan geng tersebut. Salah seorang pekerjanya kini telah bekerja dengan Department of Homeland Security telah membuka mata Baker untuk membantu mangsa penyeludupan manusia dengan cara menutup atau membuang tatu mereka, satu cara yang akan menyukarkan mereka daripada ditangkap kembali.
Ada juga ahli yang datang sendiri atau wanita-wanita yang melarikan diri daripada sindiket pelacuran dan berada dalam perlindungan undang-undang menemui Baker dan memberitahunya apa yang pernah dan mahu dilakukan. Mengenai jenis tatu, Baker menyerahkannya kepada pengguna untuk memutuskannya.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment