Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner
Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Jika sebelum ini penulis ada coretkan mengenai apa yang berlaku sekitar hari sebelum kejohanan di Terengganu, mungkin kali ini pengalaman sedikit berbeza kerana persiapan sebelum hari kejohanan dibuat oleh tuan rumah iaitu Kelab Karate-Do UUM. Kami selaku yang dijemput hanya membuat persediaan dari segi bagaimana menghadapi hari perlawanan. Hanya setakat itu. Cerita selebihnya adalah berlainan.
Kami tiba pada pagi hari sebelum kejohanan sekitar jam 5.30 pagi. Sesudah solat, kami berehat sepuasnya. Tiada sebarang program pada sebelah paginya. Sesudah makan, kami dibawa oleh penganjur ke Pusat Sukan UUM tidak jauh dari kolej penginapan. Bagi ahli yang masih baru, suasana di sini benar-benar memberikan mereka perasaan 'betul-betul berada di universiti' dan jauh berbeza daripada pusat pengajian mereka kerana kawasannya yang luas dengan pelbagai kemudahan seperti kafe di setiap kolej, litar go-kart, taman rusa, akademi golf, serta pusat sukan.
Mencuba kemudahan baru yang disediakan

Setibanya
di pusat sukan, kami hanya dapat melihat sedikit apa yang ada dari
pintu kaca di luar, namun ia masih belum melunturkan mood masing-masing
kerana masih berpeluang merasai kemudahan peralatan gimnasium di luar
yang baru ditambah. Sebagaimana dimaklumkan oleh penganjur, pusat sukan
akan dibuka pada petang itu jam 3 petang. Selesai perbincangan sesama
ahli, kami bercadang mahu gunakan kemudahan ini untuk berlatih apabila
ia dibuka dan berehat pada sebelah malamnya. Pun begitu, perancangan
latihan ditukar untuk diadakan pada sebelah malamnya kerana penasihat
akan membawa mereka berjalan-jalan sekitar Bukit Kayu Hitam. Gembira
bukan main! Seolah-olah hilang seketika semua tekanan untuk menghadapi
hari besar esok. Jam 3.00 petang. Kami ke Bukit Kayu Hitam, suasana agak
sibuk dengan kenderaan keluar masuk melepasi Kompleks Imigresen Bukit
Kayu Hitam. Kami ke kompleks membeli-belah bebas cukai dan bazar
berdekatan.
Berbincang bersama ahli pasukan selepas selesai sesi latihan
Latihan
persediaan pula kami adakan pada sebelah malam selepas pulang dari
membeli-belah. Pada sebelah malam, pusat sukan dibuka jam 8.00 malam
oleh penganjur. Tumpuan latihan sekadar membuat sedikit ulangkaji bagi
teknik yang telah dipelajari, latihan kata serta menyentuh serba sedikit
aspek berkaitan peraturan perlawanan. Tidak banyak yang dapat dilakukan
memandangkan masa diperuntukkan pada sebelah malam yang agak terhad,
dalam masa yang sama memberikan peluang peserta untuk berehat sebelum
menghadapi perlawanan pada keesokannya.
No comments:
Post a Comment