MY FOLLOWERS

Monday, February 18, 2013

Sekadar Luahan - Sekitar Hari Sebelum Kejohanan Karate-Do Terbuka UUM Pada 15.2.2013 (Bhgn I)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum..... 

Kejohanan Karate-Do Terbuka anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) akan diadakan pada 16.2.2013. Penulis bersama 10 orang ahli yang bakal menyertai kejohanan ini telah bertolak dari UiTM Kuala Terengganu pada 14.2.2013 jam 6.00 petang dan tiba di sana sekitar 5.30 pagi. Dalam perjalanan kami, sesudah melepasi UiTM Machang di Kelantan sekitar 1.30 pagi, kami sempat singgah sebentar menjamu selera di salah satu kedai makan di sini. Asalnya mahu menikmati hidangan sate, namun disebabkan sudah habis, maka terpaksalah kami tunggu selama berjam-jam untuk mendapatkan menu masakan panas yang dipesan. 


Habis dulu, baru yang lain sampai...huhuhu


Agak kecewa juga pada mulanya kerana sebelum hidangan tiba, ada di antara ahli lain sudah pun kenyang menjamu selera. Pun begitu, tekanan yang dihadapi sebelum hari kejohanan sedikit sebanyak terubat bila kedengaran lawak jenaka yang agak sinis daripada ahli yang sudah selesai makan. Ada yang membandingkan dengan restoran di sini yang digelar 'restoran sabar menunggu' di pusat pengajian mereka kerana selalu sahaja lambat menghantar makanan kerana pekerjanya yang tidak ramai, cuma yang ini dirasakan sedikit teruk kerana tiada papan tanda seperti yang ada di restoran berkenaan - KAMI KEKURANGAN PEKERJA. HARAP SABAR MENUNGGU. TERIMA KASIH.  :-)

No comments: