Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Kebelakangan ini, sebahagian kawasan sekitar Kuala Lumpur digemparkan dengan satu kejadian mengerikan yang terjadi hampir setiap hari. Dikhabarkan ada seorang pengamal ilmu hitam berkeliaran di daerah-daerah sekitarnya melibatkan sebahagian Selangor dan Negeri Sembilan.
Sasarannya adalah wanita, tidak kira usia atau paras rupa. Penjahat ini berhasrat untuk memperkosa 2000 wanita atau lebih bagi menyempurnakan ilmunya. Sampai ke saat ini, sudah beratus-ratus yang sudah menjadi mangsa dan kebanyakannya terjadi di rumah-rumah kediaman wanita-wanita tersebut.
Pihak polis tidak dapat mengesan penjenayah ini kerana kesaktian ilmunya. Cara orang ini melakukan kejahatannya ialah dengan
Menjelmakan diri menjadi seekor nyamuk kecil, kemudian menyusup ke kamar wanita yang sedang tidur, menjelma semula menjadi manusia dan dengan kejam dan ganasnya memperkosa mangsanya.
Amat sukar bagi pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah ini kerana setelah selesai memperkosa gadis-gadis dia akan menjelmakan semula dirinya menjadi nyamuk dan ghaib dari tempat kejadian. Sudah beratus ahli ilmu kebatinan dari segenap ceruk rantau termasuk dari indonesia telah dibawa untuk membantu pihak polis mengesan dan mengalahkan penjenayah ini.
Malang sekali kerana ilmu yang ada padanya cukup tinggi dan tak termampu untuk ditandingi oleh sesiapa dan hingga ke saat ini dia dikatakan masih berkeliaran di sekitar Lembah Kelang untuk mencari korban seterusnya sehingga berjaya memenuhi tuntutan ilmu hitamnya iaitu harus memperkosa sehingga 2000 orang.
Bagi wanita yang sering tidur sendirian, mengunci pintu bilik dan lain-lain pintu bukanlah suatu tindakan yang bijak kerana dengan mengunci pintu bilik, orang lain tidak dapat memberikan pertolongan dengan segera seandainya perkara yang tidak diingini berlaku ke atas diri anda. Sekali lagi sampai ke saat ini belum ada yang mampu untuk mengalahkan ilmu si siluman nyamuk ini Kecuali hanya ada satu penangkal yang sangat mujarab iaitu:
RIDSECT - Membunuh Serangga Dengan Berkesan!
Hahahahahahahaaaa!! :-D
No comments:
Post a Comment