MY FOLLOWERS

Monday, February 18, 2013

Berita - Kejohanan Karate-Do Terbuka UUM Pada 16.2.2013 (Bhgn 1)

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner

 

Assalamualaikum.....

Kejohanan Karate-Do Terbuka anjuran Kelab Shotokan Karate-Do UUM telah diadakan di Pusat sukan Universiti Utara Malaysia pada 16.2.2013 baru-baru ini. Acara selama sehari yang bermula jam 9.00 pagi ini telah dirasmikan oleh En. Sulaiman Ismail selaku penganjur. Dua gelanggang disediakan bagi kesemua acara. Sebagaimana maklumat yang diperolehi daripada penganjur, kejohanan ini disertai sekitar 170 peserta daripada 10 pasukan yang bertanding iaitu:

Goju-Ken Kedah
Goju-Ken Kulim
Shotoshinkai Kedah
UUM
UiTM Shah Alam
UiTM Kuala Terengganu
Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Kerian
Universiti Putra Malaysia (UPM)


Kejohanan kali ini juga mempertandingkan acara individu bagi kata (patterns) dan kumite (free sparring) yang dibahagikan kepada beberapa kategori:

Kata:
Kata Lelaki 7-10 Tahun
Kata Lelaki 11-13 Tahun
Kata Lelaki 14-15 Tahun
Kata Lelaki 16 Tahun Ke Atas

Kata Perempuan 7-10 Tahun
Kata Perempuan 11-13 Tahun
Kata Perempuan 14-15 Tahun
Kata Perempuan 16 Tahun Ke Atas Kumpulan A
Kata Perempuan 16 Tahun Ke Atas Kumpulan B


Kumite (10-17 Tahun):
Kumite Lelaki 10-11 Tahun
Kumite Lelaki 12-13 Tahun
Kumite Lelaki 14-17 Tahun

Kumite Perempuan 10-11 Tahun
Kumite Perempuan 12-13 Tahun
Kumite Perempuan 14-17 Tahun


Kumite (18 Tahun Ke Atas):
Kumite Lelaki 55 Kg
Kumite Lelaki 60 Kg
Kumite Lelaki 67 Kg
Kumite Lelaki 75 & 84 Kg
Kumite Lelaki Atas 84 Kg


Kumite Wanita 50 Kg - Kumpulan A
Kumite Wanita 50 Kg - Kumpulan B
Kumite Wanita 55 Kg
Kumite Wanita 61 Kg
Kumite Wanita 68 Kg dan Ke Atas



Foto-foto Sepanjang Hari Kejohanan

















  Kejohanan berakhir sekitar jam 6.00 petang selepas upacara penyampaian pingat dan plak penghargaan kepada para pemenang dan pengadil pertandingan yang telah memberikan kerjasama sepanjang hari acara berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

No comments: