MY FOLLOWERS

Friday, February 1, 2013

Artikel - Beribadah Hanya Kerana Allah s.w.t.

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Quran.com


Assalamualaikum....

Hukum beribadah kerana mengharapkan pahala dari sisi Allah swt ialah dipuji oleh Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Fath ayat 29 yang ertinya:


Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang salih) terdapat pada muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas)...

Berkata As-Syeikh Wahbah Zuhaili didalam kitab tafsir Al-Munir :

"Kamu menjadi saksi bahwa orang-orang yang beriman itu memperbanyakkan solat dengan ikhlas, kamu akan lihat mereka banyak rukuk dan sujud kerana mencari dan menuntut pahala dan redha Allah swt, dan mengharapkan pula dari sisi Allah swt akan pahala yang banyak iaitu syurga dan keredhaan Allah dari mereka itu.."

Rujukan : Tafsir Al-Munir juzuk 26 muka surat 207

Tafsiran yang sama juga terdapat dalam kitab Tafsir Imam Ibn Kathir dan Tafsir Imam Qurthubi..

- FB Page Ustaz Azhar Idrus (Original)

No comments: