Kredit kepada: Yahoo GMA
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum....
Berapakah jumlah yang perlu dibayar jika anda terlewat memulangkan buku perpustakaan yang dipinjam, lagi-lagi bila terlewat sehingga 55 tahun?
Buku "Fire of Francis Xavier" telah dipulangkan semula ke New York Public Library cawangan Fort Washington, menurut Amy Geduldig, pengurus perkhidmatan pelanggan bagi sistem perpustakaan kepada ABCNews.com. Kali terakhir ia dipinjam, sebagaimana tercatat pada rekodnya ialah pada 10 April 1958.
Buku tersebut tiba di perpustakaan itu secara pos dengan disertakan cek $100 di dalamnya. Pihak perpustakaan tidak tahu siapa yang memulangkannya dan tidak tahu juga mengenai kehilangannya. Tiada tarikh tercatat dalam pakej yang dihantar itu dan Geduldig tidak memberitahu siapa yang menandatangan cek berkenaan.
"Cek diberikan sangat baik," katanya.
Keadaan tersebut menggambarkan kesedaran si peminjam untuk memulangkannya. Buku itu ditulis oleh Rev. Arthur R. McGratty, S.J. ialah mengenai St. Francis Xavier, pengasas bersama Jesuits dan merupakan salah seorang paderi gereja Katholik. Bayaran pemulangan lewat bagi buku kulit keras untuk perpustakaan berkenaan dikenakan sebanyak 25 sen sehari. Bagi sebuah buku dengan kelewatan selama 55 tahun, caj dikenakan melonjak kepada $5,
018.75 namun Geduldig berkata denda maksimum untuk pemulangan lewat ialah sama dengan harga buku tersebut, maka bayaran cek $100 yang dikirimkan bersama dalam pakej itu sudah lebih daripada mencukupi bagi menampung kosnya.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment