MY FOLLOWERS

Friday, February 22, 2013

Artikel - Tragedi Pesawat :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Satu hari, seoarang juruterbang telah ditugaskan untuk membawa 30 orang pesakit jiwa untuk dipindahkan ke kawasan baru dengan menaiki kapal terbang yang akan dipandunya. Pada keesokan hari,seperti yang dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 orang pesakit jiwa tersebut. 


29 pesakit jiwa tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang sahaja pesakit yang mendiamkan diri di dalam kapal terbang itu. Tiba-tiba kapal terbang yang mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yang melompat-lompat itu. Juruterbang menjadi geram terhadap 29 orang pesakit yang melompat-lompat itu. Dia tidak dapat mengawal pesawat yang bergegar itu. Juruterbang tersebut memanggil pesakit jiwa yang pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan-kawannya supaya berhenti bermain.

Lima minit kemudian, juruterbang mendapati kapal terbang itu kembali stabil. Dia memanggil sekali lagi pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata? Apa yang kau beritahu sama kawan-kawan kau itu?"  Pesakit itu pun menjawab, "saya beritahu kawan-kawan saya kalau nak melompat-lompat, pergi main kat luar!!!"

No comments: