MY FOLLOWERS

Friday, February 1, 2013

Artikel - Side A & Side B :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....


Satu hari seorang pengawal membuat rondaan di setiap bilik orang sakit mental. Dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tidak seperti suara Mawi tetapi suaranya memang hebat dengan mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya, "Tidak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." Sambil melihat dari luar pesakit tersebut menyanyi sambil telentang di atas katilnya.

Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda ke bilik-bilik pesakit yang lain. Setelah selesai, pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi, kali ini dia dengar lagu Aduh Saliha pula yang dinyanyikannya. Berbanding tadi, kali ini dia menyanyi dalam keadaan meniarap pula. Pengawal itu hairan dan kemudian bertanya, "Kenapa sekarang kamu menyanyi dalam keadaan meniarap? Kenapa tadi tadi terlentang?"

Jawab pesakit mental itu, "Tadi SIDE A...ini SIDE B pulak...."


Pengawal itu pun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."Betul jugak..."



Kuang kuang kuaannnggg :-D

No comments: