MY FOLLOWERS

Wednesday, August 21, 2013

Wordless Wednesday - Bismillah

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Artikel - Beezow Doo-doo ..daa Whatt? aka Jangan Beri Nama Pelik-pelik Pada Anak

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....

Makna namanya ialah ... ???



Seorang lelaki dari Iowa dengan nama yang panjang dan pelik, berdepan dengan 5 tuduhan memiliki dadah. Beezow, 32, dilahirkan dengan nama Jeffrey Drew Wilschke, berdepan feloni dengan niat mengedar, memiliki dadah dan menggunakan kenderaan tanpa lesen. Ini bukan kali pertama dia menjadi bahan berita kerana sebelum ini namanya menjadi bahan jenaka tengah malam apabila dia ditahan di Madison atas tuduhan sama. 

Dalam satu temuramah tahun lalu, dia ditanya oleh Wisconsin State Journal mengenai makna namanya. Beezow bermakna "the explosion of awareness of the interconnectedness of the infinite love in the universe." Doo-doo pula "is the struggle of our daily lives with that awareness, that with love comes chaos." dan Zopittybop-bop-bop ialah "is the outcome of that struggle, which is often ironic, especially because all life ends in death,".


Hahahahahahaha :-D

Itulah, janganlah beri nama yang pelik-pelik pada anak. Kalau tidak, inilah nasibnya..


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Sunday, August 18, 2013

Artikel - Hujan Emas Di Negara Orang, Hujan Meteor Kat Mana Lagi...? :-D

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....


Baru-baru ini bising di laman sosial mengenai peristiwa hujan meteor yang jarang sekali atau mungkin belum pernah dilihat di langit. Meteor ini melintasi langit pada awal Ogos ini dan debu kometnya sampai ke atmosfera planet ini pada kelajuan 132,000 meter sejam. Dinamakan Perseid sempena nama buruj Perseus, tempat ia muncul.












Anda boleh KLIK SINI untuk info lanjut dan lebih banyak foto.

Seni & Kreativiti - Teknik Fotografi Bawah Laut 'Duck Dive'

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum......

Seorang jurufoto dasar laut, Sarah Lee menggunakan teknik yang dipanggil "duck diving" untuk mengambil gambar yang menakjubkan yang menampilkan peluncur di Hawaii. Peluncur akan meluncur secara "duck dive" bagi mengelakkan gelombang air laut supaya dapat keluar ke permukaan. 
















KLIK SINI untuk selanjutnya.

Hiburan - Pengarah Malaysia Bakal Mengarah 'Fast & Furious 7'

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Pengarah filem seram, James Wan menjadi pilihan mengejutkan apabila dia dipilih untuk duduk di kerusi pengarah menggantikan Justin Lin, bagi francais filem "Fast And The Furious" yang akan datang iaitu "Fast And Furious 7".

Vin Diesel turut menyatakan francais kali ini akan bertumpu di Los Angeles. James Wan sebelum ini baru sahaja mempromosikan filem terbaru arahannya, "The Conjuring", yang mula ditayangkan di Malaysia mulai 1 Ogos lalu dan 15 Ogos di Singapura. 


KLIK SINI untuk selanjutnya.

Artikel - Hari Kidal Sedunia

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....


Pada bulan Julai lalu, penulis ada coretkan serba sedikit tentang kebenaran di sebalik kehidupan mereka-mereka yang menggunakan tangan kiri atau kidal. Anda boleh BACA DI SINI untuk selanjutnya. Hari ini ada satu lagi info iaitu mengenai sambutan Hari Kidal Antarabangsa yang diadakan pada 13 Ogos setiap tahun. 

Dikatakan hampir 10% penduduk dunia kini terdiri daripada kalangan mereka yang kidal. Sekitar abad ke-19 (1800s), mereka yang kidal dianggap cacat atau sakit mental oleh sebahagian penduduk dunia. Hakikatnya, di kalangan kidal sendiri, ramai yang menderita akibat pelbagai penyakit termasuk autisme, disleksia dan skizofrenia. Pun begitu, ia hanyalah data yang dikutip daripada sampel populasi yang sangat kecil jumlahnya dan bukannya daripada bukti saintifik.


KLIK SINI untuk selanjutnya.