MY FOLLOWERS

Friday, September 14, 2012

Artikel - Angullia Beach Resort, Marang

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum....


Tempat percutian ini ialah Angullia Beach Resort terletak di kawasan Marang, Terengganu. Perjalanan sekitar 20 minit dari bandar Kuala Terengganu.

Jika anda datang dari arah Kuala Terengganu, anda perlu teruskannya sehingga tiba di kawasan lampu isyarat simpang empat berdekatan dengan replika sotong dan haiwan laut. Dari situ, jika anda terus belok ke kiri anda akan tiba di pasar Marang, manakala jika ke kanan anda akan melalui kawasan Perpustakaan Awam Marang. Anda perlu teruskan sahaja perjalanan anda melepasi pejabat Risda (ada di sebelah kanan jalan, bangunan berwarna kuning peach), stesen minyak Petronas dan pasaraya Xiri (juga di sebelah kanan jalan) sehingga melalui jambatan berdekatan jeti Marang (di sebelah kiri jalan). Apabila di sini, perlahankan kenderaan anda kerana sudah hampir tiba di destinasi. (Jika anda terlajak atau terlepas simpang ini, anda akan terus menghala ke pantai Kelulut seterusnya ke Marang Village Resort pula!) Selepas jambatan, anda akan menemui satu papan tanda kecil berwarna merah di sebelah kiri dan masuk ke simpang berkenaan. Kawasan pintu masuk resort ini agak tersorok sedikit dan di sekelilingnya adalah kawasan perkampungan. Usah risau kerana di situ ada papan tanda bagi memudahkan anda masuk ke bahagian Reception.

Antara kemudahan yang ada di sini ialah chalet penginapan termasuk asrama dua tingkat, beberapa blok musolla, kafe, pondok rehat, dewan, kedai runcit, tempat barbekiu, rumah rehat serta taman permainan. Sambil menikmati percutian yang menenangkan, anda juga boleh mandi-manda di kawasan pantainya.









Kawasan resort ini bukan sahaja sesuai sebagai destinasi percutian, malah juga sesuai pelbagai acara seperti hari keluarga, sukaneka, bengkel dan seminar. Untuk maklumat lanjut berkenaan harga bilik, tempahan, serta kemudahan, anda boleh ke laman webnya DI SINI.


Enjoy!




Seni & Kreativiti - Istana Pasir Bertemakan Bangunan Silam

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum........

Entri ini adalah lanjutan daripada Acara Sukaneka KKKT yang diadakan pada 4.9.2012 yang lalu di Angullia Beach Resort, Marang, Terengganu. Dalam acara pertama sukaneka ini, peserta dikehendaki membina istana pasir dengan tema yang diberikan iaitu bangunan zaman silam (ancient building). Objektifnya ialah sebagai salah satu bentuk pembelajaran dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, memberi kefahaman kepada para peserta dari sudut praktikal, bagaimana sesuatu struktur itu dibina serta menghayati kisah dan sejarah di sebalik pembinaannya dalam masa yang sama menjadi satu bentuk riadah kepada warga kolej yang terlibat.


Kota Petra, Jordan

Piramid Gyza, Mesir

Taj Mahal, India

Menara Eiffel, Perancis

Piramid Gyza, Mesir

Tembok Besar China

Stonehenge, United Kingdom





Pautan lain yang berkaitan: Binaan Daripada Pasir

Artikel -Taman-Taman Di Syurga

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..... 

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.


Kalau di dunia ini kita selalu melihat macam-macam taman yang dihiasi indah dengan aneka macam tumbuhan dan bermacam-macam bunga, di situ kita boleh menghabiskan masa berjam-jam sambil menikmati keindahannya juga mencari ketenangan. Maka begitu juga di syurga, Allah menciptakan taman-taman bagi penghuninya.

Ada dua bentuk taman di syurga:
  1. Dua taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya.
  2. Dua taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya.
- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.

At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula.

Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.


Artikel - Bolehkah Bersolat Sambil Berkasut?

Kredit kepada: Bicara dari aku
Gambar ihsan: Yahoo Image


Assalamualaikum.... 


Bersolat dengan memakai kasut sememangnya menyalahi kelaziman dan kebiasaan rakyat kita di Nusantara. Pun begitu, amalan bersolat sambil memakai kasut ini sudah pun dimulai sejak awal penghijrahan umat Islam ke Madinah. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam mendirikan solat di Masjid yang baru dibina dengan tidak berkasut maka berkata penduduk kaum Ansar Madinah, bahawa orang Yahudi juga beribadah tanpa berkasut. Maka dengan itu Nabi s.a.w. memerintahkan agar umat Islam bersolat dengan berkasut, dengan sabda beliau, "Berperilakulah yang berlawanan dengan orang-orang Yahudi kerana mereka tidak mengerjakan solat dengan sandal atau kasut mereka." 

Jadi sebab atau punca permulaan hukum diharuskan memakai kasut ketika bersolat ialah bagi membezakan diri daripada perbuatan ibadah kaum Yahudi. Islam sememangnya sejak dari awal kelahirannya amat menekan kepada umatnya agar membezakan diri dari kaum-kaum yang lain. Ini termasuklah cara peribadatan, cara berpakaian, adat kebiasaan dan sebagainya. Tuntutan ini ialah bagi membuktikan Islam adalah agama yang unggul dan ia tidak bercampur aduk atau hasil tiruan dari agama-agama lain. Membezakan diri dari agama lain juga bermatlamat supaya kita dapat memastikan bahawa amal ibadah kita adalah tulen dari ajaran Islam yang sejati dan bukan pinjaman dari agama lain.

Baca huraian selanjutnya DI SINI.

Wednesday, September 12, 2012

Artikel - Beberapa Persoalan Hukum Dari Blog MyIbrah

Kredit kepada: MyIbrah.com
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum..... 

Adalah menjadi satu keperluan bagi semua umat Islam untuk tahu dan jelas akan hukum-hakam sesuatu perkara. Tidak boleh ambil jalan mudah semata-mata untuk mempermudahkan urusan. Boleh jadi tanpa disedari jatuh kepada hukum haram dan tidak semena-mena mendapat dosa. Penulis menemui blog ini sewaktu blogwalking beberapa lama dahulu. 


Berdasarkan kandungan beberapa entri yang dipaparkan, rasanya agak bagus dan berilmiah. Pada pendapat penulis, rasanya tidak salah jika dicadangkan kepada para pembaca sekalian untuk pengetahuan dan manfaat bersama. Di sini penulis cadangkan kepada anda sebahagian daripada kandungannya. Selebihnya anda boleh layari sendiri blog berkenaan.









Hukum mewarnakan rambut dan uban Bhgn 1 dan Bhgn 2  



Wordless Wednesday - 1-2-3-4

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....