MY FOLLOWERS

Wednesday, July 18, 2012

Tuesday, July 17, 2012

Artikel - Jangan Buat Sembarangan Bila Bateri Kenderaan Lemah

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum.....   

Bateri kereta lemah? Enjin tidak dapat dihidupkan? Cara kebiasaan, jump start dengan kereta kawan atau orang lain. Tapi, berhati-hati, jika tersilap langkah melakukannya, kereta orang yang tolong dan ditolong, kedua-duanya kena dihantar ke bengkel..  Bukan hanya 1, tapi kedua-duanya. Alternatif lain untuk mengecas bateri kereta yang lemah ada di hujung entri ini.








Inilah yang akan terjadi jika anda salah meletakkan bahagian positif dengan negatif, nasib yang akan anda tanggung mungkin mencecah ribuan ringgit.

 



Satu alternatif lain selain melakukan jump start:
  1. Tukar bateri lemah tadi dengan bateri yang lebih berkuasa.
  2. Hidupkan kereta sehingga berjaya dihidupkan.
  3. Bila kereta sudah dihidupkan, cabut bateri yang berkuasa tadi dan pasangkan semula bateri yang lemah tadi.
  4. Kereta anda tidak akan mati semasa proses penukaran bateri kerana semua kuasa selepas kereta dihidupkan atas tanggungan alternator.
  5. Tetapi, jika masa ini anda tersilap meletakkan bahagian positif dan negatif, risikonya adalah alternator anda akan terbakar, berbanding KERETA TERBAKAR.

Seni & Kreativiti - Lukisan Menggunakan Kotoran Pada Cermin Kenderaan

Kredit kepada: Yahoo Auto
Gambar ihsan: Yahoo Auto


Assalamualaikum...

Kalau sudah kreatif, apa sahaja boleh digunakan untuk hasilkan karya atau terjemahkan ideanya..










KLIK SINI untuk lebih banyak gambar.

Setiap orang lain caranya. Sejauh mana pula kreativiti anda?

Petua - Memudahkan Bersalin

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum...


Petua ini penulis dapat sendiri daripada keluarga. Kalau sesiapa dapat daripada sumber-sumber lain, terpulang pada anda. 

Untuk mudahkan bersalin, menghilangkan rasa takut atau tekanan (tension), boleh amalkan baca ayat 21-24 surah al-Hasyr. 

Untuk yang akan bersalin, amalkannya sepanjang waktu sebelum dan semasa bersalin.

Friday, July 13, 2012

Artikel - Cara Rasulullah Menghitung Tasbih Guna Jari

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum...


Boleh gunakan cara ini selepas ini :-)

Artikel - Sesungguhnya Anjing Kurap Itu Tidak Berdosa ...

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum....
Adakah teman lebih hina daripada anjing kurap? Selamat membaca kisah di bawah...
Teringat kisah seorang Ulama Sufi. Dia amat terkenal dengan sifat tidak pernah marah. Lalu ada seorang kaya di negeri itu ingin mengujinya. Dia menjemput Ulama sufi itu ke majlis di rumah orang  kaya itu. Ulama sufi itu pun lalu memenuhi undangan orang kaya tersebut. Sebaik sahaja orang kaya itu melihat Ulama sufi tiba dan duduk di dalam majlis itu, orang kaya itu lantas memarahinya, memakinya dan memalukannya di tengah-tengah majlis itu di hadapan para jemputan. Setelah puas memalukannya orang kaya itu pun menghalaunya keluar dari majlis. Berlalulah Ulama Sufi itu keluar dari majlis tanpa marah walaupun sedikit. Setelah beberapa ketika dia berlalu pergi, dia pun dikejar org suruhan orang kaya itu, dgn pesanan Tuannya yang kaya itu meminta maaf di atas kelakuan kurang ajarnya tadi dan dia dirayu supaya kembali ke majlis dan tidak berkecil hati.

Ulama sufi itu pun kembali semula ke majlis itu. Apabila dia tiba semula di majlis itu dia pun duduk seperti biasa di tgh para jemputan. Maka setelah dia duduk org kaya itu lantas mengulangi caciannya dan memarahinya di khalayak ramai. setelah puas dia pun menghalaunya keluar dari majlis. Apabila Ulama Sufi itu berlalu, dia dipanggil semula dan dimarahi lagi kemudian dihalau. Begitulah hal keadaannya berulang-ulang kali. sehingga akhirnya orang kaya itu mengalah. 
Dia pun berterus terang kepada Ulama sufi itu. "Hai Syeikh, aku memohon maaf atas kebiadabanku. Adapun perbuatanku tadi hanyalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaranmu dan sifatmu yang tidak pernah marah. Bolehkah kau ajarkan kepadaku apakah amalmu yang membuatkan engkau begitu sabar dengan cacian dan makianku tanpa marah walau sedikit pun?"

Maka Ulama Sufi itupun menjawab, "Wahai saudaraku, apalah peliknya perbuatanku itu? Ianya sama dengan seekor anjing kurap, apabila dipanggil untuk diberi makan datanglah ia, apabila dihalau beredarlah ia. Walaupun berulang kali, tiada yang pelik pada perbuatanku itu wahai saudaraku, kerana anjing kurap itu tidak berdosa pada Tuhannya, sedangkan aku ini berbuat dosa. Maka bagaimana aku yang berdosa ini berani marah, sedangkan anjing kurap yang tidak berdosa itu tidak pernah marah?"

Wahai hati... ambillah iktibar.... (dari Facebook)