MY FOLLOWERS

Monday, June 6, 2011

Kesihatan - Bahaya Soya Kepada Kesihatan (Bhgn 2)

Credits to: SyokOrg, Bangku Kosong, Dr Zubaidi
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum....

Soya membawa khasiat hanyalah rekaan Barat semata-mata. Oleh itu, usahlah cepat terpengaruh dengan dakwaan sesetengah pihak atau sebarang input yang diterima menerusi media yang mengatakan soya memberikan manfaat ke atas kesihatan anda. Dapatkan maklumat lebih lanjut menerusi pembacaan buku-buku serta artikel-artikel mengenai kesahihan dakwaan berkenaan serta bukti yang disertakan.


Dalam Islam, Nabi s.a.w. mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, madu dan kismis, tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehinggakan yang baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan jualan mereka.

Di sini, bukanlah mengenai kebaikan soya yang dikatakan mengandungi nutrien penting dan protein yang ingin disebutkan, tetapi keburukannya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya terutama sekali kepada kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang lain:
  1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual seseorang (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu sebatian kimia dinamakan isoflavone (2).

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ini bukanlah dapat diekstrak dengan mudah daripada kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah isoflavone dapat dihasilkan, seterusnya dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tidak mampu untuk menyahaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastrik, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat dinyahaktifkan menerusi proses penapaian. Antara produk daripada kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

Namun, bagi sesetengah produk soya, contohnya air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun pada kuantiti yang sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains dan Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tetapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Sebatian kimia ini kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Dengan kata mudah, ia seolah-olah menggalakkan bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadamkan phytoestrogen daripada kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormon tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

  1. komponen yang aktif secara biologi yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan.
  2. komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan simptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
  3. phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.
  4. rantaian hemaggluttin inilah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuelnya


Pautan lain: 
Bahaya Soya Kepada Kesihatan I
Kesan Soya
Soya Adalah Bahaya Kepada Kesihatan

Monday, May 30, 2011

Artikel - Mengapa Dadu Ada 6 Permukaan?

Gambar ihsan: Yahoo Images, Polyhedral Dice


Assalamualaikum...

Jika kita ingin bandingkan setiap bentuk objek yang ada, tidak kiralah segiempat, segitiga, rombus, bulatan atau poligon, terfikirkah kita akan bentuk yang paling sempurna atau dengan kata lain - ideal?


Sebenarnya tidak banyak bentuk yang sesuai untuk memenuhi keperluan para pemain bagi sesebuah permainan yang melibatkan pergerakan pada petak-petak seperti Monopoly, dam ular, ataupun permainan dalam perjudian (sekadar menyebut beberapa jenis). Jadi, bentuk segiempat sama dipilih dan dijadikan dadu bagi menentukan pergerakan pemain dalam petak permainan yang dimainkan.

Bentuk segiempat sama mempunyai enam permukaan yang sama saiz dan bentuknya, serta mempunyai bucu dan sudut yang sama yang bertemu pada sudut yang sama. Ciri-ciri binaan bentuk segiempat sama ini memberikan kelebihan peluang 'pendaratan' yang sama rata ke atas mana-mana permukaannya ketika sesuatu permainan berlangsung.


Kiraan matematik memudahkan kita untuk bermula, dengan menyediakan set bentuk-bentuk yang dikenali sebagai bentuk Platonik. Bentuk Platonik ialah bentuk yang terdiri daripada permukaan yang rata dengan bentuk dan saiz yang sama, dengan penjuru yang mempunyai jumlah bucu yang sama yang bertemu pada sudut yang sama. Terdapat lima jenis bentuk yang kelihatan sama yang luar biasa dan menarik apabila dilihat iaitu bentuk segi empat, tetrahedron seperti piramid, kiub dengan enam sisi, oktahedron dengan lapan sisi, dodekahedron dengan 12 sisi, ikosahedron dengan 20 sisi. Sebagai tambahan kepada ciri-cirinya, keunikannya, namanya yang agak pelik, kepelbagaian ciri simetrinya menjadikannya permulaan yang baik untuk membuat dadu. 

Selepas dipertimbangkan, didapati bentuk kiub memberikan lebih banyak kelebihan berbanding bentuk Platonik yang lain. Bentuk kiub lebih mudah dibentuk dan dipotong berbanding bentuk-bentuk lain kerana aspek kerataan bagi penjuru dan permukaan segi empatnya boleh disemak. Tidak sebagaimana polihedron yang lain, tiada ruang dibazirkan pada bentuk ini. Bentuk lebih kompleks lebih sukar untuk dibentuk, diputar (ketika bermain) dan tidak diperlukan ketika bermain. Enam atau sebelas (jika dua dadu diputarkan dalam satu permainan) kebarangkalian sudah memadai bagi kebanyakan permainan.

Artikel - Membasuh Cerek Lusuh Menggunakan Minuman Berkarbonat

Credits to: - 
Gambar ihsan: email


Assalamualaikum...

Di sini ditunjukkan caranya. Mudah sahaja. Anda boleh gunakan apa sahaja minuman berkarbonat tidak kiralah apa jenama pun. Contohnya, 7-Up ataupun Coca-cola.


Cerek yang ingin dibasuh

Letakkan cerek berkenaan dalam sebuah bekas yang diisikan dengan air berkarbonat. Untuk lebih mudah, beli sahaja minuman berkenaan dalam pek saiz besar. Biarkan cerek berkenaan direndam selama sehari atau lebih.

Basuh cerek berkenaan dengan air dan pencuci (dishwashing liquid) seperti biasa.


Pautan lain: Membasuh buah anggur menggunakan Colgate

Thursday, May 26, 2011

Artikel - Kereta Konsep: Lexus LF-Gh Hybrid

Credits to: Yahoo Autos, Blog Serius
Gambar ihsan: Yahoo Autos


Assalamualaikum...










Kereta konsep ( Bhgn I dan Bhgn II)

Artikel - 2012 Lamborghini Aventador LP700-4

Credits to: Yahoo Autos
Gambar ihsan: Yahoo Autos


Assalamualaikum...






Kereta Lamborghini Aventador LP700-4 ini adalah yang terbaru keluaran Lamborghini, untuk tahun 2012. Jentera ini dipamerkan di 81st Geneva International Motor Show in Geneva, Switzerland, pada 2 Mac 2011 yang lalu.

Pautan berkaitan:
2011 Geneva Auto Show
Lamborghini Aventador LP700-4
Lamborghini Ankonian

Wednesday, May 25, 2011

Artikel - Allah Suruh Bertudung

Credits to: email
Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum....



Beberapa kali membaca terjemahan ayat 59 dari surah al-Ahzab, tidak ada yang samar atau meragukan. Bunyinya begitu lunak dan berhikmah sekali, kerana perintah itu disandarkan atas Nabi SAW terlebih dahulu, walaupun sasarannya memang untuk orang beriman sekaliannya. Cukup kuat untuk dipegang sebagai hukum; perintah suruh, bukan galakan atau sekadar anjuran kerana ia tidak disertakan dengan perkiraan tolak-ansur – kalau rasa boleh buat, buatlah. Kalau rasa tidak boleh, tidak payah. Kalau takut diganggu, pakailah. Kalau rasa tidak diganggu, tidak payah pakai. Samalah dengan perintah puasa umpamanya –

“…mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: ayat 183)

Kalau tidak mendapat taqwa? Tidak perlulah berpuasa? Atau kalau sudah mendapat taqwa…tidak payah berpuasa lagi? Bukan begitu. Jadilah seorang Islam yang benar-benar boleh memberi manfaat kepada orang Islam yang lain. Suatu masa dahulu ada satu golongan manusia yang suka sangat dengan tabiat putar belit iaitu kaum Bani Israil. Banyak sungguh dalihnya. Sehinggakan perihal seekor lembu pun hendak dipersoaljawabkan (surah al-Baqarah). Akhirnya terpaksalah bersusah payah menjelajah dari desa ke pekan, dari pekan ke hutan untuk mencari lembu yang dimaksudkan. Padahal, jika mereka menerima perintah dengan taat dan lapang hati, semuanya akan menjadi mudah. Tetapi sikap yang berdolak-dalih dengan niat kononnya apabila mereka meminta keterangan lebih khusus berkenaan lembu yang ingin disembelih, pasti tidak ada lembu seperti dimaksudkan. Maka terlepaslah mereka daripada perintah itu. Namun, muslihat kaum Bani Israil itu tidak berhasil. Allah lebih tahu isi hati mereka. Lalu diberitahulah ciri-ciri lembu terpilih yang mesti mereka cari. Asalnya kerja yang mudah, bertukar menjadi payah lagi menyukarkan. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka. Dalam surah al-Ahzab ayat 59, Allah SubhanAllah Wa Taala berpesan kepada Nabi SAW,

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri engkau, kepada anak-anak engkau yang perempuan dan kepada sekalian wanita dari kaum Muslimin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab atas diri mereka. Demikianlah supaya lebih mudah orang mengenal mereka, maka tidak disakiti (diganggu) orang akan mereka.” (Surah al-Ahzab: ayat 59)

Mengikut terjemahan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, perkataan ‘jalaabiibihinna’ diterjemah sebagai “…pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar)…”. Tetapi jika merujuk kepada maknanya lebih khusus, berasal dari perkataan ‘jilbab’. Menurut Kamus Dewan,  jilbab bererti pakaian longgar termasuk kerudung ataupun tudung yang memenuhi keperluan menutup aurat wanita, selain muka dan tapak tangan. Ini membawa makna, memakai tudung bukan perintah sunat yang boleh dibuat dan boleh tidak. Dikira tidak sah solat seorang wanita yang tidak memakai tudung, biarpun dia mengenakan jubah yang labuh meleret ke tanah. Nabi SAW menegaskan,

“Allah tidak akan menerima solat wanita yang telah berusia baligh kecuali dengan memakai tutup kepala.” (Riwayat Abi Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Sofiyah binti Harith dari Aisyah r.ha)



Di dalam kitab ‘Muhimmah pada ilmu hadis Nabi SAW karangan Syeikh Abdullah bin Abdur Rahim Fathani yang membicarakan tentang kewajipan serta tanggungjawab seorang isteri, ada menyatakan, “Dan jikalau derhakanya dengan sebab keluar rumah maka dipandang oleh lelaki yang lain akan rambutnya nescaya digunting rambut kepalanya di dalam api neraka. Demikianlah berbagai-bagai seksaan kerana berbagai-bagai derhakanya.” Pada baris berikutnya diselitkan secebis anekdot Nabi bercerita kepada Saiyidina Ali k.w. dan Saiyidatina Fatimah r.ha. tentang pengalaman Rasulullah SAW pada malam baginda dimikrajkan. Nabi SAW melihat wanita-wanita daripada kalangan umat baginda sedang diseksa dengan seksaan yang amat dahsyat. Ada yang digantung dengan lidahnya dengan dituangkan api neraka ke dalam mulutnya.  Ada yang digantung dengan rambutnya sehingga mendidih otak di kepala. Ada yang digantung dengan buah susunya dan disumbatkan buah zakum ke dalam mulutnya. Ada yang digantung dalam keadaan dia memakan daging dirinya sendiri, manakala di bawahnya pula dinyalakan api. Bermacam-macam lagi bentuk seksaan dipertontonkan kepada Nabi SAW. Satu daripada bentuk seksaan yang dipertontonkan ialah perempuan yang digantung rambutnya hingga mendidih otak di kepala. Dosa apakah gerangan yang diseksa sedemikian rupa? Dinyatakan dalam kitab yang sama, merujuk kepada jawapan Nabi SAW, “Adapun perempuan yang tergantung dengan rambutnya itu maka bahawa sesungguhnya ia tidak mahu menutup rambutnya daripada lelaki lain yang haram memandang dia.”

Jika ditakdirkan lahir usaha-usaha jahat cuba membatalkan peraturan yang telah Allah wartakan ini, ia menjadi ujian bagi mereka yang benar-benar percaya dan yakin. Dengan ujian sebegitu, mudah-mudahan keyakinan bertambah kuat. Sudah menjadi resam hidup, apabila ada cabaran akan bangkitlah semangat untuk membela dan mempertahankan. Andai kata, ada suara-suara sumbang mempersoalkan perintah ini, kita menerimanya secara positif dan hati terbuka. 

Keimanan dan keyakinan kita terhadap peraturan Allah sedang diuji dan dicabar. Kedengaran juga ada yang mengatakan bertudung adalah budaya Arab kuno. Islam turun di Tanah Arab. Kalaulah ditakdirkan Allah, Islam turun di Asia Tenggara atau turun di China atau turun di Eropah, persepsi terhadap tudung tentu lain pula. Suruhan ini diletakkan di bawah bab berpakaian, bab yang penting kerana pakaian boleh melambangkan agama. Umpamanya seorang lelaki yang membotakkan kepala dan mengenakan lilitan kain (pakaian) kuning seluruh tubuhnya pergi dari rumah ke rumah dengan membawa sebuah bekas meminta makanan. Apa pendapat kita terhadap lelaki itu? Beranikah kita mengatakan dia seorang Islam jika kita terserempak. Apakah reaksi spontan kita terhadap lelaki itu? Tidak kecil peranan pakaian dalam kehidupan. Ada yang mengatakan bertudung sudah menjadi trend banyak agama di dunia, lantaran orang Yahudi dan Kristian juga bertudung. Tetapi kita memakai tudung kerana mematuhi perintah Allah. Beroleh pahala juga rahmat-Nya jika dilakukan dengan hati yang ikhlas..........