MY FOLLOWERS

Sunday, February 20, 2011

Artikel - Ugut Baling Batu

Credits to: Syok
Gambar ihsan: Syok


Salam...


Bunyinya seperti ada yang memerhatikan pemanduan anda jika melalui kawasan sekitar ini. Mungkinkah ada penduduk sekitar ini akan bertindak seperti sniper membaling batu ke arah kenderaan anda jika memandu melebihi 40 km/j?   :-)

Apa pendapat anda? Jenaka? Kalau betul, macam mana??

Sumber

Kesihatan - Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah

Credits to: -
Gambar ihsan: Yahoo Images, Family


Salam...



Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antara sains adalah seperti:-
  1. Bersenam @ beriadah. 
  2. Makan pil melangsingkan badan. 
  3. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (Memang terbukti keberkesanan). Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:- 

  1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamalkan mandi pagi kebanyakannya memiliki badan yang tidak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah untuk kena sakit).  
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelakkan daripada sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
  4. Dalam kitab juga ada melarang kita memakan makanan darat bercampur
    dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu kerana dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan
    maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
  5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).


Friday, February 18, 2011

Sekadar Luahan - Dasar Pemalas!!

Credits to: Syok
Gambar ihsan: Syok


Salam.....








Sejak zaman berzaman manusia melalui kehidupan daripada zaman yang penuh kesusahan. Disebabkan kesusahan yang dilalui itulah manusia memikirkan dan mencipta pelbagai barangan dan cara untuk menjadikan kehidupan ini semakin mudah untuk dilalui. Walaubagaimanapun, disebabkan kesenangan yang sudah ada di depan mata, ada juga segelintir di kalangan manusia ini mengambil kesempatan dengan cara 'ambil mudah'. Dari sudut pandangan lain, ramai yang menggelarkan manusia sebegini sebagai PEMALAS!!  :-)


Sumber

Artikel - Tidak Boleh Memasak, Tidak Boleh Jadi Imam

Credits to: Syok
Gambar ihsan Yahoo Images


Salam...


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tidak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak, siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya, saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.




Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.




Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak, disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah hebat dan boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.Ternyata ramai yang menjawab tidak yakin menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.




Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki?!


Sumber

Artikel - Di Padang Mahsyar

Credits to: - 
Gambar ihsan: Yahoo Images


Salam...


Di Padang Mahsyar Allah menghimpunkan seluruh makhluk bernyawa terdiri daripada manusia dengan keadaan hina. Binatang liar yang garang jadi tunduk dan merendahkan kepalanya. Begitulah juga syaitan-syaitan dan iblis yang bongkak sombong semasa di dunia tetap merendahkan diri dengan rasa hina.

Setelah semuanya berkumpul, tiba-tiba bertaburanlah segala bintang-bintang yang ada di atas kepala mereka. Matahari dan bulan pun terus menjadi gelap gelita, maka gelaplah seluruh Padang Mahsyar masa itu segelap-gelapnya. Kemudian mereka mendengar satu bunyi yang amat dahsyat dari pihak atas. Rupa-rupanya langit yang setebal 500 tahun perjalanan itu tiba-tiba pecah dan keluarlah malaikat dari pecahan itu dan mengucap taqdis kepada Tuhannya. Maka himpunan makhluk itu terkejut yang amat sangat kerana melihat jasad malaikat yang amat besar dan gagah itu.

Di kala itu, matahari didekatkan kepada kepala manusia. Bertambah-tambahlah rasa panas di samping panas himpitan manusia yang sangat ramai dan padat itu. Sedangkan di tempat itu tidak ada apa-apa pun perlindungan Arasy tetapi untuk mereka yang baik-baik, terdiri daripada para Rasul, Nabi-nabi, dan wali-wali. Bertahun-tahun mereka dihimpunkan di dalam keadaan bersesak-sesak dan berhimpit-himpitan itu dalam keadaan tiada ruang lapang. Sehinggakan tapak kaki sesetengah mereka berada di atas tapak kaki orang lain. Oleh kerana terlalu panas, mereka berasa sangat dahaga sehingga dirasakan seolah-olah putus batang leher dan peluh melimpah dengan banyaknya. Begitu banyaknya peluh sehinga menenggelami mereka, mengikut amalan masing-masing.

Berkekalanlah himpunan manusia dalam keadaan demikian selama beribu-ribu tahun, hingga terdengar satu suara pukulan yang amat kuat, yang menambahkan lagi rasa takut dan gerun dengan suara itu. Pada mulanya mereka menyangka azab akan turun lagi tetapi yang mereka lihat lapan malaikat turun dari lagit membawa 'Arasy-Ar-Rahman' yang amat luas sambil para malaikat itu bertasbih memuji Tuhannya yang amat kuat sekali. Arasy itu diletakkan di atas Bumi Mahsyar dengan besar dan gagahnya. Ada TUJUH golongan manusia yang diberi peluang duduk di bawah lindungan Arasy tersebut:

  1. Golongan raja/ pemerintah yang memerintah dengan adil.
  2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah.
  3. Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
  4. Lelaki yang dipujuk oleh perempuan untuk melakukan zina tetapi ia menolak dengan katanya, "Aku takut akan Allah Tuhan semesta alam".
  5. Lelaki yang berzikir dan menyebut Allah di tempat sunyi (bersendirian) sehingga mengalir air matanya kerana takut dan gentarnya kepada Allah S.W.T.
  6. Lelaki yang begitu ikhlas bersedekah sehinga apa yang di hulur oleh tangan kanannya tidak diketahui oleh tangan kirinya.
  7. Lelaki yang hatinya sentiasa ingat kepada masjid untuk beriktikaf dan mengabdikan diri kepada Allah.
  
Wallahualam...

Wednesday, February 16, 2011

Artikel - Kasih Sayang Allah Buat Hamba-hambaNya

Credits to: - 
Gambar ihsan:  Yahoo Images, Family

Salam...

Dunia ALLAH jadikan cantik pada pandangan mata. Ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagiaan - rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan yang lazat-lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya. Ada yang dapat memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, boleh bertukar ganti pakaian selalu, makan makanan yang enak-enak. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut.





Apakah maksud ALLAH tidak memberi dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-Nya? Walhal tentulah setiap hamba itu mendapat kasih sayang ALLAH, kerana setiap yang ALLAH jadikan, ALLAH kasih melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Tapi takdir yang ditentukan ALLAH tetap tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri.

Kasih sayang ALLAH akan dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang dapat tunduk kepada takdir ALLAH. Sama ada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya ditakdirkan mejadi miskin, dia tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hamba-Nya. Kalaulah takdir yang ditentukan itu baik, maka di sinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain.

Kalaulah ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih hampir kepada ALLAH dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya.






Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmat-Nya. ALLAH akan hiburkan dengan dikurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri pada ALLAH.

Dia cukup yakin ALLAH itu Maha Bijaksana. Maha Suci ALLAH dari tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hamba-Nya. ALAH Maha Adil , oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adil-Nya. Justeru itu akan membuatkan hatinya makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hatinya dengan ALLAH. 






Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan ALLAH. Seolah-olah menganggap ALLAH tidak tahu kehendak hatiya. Walhal kerana Maha Tahunya ALLAH, yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan si hamba takdir itu tidak baik, tetapi kalau dia betul-betul berserah diri pada ALLAH dia akan mendapat keuntungan daripada takdir itu.

Sebaliknya kalau seseorang yang direzeki dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang Memberi. Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada jauh dari ALLAH disebabkan kelalaiannya.





Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan ALLAH terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Walhal apa diuntukkan ALLAH kepada seorang hamba-Nya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hamba-Nya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.

Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir ALLAH sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan ALLAH itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia. Mana-mana yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak seronok, dikatakan tidak baik.






Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu yang tidak lain hanya mengajak kita menjadi engkar dan memusuhi ALLAH. Ikutilah nilaian dan ukuran ALLAH.

Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita.
Untungnya kerana ia boleh menghampirkan diri kita dengan ALLAH.