MY FOLLOWERS

Tuesday, March 4, 2014

Artikel - Budak Menangis Dengan Sebab Yang Mengarut..hahaha

Kredit kepada: Reshareworthy
Gambar ihsan: Reshareworthy



Assalamualaikum.....

Seperti juga dalam artikel berkenaan, penulis juga sukakan golongan si kecil ini. Apatah lagi bila melihatkan keletahnya yang adakala menghiburkan, lebih baik daripada mendengar gelak ketawa rakan sebaya. Seronok. Namun itulah hakikatnya bila sudah ada si kecil tinggal bersama, cuma kena faham fikiran mereka tidak seperti golongan kita yang dikira 'sudah tua bangka' ini kerana mereka menangis atas banyak sebab yang dikira mengarut pada pandangan kita. 


Dah bagi daahhh! Tuuu.. kat belakang!  :-D



Adik ko relax jerr... hahaha


Kan dah cakap, orang taknak gi mana pun.. *siighh!*


Nak conquer dia sorang jerr...







KLIK SINI untuk lebih banyak foto... hahahaha

Artikel - Bayi Peluk Ibu :-)

Kredit kepada: Reshareworthy
Gambar ihsan: Reshareworthy



Assalamualaikum.....

Pengalaman berharga buat mereka yang baru dan bakal bergelar PARENTS!





KLIK SINI atau SINI untuk ke pautan berkaitan.

Kesihatan - Menggunakan Dinding Sebagai Medium Senaman

Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Shine



Assalamualaikum.....



Kaedah tanpa sebarang peralatan mahal untuk dapatkan bentuk tubuh idaman anda. Dengan hanya menggunakan dinding di rumah anda sebagai medium, apa yang anda perlukan hanyalah kaedah untuk melakukan senaman ini. Gunakan kaedah ini untuk mencantikkan dan membentuk perut, pinggul, peha, lengan dan seluruh badan anda. 










KLIK SINI untuk mengetahui lanjut tentang kaedahnya.

Kesihatan - Khasiat Kubis Untuk Turunkan Kolesterol

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....



Tahukah anda bahawa kubis mengandungi banyak zat di dalamnya dan baik untuk kesihatan tubuh badan terutamanya bagi mengelakkan penyakit kanser.

Pelbagai khasiat antikanser yang terkandung dalam sayuran ini iaitu klorofil, vitamin E dan C. kandungan sulfur di dalam kubis juga membantu membuang sisa alkohol dalam darah.

Kubis juga bauk digunakan untuk mengubati penyakit kulit iaitu dengan mengisar daun kubis kemudian dilumur ke kulit bermasalah. Bagi perubatan dalaman, kubis bolhe mengubati penyakit kanser dengan mengamalkan pengambilan sayuran ini sama ada dimasak atau dimakan mentah sebagai ulam.

Antara manfaat kubis ialah menurunkan risiko gangguan jantung dan angina ahmar, mengurangkan risiko kanser usus besar, penyembuhan bisul dan meningkatkan sistem pencernaan. Kubis juga berguna untuk menurunkan kadar kolesterol.


SUMBER asal.

Sekadar Luahan - Green

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....

Rehat-rehatkan minda sekejap.....




Sekian..

Paranormal - Misteri Volkswagen Kuning

Kredit kepada: Kisah Best
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Sejak lebuh raya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ”Volkswagen Kuning” arahan Shahidan Kassim. Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.

Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning .


Cerita Kedua: Oleh Bahtiar

Sekadar mengimbau kembali peristiwa aku dengan adik aku penah bertembung dengan Volkswagen kuning pada tahun 2000 dahulu. Waktu itu sekitar pukul 12.00 malam. Aku dalam perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang untuk menjenguk isteri yang sedang berpantang di sana.

Seingat aku sewaktu turun bukit selepas tol Jelapang dan selepas terowong itu, aku ambil lorong sebelah kiri sahaja, sebab memandu secara perlahan.

Tiba-tiba di belakang kereta aku ada sebuah kereta lama. Aku memang tidak perasan pun entah bila kereta tersebut ada berdekatan belakang keretaku. Jadi aku tidak endahkannya. Tiba-tiba dia berikan lampu dongak…klip klip sahaja. Maklumlah kereta lama lampu dongaknya pun bukannya cerah. Ingatkan pada mulanya kereta tersebut menghadapi masalah dengan lampunya.

Aku buat tidak tahu sahaja. Aku rasa dia sudah mainkan lampu dongaknya dalam 10 minit. Aku sudah terasa cuak juga, ingatkan orang jahat yang sengaja mahu kenakan aku.

(Masa itu pun tak tahu lagi cerita pasal hantu Volkswagen Kuning ni)

Jadi tidak timbul rasa takut. Selepas itu aku nampak pada cermin belakang kereta kuning itu mahu memotong kereta aku. Lantas aku biarkan sahaja dia memotong sebab mahu tenguk juga muka orang dalam kereta itu.

Bila dia potong saja, memang jelas kereta Volkswagen warna kuning tetapi pemandunya memang tidak kelihatan pun. Mungkin sebab malam. Memang laju juga pemandu tersebut memandu.

Memang aku pun tidak syak apa-apa lagilah. Selepas itu, aku pun sembang-sembanglah dengan adik aku sebab ingin hilangkan rasa mengantuk. Aku rasa adalah dalam 10-15 minit. Tiba-tiba kereta tadi ada di belakang kereta aku semula. HAHHHH!!!! Terkejut aku. Adik aku pun cuak juga ketika itu. Aku pun tanyalah adik aku.

”Bila masa pulak kita potong kereta tu tadi?” Adik aku kata mana ada potong sebab kita berada di lorong sebelah kiri sahaja dari tadi. Aku dengan adik aku semakin cuak!

Kereta itu masih berterusan memberikan lampu dongak. Aku beritahu adik aku “Ni kompom orang jahat nak pekena kita ni” Maka aku suruh dia bersiap sedia manalah tahu kalau terjadi apa-apa. Kemudian dia potong kereta aku sekali lagi. Aku nekad untuk tengok betul-betul rupa si pemandu kereta kuning itu. Rupa-rupanya … tiada pemandu! Tidak nampak pemandunya sebab cahaya daripada lampu kereta yang datang dari arah bertentangan terpantul ke dalam kereta Volkswagen itu.

Memang sah tidak ada orang.. FUHHH!!! Gerun juga aku! Aku pun beritahu adik aku supaya buat tidak tahu sahaja, seperti tiada apa yang berlaku.

Sampai sahaja di rumah ibu mertua aku, aku terus certiakan dengan bapa saudaraku yang aku diganggu ketika memandu di lebuh raya tadi. Dia cuma cakap “Takde apa-apa tu..esok sajalah aku cerita”

Hahhh… mungkin sebab hari sudah pun lewat malam dan dia tidak mahu aku terbawa-bawa cerita itu. Keesokannya barulah dia ceritakan pada aku tentang kisah sebenar mengenai kereta Volkswagen kuning itu.


Sumber : Idanradzi



KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.