MY FOLLOWERS

Tuesday, January 28, 2014

Hidupan Liar - Penemuan Pelik dan Baru 2013

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Entah berapa banyak lagi hidupan baru uang ditemui. Apa yang dipaparkan di sini hanya sebahagian, banyak lagi spesis dengan rupa yang pelik-pelik turut dipaparkan dalam akhbar sebelum ini. Ada yang mengerikan, ada yang mengejutkan. Hmmm.....


Burung kakak tua yang boleh buka kunci (?)

Jerung putih yang berenang dari Carolina Utara ke Newfoundland

Blobfish

Lalat pemakan bangkai

Sotong gergasi di habitat semulajadinya

Oarfish

Katak terkecil di dunia, panjang 7mm

Katak berwarna coklat

Labah-labah yang buat 'barang palsu' atau decoy

Olinguito



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sunday, January 26, 2014

Seni & Kreativiti - Bentuk Daripada Kepingan Makanan

Kredit kepada: Yahoo Food
Gambar ihsan: Yahoo Food


Assalamualaikum.....

Seorang jurufoto, Brock Davis meskipun terkenal sebagai pengarah kreatif bagi iklan di internet, dikatakan ada satu sikap yang sedikit pelik namun kreatif bila ada idea berkenaan makanan.











KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Petua - Rawat Resdung

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org



Assalamualaikum.....




Ambil 2 biji buah pinang yang sudah masak. Kemudian, ambil bahagian kulitnya sahaja. Potong dan hiris kulit buah pinang hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tersebut dan sedut asapnya.

Artikel - Kes Tak Boleh Berhenti Merokok (Hahaha!) :-D

Kredit kepada: Syok.org
Gambar ihsan: Syok.org


Assalamualaikum....


Isteri : "Abang! Dah berapa kali saya cakap, jangan merokok di dalam rumah. "

Suami : "Iya abang tau sayang"

Isteri : "Jadi, kenapa masih merokok lagi? Bukankah elok duit itu disimpan"

Suami : "Sebenarnya abang memang nak menyimpan duit rokok nie, tapi memikirkan kemelut yang melanda anak-anak muda kita membuatkan abang terfikir, kenapa tidak abang membantu kerajaan menanganinya. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kegiatan merokok di negara kita"


Isteri : "Membantu? Dengan membeli rokok?"

Suami : "Betul sayang, abang sebenarnya ingin sekali membakar kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia... tetapi apakan daya... itu melanggar undang-undang, maka dari itu abang mengambil keputusan untuk membakar satu-satu!"

Isteri : "@#$%%^"

KLIK SINI untuk ke sumber asal.

Artikel - 10 Kegunaan Lemon Dalam Rumah Selain Dimakan

Kredit kepada: Yahoo Homes
Gambar ihsan: Yahoo Homes


Assalamualaikum.........

Tahukah anda lemon selain dimakan, boleh juga digunakan untuk tujuan lain?


Bersihkan kotoran pada bekas plastik 

Bersihkan saluran sinki, dengan campuran jus lemon dan soda penaik diikuti dengan air panas.

Membuang kesan gam pada permukaan.

Kilatkan bahagian krom barangan dapur

Bersihkan perabot kayu antik. Campurkan minyak zaitun dan jus lemon dengan nisbah 2:1 dan gilapkan pada perabot. 

Bersihkan kesan daripada pakaian.

Membuang karat pada tembaga

Mengembalikan fungsi berus. Caranya didihkan beberapa cawan jus lemon ini dan rendamkan berus selama 15 minit.

Menjadikan bahagian dicat kalis serangga (insect resistant)

Hilangkan kotoran pada kaca. Renjiskan jus lemon panas/suam pada kaca dan biarkan beberapa minit dan bersihkannya.


Lepas ini, bolehlah cuba.


KLIK SINI untuk artikel penuh.

Hidupan Liar - Haiwan Liar Dalam Kandungan (3D Scan)

Kredit kepada: Viralnova
Gambar ihsan: Viralnova


Assalamualaikum....

Biasanya kalau pergi ke mana-mana hospital atau klinik untuk lihat gambaran imbasan (scan) si kecil dalam kandungan, gambar biasanya bintik-bintik dan hitam putih sahaja. Versi 3D adalah satu teknologi baru digunakan untuk lihat bagaimana rupanya dalam kandungan. Bagi manusia, imbasan secara 3D boleh dilakukan kalau anda mampu membayar caj dikenakan pihak berkenaan yang 'berpatutan'. Tentang teknologi ini, bukan setakat manusia, teknologi sama juga digunakan untuk lihat rupa anak haiwan ketika dalam kandungan ibunya, sama ada haiwan berkenaan yang melahirkan atau yang menetaskan telur.

Seorang penerbit, Peter Chinn menggunakan kombinasi imbasan ultrabunyi secara dimensi, kamera saiz mini, dan grafik komputer untuk membentuk imej beberapa embrio dalam kandungan haiwan untuk dokumentari National Geographic yang pernah disiarkan beberapa tahun yang lalu. 















KLIK SINI untuk artikel penuh.