MY FOLLOWERS

Monday, September 30, 2013

Berita - Kucing Bakal Ke Bulan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum.....

Berdasarkan satu kenyataan media, Iran memutuskan bahawa kucing Parsi merupakan calon terbaik mereka bagi haiwan yang bakal dihantar ke angkasa lepas yang diharap bakal dilaksanakan menjelang 2020. 

Ia bakal mengikuti jejak langkah haiwan sebelumnya iaitu anjing dan monyet yang pernah mengikuti program angkasa lepas Amerika Syarikat dan Soviet pada 1960-an dahulu.  Pegawai angkasanya, Mohammad Ebrahim memberitahu agensi berita IRNA misi ini boleh dilaksanakan pada Mac tahun depan namun tarikh pelancaran sebelumnya dibatalkan tanpa sebarang penjelasan. Pengumumannya mencetuskan kemarahan pertubuhan yang membela nasib haiwan, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).


Angkasawan: Lepas dah setel dengan anjing dan monyet, lepas ni giliran kau pulak..
Meow: Proceed...

Program angkasa Iran menarik perhatian Barat yang mengesyaki ia berselindung di sebalik cubaan untuk menguasai teknologi yang diperlukan untuk membawa kepala peledak nuklear, namun pihak Iran menyangkalnya. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.





Artikel - Amaran Produk Salah Eja

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner




Assalamualaikum.....

Hahh..bosan betul. Kali ini lagi teruk sebab baru-baru ini penulis temui pula satu produk dari China dengan banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa. Bukan sepatah perkataan tetapi seluruh notis yang ditulisnya. Tengoklah sendiri pada garisan merah.



 Banyak giler salah...hahahaha


Tidak hairan kenapa bahasa Inggerisnya pun ditulis secara alibaba sahaja sebab laman webnya pun dari alibaba juga. Hahahaha :-D

Thursday, September 26, 2013

Kesihatan - Makan Cincau

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Selalunya kalau melepak di warung-warung, biasa juga memesan minuman dengan cincau. Itu cuma sekadar mahu beralih selera atau suka-suka tanpa tahu satu apa pun tentang khasiatnya. Namun setelah terbaca satu testimoni yang diletakkan di laman FB sebelum ini, rasa tertarik juga untuk ketahui apakah khasiatnya dan yang paling penting dari mana sumber cincau ini...

Cincau adalah gel seperti agar-agar yang diperoleh dari perendaman daun (atau organ lain) tumbuhan tertentu dalam air. Gel terbentuk kerana daun tumbuhan tersebut mengandung karbohidrat yang mampu mengikat molekul-molekul air. Kata “cincau” sendiri berasal daripada dialek Hokkian iaitu sienchau yang lazim dilafalkan di kalangan Tionghoa. Cincau sendiri di bahasa asalnya sebenarnya adalah nama tumbuhan (Mesone. spp.) yang menjadi bahan pembuatan gel ini. Cincau paling banyak digunakan sebagai komponen utama minuman penyegar. Kalau di Malaysia, biasa diletakkan dalam ABC, sirap cincau, laici cincau, dsb. Anda boleh dapati sendiri di mana-mana. Dilaporkan juga cincau memiliki kesan penyejuk serta penyeluruh.

KLIK SINI untuk ke sumber asal.


Sumber cincau ini datangnya daripada tumbuhan seperti
  • Tumbuhan dari kelompok Mesona, terutama M. procumbens, M. chinensis yang banyak dihasilkan di Tiongkok di bahagian selatan serta Indocina, atau M. palustris yang banyak digunakan di Indonesia, bagi menghasilkan cincau hitam.
  • Cylea barbata Myers atau cincau hijau, menghasilkan cincau berwarna hijau dan agak lebih padat konsistensinya.
  • Melasthoma polyanthum atau cincau perdu.
KLIK SINI dan SINI untuk selanjutnya..

Daun cincau hijau mengandungi sejenis zat dikenali sebagai senyawa dimetil kurin-1 dimetoidida. Zat ini bermanfaat untuk mengendurkan otot. Senyawa lain seperti isokandrodendrin dipercayai mampu mencegah sel tumor ganas. Cincau juga mengandungi alkaloid bisbenzilsokuinolin dan S,S-tetandrin yang mampu mencegah kanser ginjal, antiradang, dan menurunkan paras tekanan darah tinggi.


Jurusan Teknologi Pangan dan Gizi IPB menyatakan cincau mengandungi antioksidan dan mampu mematikan sel kanser. Hasil penelitian mendapati pemberian ekstrak daun cincau, khususnya cincau hijau pada tikus makmal membuktikan ia dapat membunuh sel-sel kanser.


Potensi cincau juga diuji dengan cara dipaparkan pada empat jenis sel kanser, iaitu sel kanser darah (leukemia), kanser pangkal rahim, peparu, dan payudara. Ekstrak daun cincau ternyata mampu secara mengagumkan membunuh sel kanser darah (leukemia) sebanyak 55-90%. Sementara kemampuan cincau membunuh sel kanser lain sehingga 60%. Hal ini menunjukkan cincau hijau mengandungi komponen bioaktif pembunuh sel kanser.

Ia juga dikatakan mempunyai banyak khasiat, antaranya sebagai penawar bagi merawat penyakit seperti demam, panas dalam, diarhea, sakit perut, penyakit Vertigo, gangguan pencernaan,  membersihkan organ daripada zat karsinogen, radang, hipertensi, menurunkan paras darah tinggi,  selain turut berperanan merawat kanser, sakit jantung dan strok.  

KLIK SINI untuk ke sumber asal.





KLIK SINI dan SINI untuk baca testimoni pengguna dan SINI untuk resipi cincau.



Artikel - Sanggup Bayar Walaupun Mahal Nak Mampuss!

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Kereta ini dahulunya adalah sebuah kereta yang pernah memenangi kejohanan grand prix sekitar 1954/55. Merupakan sebuah Mercedes-Benz W196 R Silver Arrow, disifatkan kereta pada zaman keemasan bagi Mercedes-Benz. Pada waktu itu, kereta ini menyapu bersih semua hadiah kemenangan menjadikannya contoh yang paling cemerlang dalam bidang kejuruteraan dalam sejarah syarikat pengeluarnya. Daripada 14 buah yang dibina, hanya 10 yang masih wujud sehingga kini. 6 buah berada dalam tangan pihak Mercedes, 3 buah dalam pinjaman tetap sebuah muzium dan hanya sebuah dan satu-satunya dimiliki orang awam.






KLIK SINI untuk artikel penuh.

Sekadar Luahan - Perangai Suka Letak Barang Merata-rata! Menyampahh!!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images



Assalamualaikum..... 

Ahh! Serabut!



Sekejap jumpa, kemudian lupa, kemudian hilang! Ini satu perangai yang sangatlah menyusahkan diri sendiri dan orang lain! Geram tak usah dikata, sudah berpuluh kali diberitahu pun hasilnya masih sama. Macam bercakap dengan orang yang tersumbat telinganya! Sekali nak, sekali tanya. Tidakkah terasa jenuh?! Bosan lagi ada! Barang tu ada kat mana?, ada nampak tak benda tu?, ada ambik tak benda tu? dan macam-macam lagilah yang ditanya sampai sudah naik muak dengan perangai ini. 

Kalau ikutkan hati, asal nampak sahaja barang dipegang dicampak sahaja ikut suka setiap kali balik dari mana-mana, mahu sahaja dicampak dalam tong sampah! Kalau ditanya, bolehlah dengan senang hatinya kata entaahhh, tak tahulah.. Pandai-pandailah sendiri tanggung akibat perangai sendiri. Ada pula telefon bimbit yang sampai sekarang masih tidak ketemu sedangkan ia ada dalam rumah. Sebabnya, letak merata-rata, dan lagi teruk ia ada dalam mod senyap. Tak ke haru??!

Oleh sebab tidak tahan sangat dengan perangai segolongan manusia ini, ada sekali penulis jadi sungguhlah emosional! Sudahlah balik petang dengan penat dan tekanannnya, dibuat hal pula bila alat kawalan tv letak entah ke mana! Geram betul! Habis macam-macamlah bebelan yang keluar dengan rasa tidak puas hatinya! Pot-pet-pot-pet macam mak nenek. Puas dicari dan akhirnya jumpa juga, tetapi disebabkan rasa bengang belum hilang maka alat kawalan tv turut jadi mangsa bila ia ditambat pada meja tv, macam kambing kena ikat pada tiang tepi kandang! 

Tidak bolehkah amalkan letak barang setempat sahaja? Bila-bila masa mahu ambil tidak perlu tanya orang barang itu ini ada di mana dan boleh terus ambil. Bongok betul!

Tuesday, September 24, 2013

Artikel - Kes-kes Yang Sungguh Menglembu! :-D

Kredit kepada: FB,
Gambar ihsan: FB, Owner, Google Images

 


Assalamualaikum.....

Baru tadi membaca mengenai satu artikel mengutuk kenaikan harga gula di FB. Sebelum ini sudah disiarkan artikel di akhbar mengenai perkara ini kononnya untuk mengurangkan subsidi gula dan mencegah diabetes. Entah apa sebabnya dikatakan lembu bercakap...


Paling tak tahan sebab di bahagian bawahnya ada gelak! Hahaha!


Ini satu lagi kes dengan lembu!





Baca betul-betul ... Kali ini marah dengan pihak lain sebab kelajuan internet pula dituduh macam lembu..






Japp jap..giliran penulis pula gelak!




Hahahahaha!!