MY FOLLOWERS

Tuesday, September 24, 2013

Hidupan Liar - Howl Serigala Untuk Panggil Pasangan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan:
Yahoo News
 

Assalamualaikum.....




Saintis Australia mendapati bunyi laungan serigala apabila terpisah daripada kumpulannya sebagai luahan perasaan memanggil pasangan. Pengkaji di Pusat Sains Serigala dan University of Veterinary Medicine, Vienna, membuat pemerhatian bagi menentukan sama ada ia disebabkan tekanan akibat terpisah daripada kumpulan yang penting, tahap sosial atau tarikan kepada pasangan. 

"Hasil kajian mencadangkan hubungan sosial menjelaskan lebih banyak variasi dalam sifat laungannya daripada keadaan emosi." kata Friederike Range, ketua penulis kajian yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology.

Serigala akan melaung apabila ia ada hubungan istimewa dengan ahli kumpulannya. Dalam tahun-tahun sebelumnya, saintis telah merekodkan banyak kes berkaitan emosi haiwan seperti empati, kasih sayang, murah hati.


KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Artikel - Bolehkah Felat Difulihkan..?

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....


Soalan:Lidah saya boleh dikatakan tebal dan pendek.  Oleh kerana itu saya tidak dapat menggetarkan lidah yang mana ia sekali gus membuatkan saya menjadi pelat. Apakah ada penyelesaian untuk keadaan ini? Setiap hari saya berlatih untuk membuatkan lidah saya bergetar namun tiada sebarang kemajuan.
Terima kasih.

Riana, 16 tahun.

Jawapan:

Hai Riana,
Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan bahawa pelat adalah disebabkan oleh lidah yang pendek. Sebenarnya, tiada istilah lidah tebal dan pendek. Ini kerana panjang lidah untuk setiap orang tidaklah terlalu berbeza.

Pernahkah anda diperiksa oleh doktor berkaitan hal ini?

Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat.

‘Frenulum Linguae’ dapat dilihat apabila anda menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek ‘frenulum linguae’ inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan.

Penyelesaian untuk hal ini ialah dengan menjalani terapi pertuturan (speech therapy) dengan syarat, memang tiada kelainanatau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang anda hadapi ini.

Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut. Justeru, saya sarankan anda supaya mendapatkan nasihat pakar terapi pertuturan berhampiran anda.

Semoga jawapan ini dapat membantu anda.

Dr. Alan Goni
www.MeetDoctor.com



KLIK SINI untuk ke sumber asal.

Saturday, September 21, 2013

Berita - Lagi Kes Mati Hidup Semula...?

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 


Assalamualaikum.....


Sebelum ini, sudah ada kes pesakit yang diisytiharkan mati telah hidup semula selepas diberikan bantuan CPR dan dengan usaha gigih para doktor yang terlibat. Anda boleh BACA DI SINI.


Kali ini pula seorang lelaki dari Ohio berumur 45 tahun mati selepas degup jantungnya berhenti selama 45 minit. ABC News melaporkan isteri Tony Yahle mengatakan dia bangun pada pagi 5 Ogos lalu dan mendapati pernafasan Tony tidak menentu. Dia kemudian menelefon ambulans dan suaminya segera dikejarkan ke hospital. 

Pada tengahari hari tersebut, jantung Tony berhenti berdegup, dan selama 45 minit itu doktor terus berusaha memberikan bantuan ketika paparan kardiak menunjukkan hanya garis datar. Doktor mengisytiharkan dia mati tetapi anaknya kemudian datang dan merayu kepadanya supaya jangan mati. Doktor kemudian mendapati jantungnya kembali berdenyut sekali atau dua setiap minit.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

Artikel - Bau Wangi Bayi

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum.....

Adakah anda perasan atau abaikan sahaja?





Perasankah anda setiap kali kita mencium bayi, ada satu bau yang amat wangi dan mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan. Tahukah anda apakah bau itu?

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"

Hidupan Liar - Dolfin dan Luncur

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV



Assalamualaikum.....

Seorang peluncur Australia menikmati harinya meluncur yang turut disertai dolfin apabila ombak besar dan sempurna untuk meluncur. Matt Hutton, seorang jurufoto berjaya merakamkan aksi ini dengan kamera yang dipasang dengan lensa barunya. 






KLIK SINI untuk artikel penuh.

Tuesday, September 17, 2013

Seni & Kreativiti - Anugerah Fotografi iPhone 2013 (IPPA)

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Guna iPhone pun boleh hasilkan foto-foto yang menakjubkan!

iPhone Photography Awards (IPPAWARDS) ialah pertandingan fotografi yang telah dimulakan pada 2007 dan telah memilih shot terbaik daripada ribuan foto yang dihantar oleh para jurufoto iPhone daripada 38 negara seluruh dunia.












KLIK SINI untuk lebih banyak foto.