MY FOLLOWERS

Thursday, November 3, 2011

Artikel - Tabung Apakah.... ??

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum...

Berdasarkan label yang lain, sudah boleh meneka tempatnya. Pastinya mendatangkan kekeliruan jika tidak segera diperbetulkan.


Ada sesiapa mahu menderma dalam tabung ini?  :-D

Artikel - Hubungan Yang Tidak Kesampaian :-)

Kredit kepada: SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum....


Semestinya satu kesedihan dan kepedihan buat si pasangan :-D

Sumber

Wednesday, November 2, 2011

Artikel - Banyak Entri Menarik di Blog Mereka

Kredit kepada: Bloggers
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Sejak dari awal penglibatan saya dalam penulisan blog, banyak blog menyiarkan paparan berbentuk ilmiah atau sekurang-kurangnya pengetahuan semasa yang menarik. Sekiranya ada yang mengatakan saya mempromosikan blog lain, itu terpulanglah pada pendapat masing-masing. Namun, jika ditanya pada saya mengenai blog manakah yang menyediakan paparan menarik, di bawah ini saya kongsikan antara pilihan saya dan setiap satunya mempunyai kandungan bermanfaat dan pendekatan tersendiri.

Pandangan Seorang Ustaz - Menyediakan artikel berkaitan nasihat, renungan, persoalan semasa dan penjelasannya dari sudut al-Quran dan hadis. Selain menulis blog, Ustaz Emran juga turut menulis buku.

Blog Aku Stress Giler - Banyak info semasa dalam skop global. Ditulis dengan bahasa yang santai. Selain artikel bergambar, video juga disediakan.

Hasrul Hassan - Dahulunya dikenali dengan Bangku Kosong. Selain info-info ilmiah, banyak tips dan panduan untuk penulis blog dan pembaca dalam kehidupan seharian dan juga di dunia penulisan blog. Terdapat juga segmen yang boleh disertai oleh penulis blog untuk mempromosikan diri.

Lulu Caldina - Banyak info semasa selain berita, dalam dan luar negara. Selain dalam Bahasa Melayu, terdapat juga yang disiarkan dalam Bahasa Inggeris. Turut menyediakan pertandingan (contest) dengan hadiah yang menarik.

Redzuan Ridz - Banyak artikel ilmiah daripada sumber-sumber yang boleh diyakini yang ditulis dalam bahasa yang tidak terlalu panjang, ringkas dan padat.

Tulahan - Menyajikan anda dengan kisah-kisah pengajaran, dalam dan luar negara selain info menarik bagi menambahkan pengetahuan pembaca.

Telordibasuh - Versi terdahulu juga punyai banyak info menarik dan masih mengekalkan momentumnya setelah blognya diambilalih oleh penulisnya yang baru. Juga menyajikan artikel bergambar dan video.

Dapur Tanpa Sempadan - Banyak resipi masakan yang menarik boleh anda cuba di sini. Pernah mendapat liputan dalam akhbar tempatan suatu masa dahulu.

Buat pengetahuan semua, meskipun saya mengikuti perkembangan blog-blog berkenaan dari semasa ke semasa, bukanlah bermakna saya sebagai pengikut di blog mereka.

Sekadar Luahan - Ingatkan Google Jer Hampeh, Yahoo Pun Sama Jugak.....

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: -


Assalamualaikum.....

Seringkali kedengaran rungutan pengguna mengenai perkhidmatan enjin carian di Google. Nasihat saya, jangan tuding jari hanya pada sebelah pihak kerana boleh jadi pihak lain pun dua kali lima juga :-) 


Saling mengata pun tiada faedahnya .........

Tuesday, November 1, 2011

Artikel - Batman Arkham City (Bhgn 2)

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games


Assalamualaikum....




Penulis pernah menyiarkan bahagian pertama artikel mengenai permainan ini DI SINI sekitar Februari tahun ini. Sebagai berita terbaru, selain daripada Batman dan The Joker, turut didedahkan antara watak jahat lain yang turut terlibat dalam plot permainan ini ialah Catwoman, Mr Freeze, Bane, The Riddler dan The Penguin, Harley Quinn, Black Mask, dan Calendar Man. Catwoman dan Robin juga turut ditampilkan sebagai antara watak yang boleh dimainkan. Catwoman turut mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. Misi sampingannya akan memaparkan karakter susulan. Berbeza dengan watak Dick Grayson dalam filem Batman Forever, alter-ego watak Robin kali ini ialah Tim Drake yang memiliki teknik tempur tongkat dan perisai.


Plot
Selepas insiden dalam Batman Arkham Asylum, Quincy Sharp selaku warden Arkham Asylum diangkat sebagi datuk bandar Gotham City yang baru. Rancangan pertamanya ialah mendirikan pusat tahanan penjenayah yang besar iaitu Arkham City dengan kawasan yang berlipat kali ganda lebih luas bagi menempatkan segala penjenayah agar mereka dapat bergerak bebas dan saling berbunuhan. Menyedari Catwoman sendiri dalam bahaya, Batman mula bertindak dengan caranya sendiri.


Permainan

Permainan ini menyediakan watak Batman dengan teknik tempur pelbagai selain penggunaan gajet seperti Batclaw, Line Launcer dan Explosive Gel serta mod Detective bagi mengesan musuh dalam pandangan X-Ray sambil menjalankan siasatan dan analisis. Mod Predator akan membolehkan pemain memburu mangsa dalam keadaan sukar dikesan.

Terdapat juga sebanyak 400 misi sampingan iaitu teka-teki The Riddler yang memerlukan pemain mengutip pingat tersembunyi di sekitar Arkham City bagi menyelamatkan mangsa tebusan.















KLIK SINI untuk paparan penuh.


Saksikan video ini.

Hiburan - Spider-Man: Edge of Time

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar ihsan: Yahoo Games


Assalamualaikum....


Satu lagi siri permainan video Spider-Man keluaran Beenox yang dimiliki oleh Activision selepas Shattered Dimensions. Permainan video ini telah pun berada di pasaran pada 4 dan 14 Oktober 2011 yang lalu bagi pasaran Amerika Utara dan Eropah. Ulasan mengenai Spider-Man: Shattered Dimensions pernah saya tulisan dalam entri sebelum ini DI SINI. 

Jika ingin mengetahui mengenai gameplay dan sinopsis plot yang menghubungkan Peter Parker dan Miguel O'Hara, anda boleh bacanya DI SINI.

Sementara itu, saksikan dahulu foto screenshot di bawah ini yang juga daripada Yahoo Games. 









Saksikan juga video ini.


KLIK SINI untuk artikel penuh.