MY FOLLOWERS

Wednesday, September 5, 2018

Artikel - McLaren Senna Dengan Pembaharuan Gentian Karbon

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....


Kereta McLaren Senna ini telah diperbaharui dengan gentian karbon dengan nilai £390K.

Ini adalah edisi pertama di Amerika Utara. Ketika kali pertama ia dibawa ke sini bulan lalu, McLaren berbesar hati untuk mendedahkan segala perinciannya. Bagaimanapun, di sebalik semua maklumat yang mengujakan itu, harganya belum lagi diketahui atau sekurang-kurangnya beberapa pendapat mengenainya belum didengari.

Di Connecticut, The Stradman dapat merakamkan kereta ini dalam video. 










Yang istimewanya kereta ini, ia didatangkan dengan warna hijau pada bahagian luarnya, yang dicat pada badan gentian karbonnya. Warna hijau ini mengambil masa selama 1000 jam untuk disempurnakan dan boleh didapati pada 67 bahagian kereta ini, termasuk bahagian dalamnya. 

Maka tidak hairanlah harganya setinggi 500 ribu. Warna hijaunya kontra dengan putih pada kulit tempat duduk, bawah papan pemuka dan juga stereng. 

Kereta ini juga didatangkan dengan enjin V8 4.0 liter turbo-berkembar, dengan 789 kuasa kuda dan tork sebanyak 590 paun-kaki. Ia mampu memecut hingga 60 batu sejam dalam 2.7 saat. 


Kereta laju gila:  KLIK SINI   |      




Kesihatan - Saintis Dedahkan DNA Boleh Kesan Risiko Sakit Jantung

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News, Google Images


Assalamualaikum....


Saintis berjaya mendedahkan rantaian DNA yang mampu mengesan jika seseorang berkemungkinan menghidap sakit jantung.





Lebih daripada 5 juta warga Britain berisiko 3 kali menghidap sakit jantung berbanding rakan sebaya mereka. 

Itulah satu maklumat terbaru diperolehi daripada kajian yang dijalankan oleh saintis, yang boleh menyelamatkan banyak nyawa. 

Saintis Amerika mengenalpasti varian genetik dalam DNA pesakit yang meningkatkan risiko lima jenis gangguan yang biasa, menggunakan maklumat daripada pengkalan data UK Biobank. Pengumpulan sampel DNA yang unik beserta maklumat perubatan diperolehi daripada lebih 400,000 penderma. 

Hasil kajian ini membantu mereka menghasilkan 'skor risiko' yang menunjukkan sejauh mana kemungkinan pesakit bakal menghidap mana-mana satu penyakit. Kajian juga meliputi penyakit arteri koronari, fibrilasi atrial gangguan ritma jantung secara tidak normal, diabetes tahap 2, penyakit keradangan usus dan kanser payudara.

Sekitar 8% didapati berisiko lebih 3 kali ganda menghidap penyakit arteri koronari manakala yang lain adalah berdasarkan varian genetik masing-masing walapun pesakit tidak selalunya menunjukkan simptom-simptom amaran yang jelas seperti tekanan darah tinggi atau kolesterol.






Kata pengkaji, di masa hadapan, pendekatan serupa boleh digunakan bagi mengenalpasti pesakit berisiko ketika lahir.  

Seorang ahli kardiologi, Dr Ami Khera, dari Massachusetts General Hospital mengatakan, "Individu-individu berkenaan yang berisiko beberapa kali berbanding normal untuk menghidap sakit jantung, hanya kerana ada kesan aditif dalam pelbagai variasi. "

Komputer diprogram untuk mengimbas lebih daripada 6 juta lokasi dalam kod genetik yang lengkap, atau genom seseorang pesakit; telah mengesan ramai orang yang berisiko tanpa simptom yang tipikal. 

"Bagi serangan jantung, saya melihat setiap pesakit berpeluang mengetahui nombor risiko poligenik di masa akan datang, serupa dengan nombor kolesterol mereka." kata saintis Dr Sekar Kathiresan. 

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Nature Genetics.



Jangan sampai tak tahu sakit apa:   KLIK SINI  |   



Saturday, September 1, 2018

Artikel - Kereta Pra-Peperangan Ditemui di US

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Kereta klasik pra peperangan dijumpai di Amerika Syarikat. 

Ia dikatakan dari era 1930an. Biasanya kereta klasik keluaran era 1930an, 1940an atau 1950an mendapat tempat di hati ramai orang terutamanya peminat kenderaan klasik. Ia menjadi sesuatu yang tidak ternilai, menjadi antara asas kepada sejarah automotif dan ada cerita sendiri. Ringkasnya kalaulah ia boleh bercakap, ia pasti ada anekdot yang menarik untuk disampaikan. Ia juga mempunyai nilai sentimental. 

Seorang lelaki dari Carolina Utara menemui beberapa kereta klasik era pra-peperangan ketika dia ditugaskan untuk memusnahkan bangunan lama dan memindahkan semua harta di dalamnya. David Mount, seorang kontraktor tidak menyangka akan menemui kereta-kereta ini di tempat kerjanya. 








Berdasarkan cerita di Hagerty, anak perempuan David adalah yang pertama menemui kereta ini di garaj bawah tanah. Awalnya, bahagian depan dan lampunya yang kelihatan di bawah runtuhan. Bila ia digali, sebuah kereta 1933 Plymouth ditemui. 

Penemuan itu membuatkan anak beranak itu teruja untuk meneroka lanjut barangan itu, dan ia tidak sia-sia. Mereka berjaya menemui sekitar 10 buah kereta dan juga beberapa trak. Yang paling jelas, penemuan sebuah kereta yang tidak diketahui dengan binaan chasis Ford keluaran 1930an, dengan Flathead V8 dan sebuah kereta saloon 1939 Chevrolet Master Deluxe. 

Untungnya, pemilik hartanah itu tidak berminat untuk menyimpan kereta klasik, jadi anak beranak ini telah mengambilnya. Mount menjelaskan ada sebahagian kereta ini terlalu uzur untuk diselamatkan, manakala sebahagian lagi mungkin boleh diperbaiki. 

Buat masa ini, dua daripadanya masih belum dapat dikenalpasti.


Kereta tertimbus dalam tanah: KLIK SINI  |    


Kesihatan - Vape Merosakkan Sistem Peparu

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

Bukan merokok sahaja yang merosakkan peparu, vape atau rokok elektronik juga sama.

Perbuatan menghisap vape atau vaping turut merosakkan peparu. Menurut satu kajian, perbuatan ini menjejaskan sistem pembersihan peparu dan boleh mengakibatkan penyakit kronik.





Penghisap rokok elektronik mungkin mendedahkan diri mereka kepada risiko penyakit peparu. Ini sebagai dapatan daripada satu kajian yang menunjukkan bagaimana cecair yang digunakan boleh mencacatkan kebolehan sistem imun badan untuk membersihkan peparu dan menghalang pembentukan bahan kimia berbahaya kepada tubuh. 

Satu kajian dari Universiti Birmingham mendapati cecair bercampur nikotin yang digunakan dalam rokok elektronik akan menjadi pembunuh sel yang berbahaya apabila ia menguwap.

Banyak kajian ke atas keselamatan rokok elektronik melihat kimia dalam cecair sebelum ia tersejat dengan haba, menyebabkan risikonya dipandang rendah. 

Penulisnya menekankan rokok elektronik masih mempunyai risiko rendah terhadap kanser peparu berbanding produk tembakau, namun mengatakan aduan keselamatan oleh pengeluar mungkin sering dilihat berlebihan ketika kesan jangka panjangnya masih belum diketahui sepenuhnya.  

"Ia lebih selamat dari sudut risiko kanser, tetapi jika anda menghisapnya selama 20 atau 30 tahun, ia akan menyebabkan COPD (chronic obstructive pulmonary disease), dan itu sesuatu yang kita perlu ambil tahu." kata ketua penulis Professor David Thickett.

"Saya tidak percaya rokok elektronik lebih berbahaya berbanding rokok biasa tetapi kita masih perlu skeptikal yang ia selamat sebagaimana kita disuruh percaya." 

Untuk kajiannya yang dijalankan di makmal dengan sel manusia dan diterbitkan dalam jurnal kumpulan BMJ iaitu Thorax, pasukan kajiannya mendapati sesetengah bahayanya menyamai rokok tembakau. 

Menggunakan sel-sel peparu yang diekstrak daripada sukarelawan yang sihat yang tidak pernah merokok, mereka menguji kesan cecair rokok elektronik, sebelum dan selepas ia menguwap, dengan nikotin atau tanpa nikotin. 

Kajian bertumpu kepada kesan ke atas sel-sel darah putih yang penting (alveolar macrophages) yang mengawal lubang udara kecil dalam peparu dan menghalang serta memecahkan habuk, bakteria dan partikel lain yang boleh menyebabkan kerosakan. 

Selepas pendedahan selama 24 jam kepada pelbagai jenis cecair, pasukannya mendapati kesan paling besar dalam cecair yang terwap dan tersejat ialah ia meniru cara ia terbentuk dalam peparu. 

Jumlah makrofaj yang masih boleh berfungsi telah berkurang secara signifikan selepas ia terdedah kepada cecair yang teruwap dan kesan ini juga dilihat dalam cecair, sama ada dengan atau tanpa nikotin. Sel-sel ini kurang berkemampuan untuk menghalang bakteria, proses ini dinamakan phagocytosis, menyebabkan penghisapnya mengalami jangkitan peparu secara berulang dan menjadikannya semakin susah untuk dirawat. 


"Yang pentingnya, mendedahkan makrofaj kepada cecair teruwap meningkatkan perubahan kepada kebanyakan fungsi dan selular yang sama dalam fungsi makrofaj alveolar, seperti yang dilihat dalam perokok biasa dan pesakit COPD." kata penulisnya. 

Dalam semua peringkat kepekatan cecair yang teruwap dan tersejat adalah lebih toksik berbanding dalam keadaan tidak vape, dan ia menyebabkan kematian sel dan nekrosis (kematian banyak atau semua sel dalam organ atau tisu disebabkan kecederaan atau kegagalan bekalan darah) dalam kepekatan yang rendah. 

Ia juga menyebabkan peningkatan tahap pengoksidaan sebanyak 50 kali ganda bagi radikal bebas dan kimia yang menjadi punca inflamasi, dalam jangka panjang akan menyebabkan penyakit kronik. 

:Kajian ini menyediakan bukti lanjut yang mengatasi pandangan bahawa vaping hanya memberikan risiko yang sedikit." kata Professor Jonathan Grigg, pakar respiratori kanak-kanak di Queen Mary University of London yang tidak terlibat dalam kajian. 

"Hujah mengatakan vaping lebih baik daripada merokok, maka kesannya kepada sel-sel peparu tidak penting."


Walaubagaimanapun, ahli akademik lain berkata walaupun banyak bukti menunjukkan rokok elektronik ada kesan jangka panjang ke atas kesihatan, ia lebih baik daripada rokok biasa. 

"Kebenarannya ialah merokok boleh membunuh, dan perokok yang beralih sepenuhnya kepada rokok elektronik mengurangkan kemungkinan kematian pramatang dan kecacatan dengan ketara." kata Professor John Britton, pengarah UK Centre for Tobacco and Alcohol Studies.



Rokok apa pun tetap bahaya: KLIK SINI  |