MY FOLLOWERS

Wednesday, December 19, 2018

Artikel - Enjin Meragam dan Spark Plug Tidak Berfungsi

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner


Kes enjin meragam lagi...


Kalau yang dulu, kes enjin jadi meragam disebabkan berlaku perkara-perkara berikut:

  • Kabel crank sensor yang bersambung dengan enjin sudah tidak berfungsi, membuatkan enjin jadi tersedut-sedut dan kereta susah untuk dihidupkan semula.
  • Bateri 'kong' dan starter tidak hidup



Kali ini saya bawakan satu lagi kes berkaitan enjin yang meragam...

Dalam kes kali ini, enjin kerap kali mati sendiri walaupun ketika sedang dipandu dalam perjalanan ke mana-mana. Adakalanya tersedut-sedut dan muncul isyarat bateri pada dashboard pemandu.

Untuk selesaikan masalah ini, saya ke bengkel dan periksa. Didapati bahagian ignition coil rosak dan salah satu spark plug tidak hidup, yang satu lagi dalam keadaan kurang baik untuk menghantar api ke piston enjin.









Oleh itu saya gantikan bahagian ignition coil ini dan semua 4 biji spark plug itu.

Sekadar Luahan - Cerita-cerita Baru...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images






Sekitar tahun 2017, bermulanya tirai baru. Kali ini saya bekerjasama dengan seorang rakan lain memulakan perniagaan dengan label kami sendiri. Senang sedikit sebab tidak perlu hantar resume ke mana-mana, dan mula bangkit dari bawah. Hujan panas dan segala penat lelah itu lumrah dalam dunia usahawan. Satu dunia yang pada saya agak asing sebab bukan dari latar belakang orang berniaga, namun atas sebab tertentu dan sedikit tunjuk ajar, maka dapatlah saya lalui segala susah senangnya.

Ada harinya kutipan sedikit, ada harinya dapat banyak. Hujung minggu, cuti umum, cuti persekolahan, jemputan program sekolah, dan sertai acara menjadi waktu untuk kami buat duit. Itu semua lumrah. Lega hati bila dapat gunakan hasil daripada semua ini untuk isi perut yang menunggu di rumah. Sedikit tetapi adakalanya seperti lambat habis. Kalau hampir habis pun, akan ada yang menyambungnya daripada terputus. Seolah-olah Allah panjangkan tempoh rezeki itu.

Belum lagi sertai acara besar jemputan daripada penganjur. Bila sertai, dengan ramainya hadirin maka banyaklah kutipannya.

Yang terbaru pada hujung Oktober 2018 yang lalu. Penganjur lanjutkan tempoh acara sehingga dua minggu. Sambutannya meriah. Maklumlah, waktu budak sekolah selesai peperiksaan dan sebelum menutup sesi persekolahan.

Tamat tempoh acara itu, bila saya lihat semula rekod, alangkah baiknya. Satu tambahan modal yang besar untuk bisnes ini.

Teringat semula dengan rakan lama dahulu yang jenis depan lain belakang lain. Yang baiknya kali ini, itu hanya tinggal sejarah. Tiada lagi tekanan dan sakit hati sampai kena tukar nama blog. Kalau sertai acara pun, ia terhad sebab ia bukan bisnes di tempat awam. Bayarannya pula terlalu kecil dan bukan sentiasa ada. Memanglah orang di rumah bising dan kecewa sebab jumlah sekecil itu tidak mampu untuk berikan apa-apa, sangat jauh daripada kais pagi makan pagi. Kalau hati tidak cekal, akan jadilah masalah lain.

Kini, di laman Facebook pun, banyak rakan baru yang ditambah. Rata-ratanya bergiat dalam bisnes. Pelbagai bidang, macam-macam boleh tengok. Makanan, kosmetik, percutian, barangan sukan, takaful, kad sim prabayar dan beberapa lagi.


Sekadar Luahan - Ungkit Cerita Lama

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images





Rasanya sudah agak lama tidak menulis di segmen ini.

Ah, kalau terlupa pun, boleh rujuk semula tarikhnya pada blog.

Banyak sebenarnya perkara yang berlaku di sekeliling saya dan pelbagai liku telah dilalui cuma keadaan masa yang berubah membuatkan tiada kesempatan untuk menulis.

Saya teringat juga. Paling kerap saya menulis di ruangan ini antara 2010 hingga 2014 sebelum ia semakin berkurangan. Pelbagai isu diluahkan. Tulisan saya di ruang ini berkurang selepas tiada lagi rasa atau 'mood' untuk meluahkan apa yang terbuku selepas berlaku selisih faham antara saya dan seorang kawan.

Jenis yang saya sangka baik depan mata tetapi tidak pula disangka bila di alam maya, habis segala rasanya dihambur keluar dengan rasa seperti bongkak. Habis diluah sehingga saya rasa tiada ruang untuk tegakkan apa yang baik daripada pandangan saya. Hati mana yang tak panas? Seolah-olah dia betul segalanya.

Kesudahannya bila saya di'unfriend' di laman Facebook baru saya rasa sedikit lega. Buat apa mahu simpan jenis manusia begini sebagai kawan. Depan-depan cakap elok, tetapi di belakang kita dimakannya. Ekoran daripada itu, banyak coretan di dinding Facebook telah saya padamkan. Begitu juga di laman blog, banyak entri berkaitan telah saya padamkan dan nama blog juga saya tukar. Ah, kalau dia cuba cari dengan niat mahu hentam, biarlah! Rasakan!




Artikel - Program Memanah Sanrie Sport Ventures 28-29.11.2018

Kredit kepada: SSV
Gambar ihsan: SSV



Cuti sekolah sudah bermula.

Maka, tempoh cuti yang agak panjang ini, kami berpeluang sekali lagi untuk memenuhi jemputan daripada pelbagai pihak bagi mengisi slot program mereka. 

Bulan lepas, kami berpeluang terlibat selama 2 hari di dua tempat yang berbeza.


Pada 28.11.2018, kami dijemput mengisi program bersama pihak Masjid Kampung Pauh di Jenagor. Program berkenaan diadakan secara santai dan terbuka kepada orang sekitar masjid untuk datang dan mencuba sukan sunnah ini. Untuk program ini, kami berada di sini dari jam 3 hingga 6 petang.

















Keesokannya, kami sekali lagi bersama Jabatan Agama Islam Marang bagi memeriahkan program mereka sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Marang. Program ini diadakan di Masjid Kampung Rawai dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. 

Di masjid ini, memanah adalah salah satu acara yang diadakan bagi memeriahkan sambutan. Di samping itu, turut diadakan pertandingan azan dan membaca khutbah Jumaat. 













Wednesday, November 21, 2018

Kamen Rider - Kamen Rider Drive

Kredit kepada: Wikipedia
Gambar ihsan: Google Images







Kamen Rider Drive ialah siri tokusatsu yang ke-16 dalam siri Heisei Rider Series dan yang ke-25 daripada seluruh sirinya.

Shinnosuke Tomari ialah seorang bekas anggota polis elit, yang telah dipindahkan ke Divisyen Siasatan Khas selepas berlaku satu kejadian yang menyebabkan trauma kepada salah seorang rakan sekerjanya.

Divisyen ini menumpukan tugas kepada insiden-insiden pelik yang berlaku di bandarnya khususnya yang dipanggil 'Heavy Acceleration'.

Keadaan yang dipanggil 'Heaviness' oleh orang awam menyebabkan mangsa tidak dapat bergerak. Bila Shinnosuke dipilih oleh Drive Driver dan Tridoron, dia bertukar kepada Kamen Rider Drive dan ditugaskan memerangi Roidmudes yang akan memerangi manusia.

Shinnosuke dibantu oleh Kiriko Shijima dan abangnya Go, iaitu Kamen Rider Mach. Chase, satu Roidmudes istimewa dengan masa silam yang aneh dikenali sebagai Proto Drive bertukar menjadi jahat sebagai Mashin Chaser dan mengambil identiti Rider sebagai Kamen Rider Chaser.

Bagaimanapun, ancaman lebih besar muncul dalam bentuk ayah kepada Kiriko dan Go, saintis yang mencipta Roidmudes yang telah kehilangan tubuh badannya sekian lama telah muncul semula dalam bentuk kejahatan dipanggil Gord Drive berniat jahat untuk menggunakan saki-baki Roidmudes dalam rancangannya sendiri untuk menakluki dunia.



Menentang kejahatan:  KLIK SINI

Sunday, October 21, 2018

Hiburan - Marvel's The Punisher

Kredit kepada: Wikipedia, Watch Series
Gambar ihsan: Google Images





Marvel's The Punisher, atau lebih ringkasnya The Punisher, ialah satu siri tv di laman web keluaran Amerika Syarikat yang dicipta untuk siaran Netflix oleh Steve Lightfoot berdasarkan watak dalam komik keluaran Marvel dengan nama yang sama. Ia ditetapkan untuk berada dalam persekitaran  Marvel Cinematic Universe(MCU), bersambungan dengan filem dan siri tv lain dalam francaisnya dan merupakan spin-off kepada siri Daredevil. Siri ini diterbitkan oleh Marvel Television dengan kerjasama ABC Studios dan Bohemian Risk Productions.


Siri ini berkisarkan kehidupan Frank Castle yang menggunakan senjata berbahaya dan kemahirannya sebagai wira untuk memerangi jenayah dikenali sebagai The Punisher. Selesai membalas dendam atas kematian ahli keluarganya, dia membongkar konspirasi lebih besar melangkaui apa yang telah dilakukan ke atas keluarganya. 



Dibintangi Jon Bernthal, Ebon Moss-Bachrach, Ben Barnes, Amber Rose Revah, Daniel Webber, Paul Schulze, Jason R. Moore, Michael Nathanson, Jaime Ray Newman, Deborah Ann Woll, Josh Stewart, Floriana Lima, Giorgia Whigham, Corbin Bernsen, Annette O'Toole


Pembalasan demi keadilan:  KLIK SINI  |   KLIK SINI   |   



Artikel - Pasang Air-Cond Pun Panas Lagi Ker?!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: owner


Kalau sudah namanya sistem, maka banyaklah juga sebab kalau berlaku kerosakan. Dalam hal penyaman udara kali ini, masalah yang biasa ialah kenapa masih panas walaupun penyaman udara dihidupkan? (Hati jadi lagi panas bila tak tahu apa puncanya!) 



Antara sebab yang saya boleh nyatakan:

Gas habis! (huhuhu...)
Injap pada sistem salurannya rosak atau tersumbat (Pernah dibaiki sebelum ini)
Kebocoran pada sistemnya
Fius kawalan pada ECU terbakar
Bahagian besi magnetik rosak (magnetic clutch)
Amplifier rosak 









Dalam kes kali ini, penulis hadapi masalah bila bahagian klac magnetik dalam bahagian pemampat (compressor) rosak. Kerosakan ini menyebabkan fius terbakar.

Penyelesaiannya, perlu gantikan bahagian besi magnetik ini bersama fius yang sudah terbakar.











Perihal kedua..

Selepas siap dipasang, sistem akan diuji. Dalam hal kali ini, berlaku satu keadaan iaitu tiada cut-off. Apabila bahagian compressor menjadi sejuk, jika tidak berlaku cut-off ia akan berterusan sehingga ada bahagian lain rosak lagi. Jadi saya periksa lagi dan dapati amplifier pada sambungannya di bawah dashboard (yang kawal suhu daripada suis) telah rosak. Bukannya masalah suis rosak seperti disangka sebelum ini.

Jadi saya gantikan
WD amplifier
magnetic clutch
fius







Artikel - Memanah Bersama Sanrie Sport di Familia Carnivale, Stadium Negeri Kuala Terengganu 28-29.9.2018

Kredit kepada: SSV
Gambar ihsan: owner



Pihak kami iaitu Sanrie Sport Ventures telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan karnival anjuran Souq Ideas and Marketing iaitu Famillenia Carnival. Karnival ini diadakan selama dua hari iaitu pada 28-29.9.2018 yang lalu bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu berhadapan dengan hospital HSNZ Kuala Terengganu.













Karnival ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha tadika dan taska swasta untuk mempromosikan perkhidmatan mereka seperti pendidikan awal untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun, kelas mengaji al-Quran serta perkhidmatan penjagaan anak-anak selepas waktu sekolah. Bukanlah untuk akademik semata-mata, para pengusaha turut menyediakan ko-kurikulum lain seperti kelas takewondo dan juga memanah.

Pendaftaran turut dibuka kepada para ibu bapa yang berminat.

Di sepanjang hari karnival, gerai-gerai jualan juga dibuka, di lobi dan kawasan dalam stadium ini. Antara gerai yang dibuka ialah Zootoopia, Face Painting, gerai memanah Sanrie Sport, gerai agensi umrah El-Izzah, penapis air Cuckoo, Coway, kereta gergasi dan e-runcit Sabasun.

Di sepanjang hari karnival, beberapa aktiviti diadakan buat anak-anak. Antaranya pertandingan mewarna, sand art, pertandingan bakat, kelas membuka kek, pertandingan mini olimpik, maskot dan pertunjukan fesyen.



















Karnival ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.